Dua

6.9K 180 9
                                    

You and I go hard, at each other like we are going to war
You and I go rough, we keep throwing things and slamming the door

You and I get sore, then dysfunctional we stuck keeping score
You and I get sick, they all know that we can't do this no more

Bunyi bingit deringan dari handphone berjaya membuat aku terjaga dari tidur. Aku meraba raba mencari mana letaknya handphone aku sebelum deringan tu terhenti. 

Benda paling aku pantang ialah gangguan semasa aku sedang sedap melelapkan mata. Belum sempat aku pejam mata balik, dia berbunyi kembali. Aku tengok skrin telefon.

[ Mai Uni Calling]

Aku tak angkat. Kenapa..? Entah. Aku tak punya hati. Adakah aku marah dekat dia..? Mungkin juga. Sebab dia biarkan aku terkongtang kanting lepas peristiwa dengan Akmal haritu.

Ting.. bunyi tanda ada mesej masuk. Aku bukak.

From : Mai

[Assalamualaikum along, asal tak angkat call..marah lagi ke..]

From : Aku

[Waalaikumussalam..Jap aku call balik]

Betulkah keputusan aku untuk call dia balik. Hmm. Aku cepat sangat lembut hati. Mungkin ni sebab kenapa kena tinggal dulu kot. 

Pertanyaan dia. Adakah aku marah dekat dia..? Tak sure. Aku Cuma rasa sedih sikit ja. Setelah berdialog dengan diri sendiri selama 5 minit, aku call Mai. Selepas dua deringan, dia angkat.

- Along..

- Yep. Asal ..?

Aku try control tapi suara aku sangat dingin.

- Sorry haritu....

Tak sempat Mai habis cakap aku potong

- Takpa..aku paham kau malu..

- Tak..aku takut..aku takut dengan pandangan orang..

Suara Mai dah mula serak dan tersangkut sangkut. Aku dengar esakan kecil mula keluar dari corong telefon. Haih. Sudah. Tapi aku pun ada ego aku.

- Kau cakap dengan aku ni kau tak takut pulak..?

Okay aku dah terkeluar apa aku pendam. Tipu kalau aku tak marah bila Mai cakap dia takut dengan pandangan orang.

- Along...! kenapa cakap macamtu...Mai minta maaf tinggal along..

Okay Mai menangis makin dasyat.

- Mai....

Aku cuba potong cakap Mai. Sebab sejujurnya rasa pedih didada bila dengar dia menangis.

- Along..dengar apa Mai nak cakap dulu please..Along mungkin dah biasa dicop lesbian..pengkid..bagi Mai ni benda baru..nak kata fikiran Mai kolot..? 

Mai tak pernah kena camni Along..Mai salah bila lari dari Along..tapi apa yang boleh Mai buat..Mai nak mengadu dekat sapa..?Ingat Mai tak sedih ke tengok Along jalan sorang sorang kesana sini..Mai minta maaf Along..Kalau boleh maafkan Mai..Mai nak kawan balik dengan Along...

Aku terdiam seketika. Jadi semua salah aku..? Hmmm....

- Mai..sorry..salah aku benda jadi..senang kau takyah kawan dengan aku la..aku boleh pindah IPT lain..banyak lagi IPT dalam Malaysia ni..no worries okay..jangan nanges dah..aku maafkan kau..

- Along...maafkan Mai..tak perlu sampai nak pindah bagai..

Selepas sejam perbualan tu berakhir. Mai berjaya pujuk aku untuk stay di IPT tu. Aku saja gertak part nak pindah IPT tu. Mana la aku larat nak pindah merata tempat ni. Sejujurnya aku kesian dengan Mai. Dia jadi camtu sebab aku. 

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now