Enam Belas

3.8K 134 43
                                    

Setahun kemudian......

Aku terjaga dengan bunyi bising di luar bilik. Cuba aku amati suara tu. Fiza dan mama. Aku ada dalam bilik Fiza. Rasa macam petang tadi sampai. Aku menyeluk poket mengambil telefon. 

Ada panggilan tak berjawab dari Jess. Aku chat Jess bagitahu aku demam dan baru bangun. Jess ada urusan keluarga di Johor. Ada majlis bersama keluarga besar dia. Aku segan nak mengikut walaupun diajak. Nasib lah tak ikut. Dengan demam ni. 

Dah pukul 830 malam. Kepala rasa berat. Semalam ada lawatan ke tapak, dan hujan lebat. Aku susah nak sakit. Tapi bila kena. Melarat lah. Aku pegang dahi, ada tuala yang dah hampir kering. Mungkin Fiza yang letak. 

Sekarang aku dah mula turun tapak bina untuk pantau sendiri projek. Sebab daddy cakap tak guna ada backround civil engineering tapi cuma tahu duduk depan komputer siapkan drawing. Oleh kerana itulah aku sukarela turun tapak jaga projek. Memandangkan aku cuma ada diploma, maka aku masuk tapak dengan jawatan penyelia tapak bina (site supervisor) untuk bahagian struktur. 

Susah juga nak sesuaikan diri mula mula. Tapi aku seronok. Sebab kat site semua lekaki. Dan alhamdulillah, setakat ni semua masih baik. Cuma aku dah makin gelap. Tapi tetap hensem macam biasa. Haha.

Tekak rasa perit. Cuba aku gagahkan diri untuk bangun. Dahaga. Sempat mata aku singgah ke atas meja Fiza. Ada gambar kami berlatarbelakangkan  menara condong Teluk Intan. Aku tersenyum teringat kenangan lama. 

Nak panggil Fiza minta dia tolong ambil air pun dengar macam serius ja sembang dengan mama tu. Aku berpaut pada kerusi. Tombol pintu aku pulas perlahan. Cuba untuk tak menganggu mereka berdua. 

Suara yang sayup sayup makin jelas pada pendengaran aku. Buntang mata aku mendengar butir bicara mereka. Terasa debaran menggila di dada. Tak pasti mahu percaya atau tidak. Aku mengundur ke belakang. Duduk semula di katil.

Kepala terasa berdenyut sakit. 

"Along dah lama bangun? Sorry Fiza borak dengan mama tadi.." Entah bila Fiza masuk bilik pun aku tak sedar. Aku cuma mengangguk. "Nak air"

Fiza keluar dan kembali bersama segelas air. Aku menarik tangan Fiza. "Duduk kejap. Along nak tanya" Fiza cuma menurut dengan dahi berkerut.

"I....kind of overheard your conversation dengan mama tadi. Mind to explain?"  

Fiza kelihatan teragak agak. Aku masih berdiam. Menanti jawapan dari dia. "Along....actually..." aku potong cakap Fiza. 

"Boleh tahan banyak juga yang Along dengar tadi. Dan Fiza jangan cuba nak tipu. You know me right" Aku senyum pandang dia. Masih cuba berdiplomasi. Dalam situasi seperti ini, jika diselitkan emosi, akan memburukkan keadaan. 

Fiza masih berdiam. Mungkin masih menyusun kata. 

"Fiza takut Along marah sebab tu Fiza tak bagitahu"

"Kalau Along tak dengar tadi? Bila nak bagitahu? Bila esok nak daftar uni baru nak bagitahu?" Aku membalas. Masih dalam nada terkawal. 

"Entahlah Fiza. Siapa Along ni eh? Maybe just your friend kot. Not your lover kan. Benda penting macam ni buat sembunyi sembunyi kat belakang Along. Along soft sangat ke Fiza? Nak Along tengking tengking marah semua ke?"

Fiza memandangku tajam. Mungkin tak percaya itu yang akan keluar dari mulut aku. 

"Along...please stop..Along tahu kan camna Fiza sayang Along.."

"Kalau sayang you'll tell me beforehand. Bukan I overheard by myself kot.." Fiza menunduk. Aku tahu dia dah mula menangis. 

"Fiza nak jumpa kawan kawan semua Along bagi. Fiza minta apa Along iyakan ja. Sebab Along taknak nampak macam Along mengongkong hidup Fiza. Lagipun Along tahu Along busy kerja. Jadi Along cuma diam. Along ikutkan ja rentak Fiza. Kadang Fiza pergi mana mana pun tak bagitahu Along. Kotlah nak chat or apa. Takda pun. Along diam ja. Along taknak benda kecil macamtu jejaskan hubungan kita. Tapi Fiza terlalu ambil mudah....Tak sangka Fiza nak sambung study, Along tak tahu..."

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now