Bab 14

107 10 0
                                    


Airiz terkedu akan jeritan Aisha padanya, dia memandang Aisha dengan pandangan yang sayu, Airiz mengangkat tangan pada Penghuni lovely bakery yang memandang mereka disebabkan jeritan Aisha, tanda minta maaf



Aisha yang perasan dia tidak dapat menahan marahnya terus menunduk, malu dengan diri sendiri




'' Ya Allah Aisha kenapa kau boleh tiba tiba over pula ni'' marah Aisha pada dirinya sendiri dalam hati




''Sha, okey looks, I minta maaf atas segala yang saya buat pada you dulu, I tahu dengan perkataan maaf ni saja tak cukup untuk buat you yakin yang I betul betul masih sayang kan you, I janji dengan you yang I akan buktikan yang I betul betul sayangkan you, macam yang pernah I kata, meninggalkan you adalah satu kesilapan besar yang pernah I lakukan dalam hidup I Sha'' terang Airiz bersungguh sungguh, matanya masih merenung Aisya dengan pandangan yang sayu, berharap agar Aisha betul betul akan memberinya peluang sekali lagi




'', saya takut Airiz saya takut,'' air mata Aisya sudah menitik perlahan lahan, dia menundukkan wajahnya



Airiz di hadapan terkedu saat melihat air mata itu berlinangan, perasaan bersalah menyerbu dirinya, ingin saja dia memeluk kejap cinta hati di hadapan ini, namun dia masih ingat akan batasnya yang bukan muhrim itu



''Sya..'' panggil Airiz meleret, tangan kanannya bergerak untuk mencapai tangan Aisha yang berada di atas meja itu, tiba tiba Aisha melarikan tangannya apabila perasan Airiz cuba untuk memegangnya,Aisha masih marah, Airiz mengeluh dan menarik semula tangannya



''Kalau you takut I tinggal kan you macam tiga tahun lepas, I janji perkara tu takkan berulang lagi Sha, Sya selepas I tinggalkan you, tak ada sedikit pun perasaan gembira dalam diri I Sya, hari hari I kosong, tiap hari I teringatkan you Sha, I tahu hanya you aje yang boleh bahagia kan I, Dan bila I jumpa you semula, Tuhan saja yang tahu betapa bahagianya I sebab I jumpa balik separuh jiwa I yang hilang tu, Ya Sha, you jiwa I, you Hati I, you segala galanya bagi I'' Jujur Airiz pada Aisha yang sudah mula memandang Nya,





Aisha masih seperti tadi, hanya berdiam diri dan mendengar penjelasan Airiz




''Sha..pandang I'' kata Airiz cuba meraih tangan Aisha sekali lagi apabila Aisha hanya mendiamkan diri,dan kali ini Aisha tidak melarikan tangannya, Aisha mengangkat muka, mata Aisha memandang tepat ke arah mata Airiz, terasa berbahang seluruh muka Aisha, malu





''Please Sha, i'm begging you dear, bagi I satu peluang lagi, I janji I takkan sia siakan lagi peluang tu'' rayu Airiz lagi , matanya merenung mata Aisha dengan pandangan yang sayu, berharap Aisha betul betul memberinya peluang untuk dia tebus kembali segala kesilapan yang dia lalukan tiga tahun lepas





''Bagi saya masa'' ucap Aisha sayu, dia manundukkan semula mukanya, setitik demi setitik air matanya jatuh, dia menarik semula tangannya yang tadi di genggam kejap oleh Airiz




Sungguh Aisha takut akan perkara tiga tahun lepas berulang kembali, dia sudah tidak sanggup lagi menahan rasa seperti apa yang berlaku tiga tahun lepas, cukuplah hanya sekali dia merasa betapa hancurnya hati dia pada suatu ketika dulu



Airiz mengeluh dan perlahan lahan, Dia menyandarkan badanya pada kerusi, matanya masih setia merenung Aisha yang berada di hadapan


 ''I can give you the time, as much as you need, but I want you to know one thing that I always wait for you, my heart just for you Aisha Natasha''Luah Airiz sayu sambil tersenyum kelat,



Aisha mengangguk perlahan lahan, pandangan mereka bertembung,


Tiba tiba mereka terkejut apabila di sergah seseorang



''Hahh! Ambooii sesedap korang ye, mentang mentang lah aku cakap aku tak datang sini , kau sedap sedap date ye, korang tak penat ke dari tadi aksi tenung mememung ni je yang jadi, aku yang tengok ni pun dah naik muak, dah sekarang aku lapar aku nak makan'' sergah Nurin dari belakang, sebenarnya dari tadi lagi dia sampai, saja nak bagi peluang kepada sahabat baiknya itu, tapi apabila ternampak Aisha seperti menangis dia cepat cepat datang ke meja di mana Airiz dan Aisha berada



Aisha yang terkejut apabila di sergah itu terus menundukkan muka nya, terasa seluruh wajahnya berbahan, ''Ya Allah Sha macam mana boleh terlebih pandang dia pula ni, mana aku nak sorok muka ni, Arghhhh'' jerit Aisha dalam hati




Hye guys sorry lama menyepi, sis busy sikit, enjoy okey, jangan lupa vote and comment😘

"Setiap Detik"Where stories live. Discover now