Bab 6

122 10 0
                                    

Sedang Airiz dan rakan2nya rancak berbual,tiba2 datang seorang perempuan

"Ya cik apa yang boleh saya bantu,cik nak makan apa"tanya Aisha tenang matanya masih tertumpu pada buku kecil untuk menulis pesanan pelanggan

"Eh Sha,lama tak jumpa,makin cantik you sekarang"kata Nina terkejut berjumpa dengan Aisha rakan baik nurin teman sehospitalnya

"saya busy sikit sekarang ni,jarang ada kat kedai ni,ish mana ada cantiknya saya macam biasa la"kata Aisha sambil tersenyum


Amirul dan Rafiq saling berpandangan hairan,macam mana Nina boleh kenal dengan perempuan itu

"Emm korang kenalkan Aisha Natasha kawan I"kata Nina kepada tiga jejaka tersebut,

Rafiq hanya tersenyum

"hye..ingat saya lagi"kata Amirul sambil tersengih

Manakala Airiz hanya mampu menundukkan pandangan supaya gerangan tersebut tidak dapat mengecamnya"Sha saya rindu awak Sha"kata Airiz dalam hati menahan sebak


"Emm siapa eh,"Soal Aisha kerana tidak dapat mengingati siapa gerangan tersebut

"Mirul la tasha,Amirul Asyraf,takkan tk kenal dh kot"kata Amirul sedikit kecewa kerana Aisha sudah tidak mengenalnya lagi,dalam masa yang sama dia menyiku bahu Airiz yang masih menunduk dan masih memandang screen iphone 6nya

"Laa mirul ke,Ya Allah mirul lama tak jumpa,makin handsome awak sekarang"kata Aisha jujur

Mirul hanya tersengeh seperti kerang busuk kerana mendapat pujian daripada Aisha yang menyatakan dia semakin handsome

Airiz masih dalam keadaan yang sama,hatinya menjadi berdebar2 saat berhadapan dengan orang yang dia tinggalkan dua tahun lalu berada di hadapannya sekarang,sudah berkahwin kah dia,sudah lupakah Aisha pada dia, pelbagai soalan yang bermain di mindanya saat wanita yang dia sayang berada di depan dia sekarang,Ya dia masih sayangkan Aisha,meninggalkan Aisha adalah satu kesilapan yang besar pernah dia lalukan dalam hidup dia,kini dia berjanji Aisha akan menjadi miliknya semula dan takkan dia sia siakan lagi wanita ini

"Wait macam mana korang boleh kenal"Soal Nina pelik

Rafiq baru dapat mengecam siapa gerangan wanita tersebut,Aisha Natasha,Ya bekas kekasih sahabatnya


"kita orang sama2 belajar dekat london dulu,so kita orang kenal dekat london la"jawab Amirul tenang sambil matanya memandang ke arah Airiz

"Ooo"balas Nina acuh tak acuh

"Eh panjang pulak berbual,korang nak makan apa"kata Aisha sambil tersenyum dan mata nya masih tertumpu mata jejaka berkemeja hitam dan berkaca hitam itu ," Takkan la tu Riz,Ya Allah janganlah kau ketemukan kami lagi Ya Allah,aku sudah tidak mampu untuk melalui semua ini Ya Allah"kata Aisha dalam hati menahan sebak apabila teringatkan Airiz Rizqie





Dalam masa yang sama,Airiz mengangkat wajah nya sambil membuka kaca mata hitamnya dan di sangkutkan di kocek kemeja nya,tali leher di longgarkan, Aisha terdiam,terkedu hatinya sebak,hancur,Air mata yang mengalir di pipi terus di sapu,Airiz tersenyum kacak padanya,dan dia cepat2 mengalihkan pandanganya pada orang lain

"Sha kau tak boleh tunjuk kau lemah depan dia Sha,kau kena kuat,kau kena lupakan dia,tapi kenapa hari ini,kenapa hari ini dia muncul setelah dua tahun berlalu, kenapa ketika aku belajar untuk melupakan dia,baru dia datang"kata hati Aisha menahan sebak,
Tetapi masih mampu untuk mengekalkan senyuman manis di wajahnya


"Makin cantik awak sekarang Sha,tapi awak makin kurus,mata awak,mata awak terpancar riak kesedihan yang awak tanggung selama ini,saya minta maaf sha"kata hati Airiz sayu,matanya masih tertumpu pada wajah Aisha,Aisha yang menyarungkan shawl pink cair dan memakai seluar denim putih dipadankan dengan baju singkat putih kosong di masukkan dalam seluar agar kelihatan lebih kemas berserta dengan cardigan bercorak bunga2 dan sedikit solekan di wajah Aisha menyerlahkan lagi kecantikan Aisha


"Setiap Detik"Where stories live. Discover now