Enam

5.3K 201 44
                                    

Aku berjalan perlahan sambil menyepak pasir pantai. Tidak aku peduli pada sandal yang dah dipenuhi pasir. Juga tak ku hirau pada panas mentari yang menyucuk kulit. DSLR yang tergantung di leher aku pegang erat.

Pulau Pangkor. Aku datang sini juga pada akhirnya. Kerana di Pulau Pangkor, kisah kami sekeluarga bermula. Aku tersenyum teringatkan cerita ayah tentang bagaimana mak dan ayah berjumpa di Pulau Pangkor.

Apabila mak dan ayah melintas dalam fikiran, automatik dada aku akan sakit. Sakit yang menggila beserta dengan denyutan yang tak stabil. Aku menarik nafas dalam. Tahan 5 saat dan hembus. Aku ulang dua tiga kali hingga rasa tenang.

Sayangnya. Aku tiada tempat nak mengadu cerita. Tiada tempat nak berkongsi rasa. Jari aku takkan cukup kuat nak dail nombor makngah. Nak melepaskan pada dia.Walaupun dia keluarga, aku tak mahu terhutang budi.

Mai? Kawan kawan study? Pun aku tak mampu nak hubungi. Kerana aku dah terbiasa untuk berkongsi rasa dengan mak ayah. Mak ajar aku untuk tak bergantung harap pada orang. Jadi. Bila dah sampai peringkat hati terluka remuk ni aku lebih memilih untuk mendiamkan diri. 

Pantas fikiran aku melayang pada diari yang mak bagi sebagai hadiah hari jadi. Ujar mak ketika itu, "along gunalah untuk luah segala perasaan along.." 

Aku dalam bilik masa tu, tengah berkemas untuk semester baru sebelum mak masuk dengan hadiah yang berbalut kemas. Aku taknak buka masa tu, tapi mak paksa. Apabila hadiah tu dah menunjukkan dirinya, aku tertawa. 

"apa mak ni...bagi diari..bukan along rajin nak tulis pun.." mak gosok kepala aku perlahan. "along gunalah untuk luah segala perasaan along" aku buat muka kat mak. "tak perlulah..kan along ada mak dan ayah..diari ni mak simpan jelah.." ujar aku sambil buat peace.

Mak menggeleng perlahan. "kami berdua ni along, tak selamanya ada di dunia tau. nanti sampai masa kami kena pergi juga..masa tu along tinggal sorang haaa.."

Kata kata mak saat itu tidak aku pedulikan. Memang. Ajal maut di tangan Tuhan. Tapi aku berdegil. Bertegas degan diri sendiri yang mak ayah takkan tinggalkan aku di saat aku muda. 

Tapi aku salah. Tuhan lebih sayangkan mereka. Walau sedalam lautan, walau setinggi langit rasa sayang aku pada mak ayah, aku terpaksa akur yang mereka hanya pinjaman sementara aku di dunia.

Sebak kembali bertandang dalam hati. Aku gigit bibir bawah. Nafas aku tarik perlahan. Dada aku usap perlahan. 'sabar.....tolong sabar....tolong tahan.....' aku memujuk hati sendiri.

Langkah aku terhenti apabila aku tersepak sebiji buah kepala yang ada di atas pasir. Salah aku kerana jalan tak pandang depan. Mujur aku tak tergolek jatuh.

Terdengar tawa kanak kanak bergema. Aku membuang pandang ke arah kiri. Kelihatan sebuah keluarga sedang berkelah. Lensa DSLR aku tanggalkan. Kamera aku angkat ke sasaran. Sesudah membidik beberapa foto kanak kanak tadi, aku teruskan berjalan.

Aku sampai ke arah tujuan dengan baju yang dah lencun dengan peluh. Aku pantas menuju ke tempat yang lebih teduh. Beg aku tanggalkan dan isinya diselongkar. Foto album lama aku keluarkan.

Foto kami. Mak, ayah dan aku. Tujuan aku ke Pulau Pangkor kali ini selain untuk mengubat rasa hati, aku juga meneroka kembali semua tempat yang ada gambar kami bertiga. Aku selak ke foto yang aku cari cari. 

Senyuman terukir di bibirku. Foto kami duduk atas batu. Di bawah pokok kelapa. Aku cam pokok ni. Sebab aku ada ukir nama kami bertiga. 

Aku mendongak. Memandang pokok kelapa yang dah semakin tua. Entah bila akan tumbang menyembah bumi. Dengan buah yang berwarna coklat tua yang sedia untuk gugur bila bila masa.

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now