Dua Puluh Empat

3.4K 174 25
                                    

Jess menggamit Along yang bahagia berlari tengah padang. Segera Along berlari menuju ke arahnya dengan tawa yang bersisa. Sejak last appointment dengan Doktor Mahmud bulan lepas, dan Doktor Mahmud pun dah bagitahu yang Along dah boleh mula berlari dan semua, hampir setiap petang dia akan bawa Along datang taman ni.

Cuma tulah, kalau datang dengan Along yang sebenar, dengan dia sekali kena paksa lari. Kalau dengan Along versi cold tu, dia cuma duduk diam tak berkutik. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kalau dengan versi kanak kanak, haa, memang Jess tak larat nak kejar. Turun kereta terus lari.

Keadaan dah makin okay sekarang. Depresi Along pun dah makin kurang. Cuma adakalanya bila depresi tu datang, cepat ja Along cari bahan untuk buat dia lupa semuanya. Along pun dah pandai kawal diri dia.

Seronok. Bila kawan dengan sorang ja, tapi kena layan tiga jenis perangai. Personaliti yang berbeza. Along yang cold pun kadang boleh diajak senyum gelak. Cuma memang dengar tak ikhlas. Dengar cara gelak pun rasa nak cepuk ja.

Tapi. Satu benda yang pasti, setiap kali Along terlena, personaliti dia berubah. Selalunya yang akan bangun awal pagi tu Along yang betul lah. Pernah sekali Jess terjaga pukul 3 pagi, terkejut dengan Along yang berdiri tegak tengah bilik.

Bila tanya kenapa. Mudah jawapannya. Saja. Dengan suara yang acah deep nak mati. Memang meremang bulu roma waktu tu. Ingat hantu dah. Haha.

"Kenapa panggil kita Jeccy? Tengah seronok lari ni.." Lagi satu masalah ialah budak ni dah pandai gedik pelatkan suara dia. Tak ke jadi masalah bila jalan kat mana mana orang tengok budak besar. Tapi sembang pelat. Kenapalah budak 4 tahun masuk dalam badan budak 24 tahun ni.

"Jangan lah lari ja. Kalau jatuh nanti macam mana? Duduk dulu kejap. Minum air" Along menggeleng.

"Taknak air. Nak aiskrim lah Jeccy....Air tak sedap" balas Along dengan jelingan campur muka kekwatnya. Jess cuma ketawa. "kalau macam tu, jum balik? Kita singgah makan ABC dekat kedai Ahmad. Mau?"

Tengok. Senang pujuk dia. Dah senyum balik Along tu. Dengan melompat tepuk tangan lagi. Segera Along pegang tangan Jess paksa Jess bangun cepat. Berlari anak Jess nak mengejar rentak Along. Aktif sangat.

.

.

.

"Bro. Nak cakap something. Boleh?" Jess dan Along ada atas sofa. Sofa yang baru beli. Sebab yang lama Along dah rosakkan. Haha. Sambil mata dua dua terpaku pada televisyen. Menonton Toy Story. Beria Along ajak Jess marathon Toy Story dengan macam macam alasan yang diberikan. Padahal Jess tau ja yang Along tu kaki kartun.

"Ahha. Proceed." Balas Along. Matanya masih terpaku pada Andy yang bermain dengan Woody.

"Jum pindah" Along terus berpusing pandang Jess. Keningnya dijongketkan. "Mana?"

"Dunno yet. UK maybe. Mau?" Along terdiam. UK? Jauhnya.

"Why sampai oversea Jess?"

"Easy. Cari benda baru. New memory. Lagipun you dah fully recover kan. Sambil tu kita sambung study? I dah tanya daddy and he say okay" Along terdiam sebentar. Berfikir.

"Give me time. Nanti aku bagi jawapan okay" Jess mengangguk. Along kembali menonton Toy Story di dada televisyen. Mana mahu nak fikir saat tengah tengok cerita kartun kegemaran. Buang tabiat kot. Manakala Jess terus memandang Along yang sekejap tersengih sekejap tergelak tu. "Apa?" Along pusing pandang Jess dan angkat kening. Jess menggeleng, tersenyum dan alih pandangan pada kaca televisyen.

.

.

.

Aku baring dan menatap siling yang dah mula bersawang. Kata kata Jess tadi kembali berulang. Betul aku dah mula pulih. Segala kenangan dah mula datang satu persatu. Aku mula ingat semua benda balik.

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now