Bab 8

138 12 0
                                    

Aisha yang duduk dikerusi meja makan cafe blueberry sambil menyedup minuman chocolatenya merenung tajam ke arah Nurin yang dari tadi hanya memandang screen iphonenya itu



“Kau memang ajak aku keluar malam ni untuk tengok kau main phone tu je ke”kata Aisha dalam nada marah

“Hehehe sorry”kata Nurin sambil tersengeh kambing dan menyimpan iphonenya itu kedalam beg sandang miliknya

Aisha hanya menjeling dan mengeluh perlahan2 “Aku bosan la Nurin,jomlah pergi jalan2 daripada duduk kat sini tak mendatangkan apa2 faedah,naik menyampah adalah tengok muka kau tu”ejek Aisha

Baru saja Nurin ingin memjawab kata2 Aisha tiba2 ada seseorang menegur mereka “Hye, Can we join?”Soal Amirul sambil melihat Aisha dan Nurin sambil bergilir gilir,Airiz yang berada ditepi Amirul hanya mendiamkan diri dan matanya hanya tertumpu kepada Aisha yang cantik pada malam ini yang hanya berpakaian simple dengan menyarungkan seluar jeans biru dipadankan dengan blouse singkat koko muda yang di masukkan dalam seluar berserta dengan blazer putih di luar dan di kepalanya terdapat Bawal pucci yang berwarna pink koko,sedikit solekan di wajah Aisha menambahkan lagi kecantikan Aisha Pada malam ini


“Ekkkkk ekk why not”jawab Nurin tergagap2 matanya memandang Aisha yang sudah membulatkan mata padanya


“Thanks”kata Amirul sambil menarik kerusi di tepi Nurin dan duduk di sebelah Nurin


“Eh kau tunggu apa lagi Riz, duduk la”Kata Amirul pada Airiz sambil menunjukkan kerusi korong yang bersebelahan Aisha


Tanpa membuang masa Airiz terus duduk di kerusi itu,Dia memandang Aisha dengan harapan Aisha akan memandangnya juga tapi hampa apabila melihat Aisha hanya diam dan mata Aisha hanya memandang Iphone 6 miliknya itu,  seolah2 kehadiran Airiz begitu tidak bermakna bagi Aisha


Airiz memandang Amirul dan Nurin sedang seronok berbual2 tentang hidup masing2 ,tetapi dia dan Aisha masing2 membuat hal sendiri


Airiz mengeluh perlahan,Airiz rasa dalam situasi ini dia yang perlu menegur Aisha dulu, Menunggu Aisha menegurnya dulu seolah2 menunggu bulan jatuh ke riba, IMPOSSIBLE!

Dengan perlahan2 Airiz mengeluh 

“Awak sihat”soal Airiz sambil matanya memandang Aisha

Aisha yang mendengar Airiz menegurnya berpaling ke arah Airiz dengan menjongkilkan kening dan mengerutkan dahi ,


“Saya tanya awak sihat ke”Jawab Airiz menahan gelak apabila melihat muka Aisha yang berkerut itu

“Awak tengok saya yang kat tepi awak sekarang ni macam mana sihat ke tak,ke awak nampak saya dah nazak nak mati,Oh ya saya lupa, memang awak suka pun kalau saya mati kan”Jawab Aisha kasar dan memalingkan semula pandangan nya pada screen iphone miliknya itu


Riak muka Airiz terus berubah keruh“Sha kenapa awak cakap macam tu Sha,sanggup awak”kata Airiz dalam hati,sedih yang dia rasakan sekarang,tapi dia tahu dia tidak boleh menyalahkan Aisha kerana semua yang terjadi di antara dia dan Aisha disebabkan dia sendiri, dan bukannya Aisha, memang patut pun Aisha melayannya sebegini rupa,  makin susah nampaknya untuk memikat hati Aisha kembali,Aisha yang dia kenal dari dulu adalah memang seorang yang keras kepala dan tetap pada pendirian dia,Airiz mengeluh perlahan2

Amirul dan Nurin yang rancak berbual itu terus terdiam dan terkejut akan suara Aisha yang agak meninggi itu, Keadaan di meja itu menjadi sunyi seketika

“Aku nk pergi toilet jap”kata Aisha pada Nurin dan tanpa menunggu jawapan daripada Nurin , Aisha terus berlalu pergi,Nurin berhajat mahu mengejar tapi di halang oleh Airiz

"Setiap Detik"Where stories live. Discover now