Part 23

508 37 3
                                    

Sudah 10 minit Minghao bersama Cikgu Nani dan lelaki yang membawa mereka menjelajah universiti itu. Nana kebosanan.

'Nak promot Minghao la tu. Tau sangat' getus Nana sambil menjeling Cikgu Nani yang menghalang detik-detik bahagianya tadi.

Nana kesunyian. Dia cuba untuk bergaul dengan Liyana dan gengnya. Namun, topik yang mereka bualkan sememangnya menjadi topik yang paling Nana kurang gemar.

"Hey, boleh join?" soal Nana yang selamba meredah masuk ke dalam group wanita-wanita diva itu.

"Okay jee. Ah Nadhiah, kau dengan boyfriend kau da okay ke? Aku tengok bukan main lagi kau whatssap dia tadi" kata Liyana sambil mencuit lengan Nadhiah.

"Kitorang da get back. Dia yang pujuk aku dulu malam tadi" balas Nadhiah dengan tersimpul malu.

"Cepat je kau melting kan" kata Aida pula.

"Mestilah. Lelaki hot and spicy macam si Haikal tu siapa yang tak melting?" balas Nadhiah lagi.

Semakin lama semakin Nana menjauhi mereka. Perlahan-lahan kumpulan wanita yang terdiri daripada 4 gadis-gadis popular tu ditinggalkan.

'Tak habis-habis dengan topik boyfriend korang, aku dah lah tak de boyfriend. What a sad life'

Nana mencebikkan bibir. Nana terus berseorangan. Minghao yang tadi bercadang hendak menemaninya entah tiba-tiba hilang dari pandangan. Nana kebosanan, dia ikutkan saja perjalanan yang agak panjang itu.



Sudah jam 2 petang, mereka sedang berehat di dalam bas setelah puas meronda 4 bangunan di situ dan juga solat di surau berdekatan. Masing-masing mengumpul tenaga untuk aktiviti seterusnya.

"Sya, lepas ni kita nak ke mana?" soal Nana sambil meneliti wajahnya di cermin kecil milik Sha.

"Hurm.. lepas ni kita berhenti untuk shopping je kat mall. Beli barang-barang buat kenangan bak kata dak Johan pun. Eh, aku nak belikan apa ek untuk Dila?"

"Entahlah. Belikan je lah keychain murah. Kita pun bukan ada duit nak beli mahal-mahal. Belikan untuk Tasya sekali"

Sya mengangguk faham. Dila dan Tasya tak dapat mengikuti lawatan ini kerana tiada keizinan oleh  ibubapa mereka. Ibu Dila sangat tegas dan tidak suka jika Dila pergi tempat lain selain yang berkaitan dengan pendidikan.

Tasya pun sama, cuma kali ini ibunya baru keluar dari hospital beberapa hari lepas. Dia bimbang dengan keadaan ibunya yang tidak berapa sihat. Tambahan pula, kakak dan abangnya bekerja jauh dari tempat tinggal mereka.

"Kita da sampai, korang bolehlah singgah membeli-belah abrang-barang kat sini untuk buat kenangan. Tangkap gambar pun boleh. Buat je lah ape yang korang nak, janji jangan nak menyusahkan aku sudah!" ujar Johan dengan waja kepenatan. Memandang dia telah dilantik secara tidak sah untuk menjadi ketua kepada lawatan ini sejak dari awal, maka secara tidak langsung dia turut dapat merasakan tekanan tersebut..

Mereka semua keluar dengan teruja dari bas. Masing-maing mula memasuki dari  satu kedai ke satu kedai. Sha dan Maya sudah berhenti disalah sebuah kedai yang mahal harganya. Minghao pula berhenti di sebuah kedai tembikar.

Nana pula berada disebuah kedai kecil yang tiada seorang pun pelanggan disitu. Entah sejak bila dia berani berjauhan dengan rakannya. Kedai yang berdindingkan papan yang dicat rapi serta barang-barang berjiwa antik yang tersusun kemas sememangnya menarik minat Nana.

Dia meneliti barangan yang ada disitu.

'Cantiklah keychain ni' bisiknya perlahan.

Dia memegang sepasang keychain berbentuk bintang yang diisi penuh dengan batu yang seakan-akan berlian itu.

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now