Dua Puluh Lapan

3.1K 140 44
                                    

Jess menghantar Fiza dengan ekor mata. Setelah memastikan Fiza hilang dari pandangan, telefon pintar dikeluarkan dan aplikasi whatsapp dibuka. Masa untuk berdrama dengan orang di London. Sempat dibuka whatsapp dari Fiza. Ada Fiza hantar surat doktor dan gambar gambar semasa di hospital dulu. Dalam diam Jess bersimpati dengan nasib Fiza.

Perpisahan yang terjadi antara Along dan Fiza bukan dirancang mana mana pihak. Tapi memang jalan cerita mereka berliku. Seorang kemalangan. Seorang lagi sakit. Salah faham membawa satu hati ke London. Dan satu lagi kekal menunggu di Malaysia. Haihh.

Jess mencari nama Along. Okay jumpa. Segera dihantar chat. Dua tiga chat dihantar. Satu tick ja. Jess tak berputus asa. Ditelefon pula number itu. Masih sama. Jess mendengus. Waktu sekarang 5.30 petang waktu Malaysia. Jadi London pukul 10.30 pagi. Takkan lah pukul 10.30 pagi bateri dah habis. Along dah punya habit baru. Suka biarkan telefon kehabisan bateri. Jess senyum senget sebelum sengaja mendail nombor Along berkali kali. Juga dihantar chat sebanyak mungkin.

Gambar Fiza yang diambil curi juga dihantar pada Along. Sekarang cuma tunggu Along on telefon dan segalanya akan selesai.

Benar dulu dia yang paling menentang cinta mereka. Tambahan pula bila Fiza seolah jadi penyebab kemalangan Along. Namun, bila melihat cara Along sepanjang 3 tahun bersama, dia rasa bersalah. Along tak pernah sebut nama Fiza di depannya. Dia tahu apa sebabnya. Along sedaya upaya mencuba untuk menjaga hatinya. Sebab bukan Fiza yang sama sama ada dengan Along selama ni. Hampir segalanya hanya ada Jess dan Along.

Pernah Jess cuba utarakan persoalan tentang Fiza. Namun, Along cuma diam membisu tanpa jawapan. Jadi, Jess akur. Biarkan Along simpan segalnya sendiri. Along juga pernah mengaku bertapa hatinya rindu pada Fiza. Tapi Along mengalah dan pendamkan segalanya demi kebahagiaan dan masa depan Fiza. Love with the same gender. What you can expect? Tapi, apa tanda bila tiap kali tidur Along mengigau nama Fiza? Jadi hati Jess kuat menyatakan yang Along masih simpan perasaan yang sama terhadap Fiza. Cuma pada saat itu, keadaan belum sesuai untuk dia yakinkan Along pulang ke Malaysia.

Bukan dia tidak tahu, hampir setiap malam Along akan duduk di beranda, melakar potret Fiza. Setiap malam juga Jess masuk tidur awal. Meninggalkan Along dalam kenangan yang hidup antara dia dan Fiza.

.

.

.

Jess terjaga dari tidur bila alarm nya berbunyi. Segera dilihat waktu yang terpapar pada skrin telefon pintarnya itu. 5.45 am. Masuk ke aplikasi whatapps. Semua chat dah bluetick. Last seen Along pun baru ja. Jess berkira kira sama ada nak menghubungi Along atau tidak bila tiba tiba masuk notifikasi daripada Instagram.

Senyum di bibir Jess melebar apabila melihat apa yang Along baru post. Potret Fiza. Seperti biasa. Segera ditekan skrin dua kali. Tak lupa juga ditinggalkan komen di gambar yang baru dimuatnaik oleh Along.

Tak sampai 5 minit, masuk panggilan dari Whatapps.

Dengar nada suara Along pun dia tahu Along pasti terkejut. Haha. Sebab Along kan dah acah acah move on. "Please balik bro. If not, you akan menyesal. Seumur hidup you.." Along di hujung sana talian terus terdiam. Jess tahan tawa yang dah nak terhambur keluar. Pasti Along panik.

Ada Along bertanya soalan tentang Fiza namun semuanya dijawab dengan tidak tahu, tak pasti, entahlah. Harap kali ni pancingnya mengena.

Setelah meletakkan panggilan, Jess ketawa terbahak bahak. Seronok dapat mengenakan Along. Segera dia bangun dan melangkah malas ke tandas.

.

.

.

Aku berdiri melihat keindahan alam. Bila dah salji dan aku pula cuti hari ni, jadi inilah pilihan terbaik yang ada iaitu melepak manja di rumah. Sebenarnya, jika diikutkan, aku agak serabut. Separuh dari fikiran memaksa aku pulang ke Malaysia. Manakala separuh lagi meminta aku untuk kekal menetap di sini.

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now