Bab 7

134 10 0
                                    

Datin Maria yang sedang ralit menonton televisyen itu terkejut akan kepulangan Anak sulungnya itu

“Awal kamu balik harini Riz,Biasanya kamu malam baru sampai rumah”kata Datin Maria sambil matanya menjeling jam dinding yang tergantung di dinding rumah banglo tiga tingkat itu,baru pukul lima

“Saja balik awal harini mummy,penat sangat”kata Airiz sambil menghempas badannya ke atas sofa yang lembut itu dan memejamkan mata untuk tenangkan fikiran

Datin Maria bersimpati melihat anak sulungnya itu,pernah dia berpesan pada suaminya agar kurangkan kerja pada Airiz,malah suaminya membantah,katanya dengan cara ini sahaja dapat membimbing anaknya untuk berubah dan menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab

“Airiz dah makan,kalau belum Mummy siapkan makanan”Soal Datin maria dengan penuh rasa kesian

“takpa la mummy,Riz nak naik atas nak mandi pastu rehat kejap,nanti Riz turun”kata Airiz sambil bangun berjalan menaiki tangga untuk ke biliknya

“Jangan lupa solat Asar”Jerit Datin Maria sambil mengeleng- gelengkan kepalanya
 

Airiz hanya memgangguk dan tersenyum



Sampai sahaja di bilikya Airiz terus menghempaskan badanya di atas katil empuk miliknya itu,matanya memandang syiling dan teringatkan Aisha,

“Nampaknya,Aisha betul2 dah bencikan aku,Sha saya janji saya akan ambik hati awak balik Sha,saya menyesal sebab tinggalkan awak suatu ketika dulu Sha ”kata Airiz sambil mengeluh,akhirnya dia tertidur dalam keadaan teringatkan Aisha

________________________________

Aisha yang sedang termenung jauh terus terkejut apabila Iphone 6 miliknya berbunyi,lantas dia mencapai iphonenya itu dan menjawab panggilan tersebut

“Hello Sha kau kat mana”Soal Nurin laju

“Assalamualaikum,aku ada kat kedai la kat mana lagi”perli Aisha

“Waalaikummussalam sempat lagi eh kau perli aku eh,Ah tk kisah lah,kau buat apa kat sana tak balik lagi,ni dah pukul lima setengah dahni Sha”Soal Nurin pelik

“Haah,dah nk balik dah pun,cuma tengah siap2 ni,kau asal call aku,tak menyempat nk jumpa aku kat rumah ke”kata Aisha sambil menyindir

“Wei Sha malam ni kita keluar nak,Aku bosan la terperat je kat rumah,lagipun esk kan cuti minggu,jom la Sya jom la Sha”kata Nurin sambil merengek2

“Okey”jawab Aisha sepatah

Nurin di sebelah sana ternganga,biar betul Sha ni,biasa kalau ajak keluar bukan main ligat lagi susah betul nak ikut,kali ni tak bantah tak apa terus okey

“Sha kau betul ke ni Sha”Soal Nurin teruja

“Habis kau ingat aku main2 ke,ke kau nak aku tarik balik aku punya setuju tu”kata Aisha menahan tawa,saja menyakat sahabat baiknya itu

“okey2 takpayah tarik tak payah tarik”Cemas Nurin, dan Sha tergelak kecil dengan kelakuan Nurin ni

“Jumpa kat rumah tau,Jangan lupa tau malam ni keluar,byee muah”kata Nurin menamatkan talian tanpa menunggu balasan daripada Aisha,

Aisha hanya menggeleng gelengkan kepalanya,tak semengah betul la dia ni

















___________________________




Airiz menggeliatkan badannya apabila tersedar dari tidur,apabila terpandang jam yang tergantung dalam biliknya itu,Airiz terus membulatkan matanya,pukul enam setengah,tanpa melengahkan masa Airiz terus bangun dan mencapai tuala yang tergantung pada penyakut di almari tepi tandas itu dan melulu masuk ke tandas untuk mandi dan mengambil wudud untuk mengerjakan suruhan Allah yang satu itu yang sudah lama di tinggalkannya.

Apabila selesai Solat Airiz menadah tangan untuk berdoa memohon pertolongan daripada Yang Maha Esa itu,







Selesai melipat sejadah tiba2 iphone 6 miliknya berbunyi dengan pantas Airiz mengambil dan menjawab panggil tersebut

“Bro kau buat apa aku call berpuluh2 kali ni baru nak jawab”hambur Amirul

“Sorry Mirul aku tertidur tadi,kenapa call aku”Soa Airiz

“Oooo tidur,tak malam ni aku ingat nak keluar lah,bosan betul duduk rumah,sorang2 pula tu,lagipun esk kan cuti,apa lagi Enjoy la wei”kata Amirul bersungguh2 mengharapkan Airiz akan mengikutnya juga


“Okey tapi ada syarat”kata Airiz tenang

“Kau ni dah kenapa nak bersyarat bagai ni”kata Amirul pelik akan tingkah laku Airiz

“Kau nak aku ikut ke tak”ugut Airiz

“emm yelah2 apa syarat kau”Soal Amirul sambil mengeluh

“No Clubbing”jawab Airiz sepatah

Amirul di hujung talian terus ternganga,biar betul ni Airiz Rizqie,biasanya Airiz lah yang selalu mengajak Dia dan Rafiq ke tempat haram itu,tapi Amirul dan Rafiq tidak pernah meneguk setitik pun air haram itu,Airiz sahaja yang berbuat begitu,katanya dengan cara itu dapat menghilangkan stress, tapi kali ini lain,“Alhamdulillah kalau kau dah betul2 berubah Riz”kata Amirul dalam hati sambil tersenyum

“Bereh Broo,ni yang aku nak dengar”kata Amirul sambil ketawa “jumpa malam ni kat tempat biasa,aku Chaw dulu”kata Amirul menamatkan talian


Airiz hanya tersenyum, Dia bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan dia Dua orang sahabat yang sentiasa bersama dia tidak Kira susah mahupun senang,yang sentiasa membimbing dia ke arah jalan yang benar,Yang perlu dirisaukannya sekarang ialah Aisha,Ya Aisha Natasha bekas kekasihnya,Dia yang meninggalkan Aisha dengan mudah sekali tanpa memikirkan perasaan wanita tersebut,

Airiz tidak kisah andai di gelar menjilat ludah sendiri,kerana dia tahu,Aisha Natasha lah jodohnya,Dan dia sanggup membuat apa saja demi meraih kembali hati Aisha yang sudah lama pudar rasa kasih pada dia

Airiz hanya tersenyum dan berkata “Lovely Bakery”


































Bosan kan,kalau bosan beritahu okey,saya taknak update lagi😌

Kalau awak2 suka cerita ni jangan lupa vote and comment tau💝

"Setiap Detik"Where stories live. Discover now