Part 11

916 66 0
                                    

*Flashback 2 tahun lepas

"Eish! Kurang ajar betul budak-budak ni! Berani diorang tipu aku!" Marah gadis itu sambil berlari-lari mencari sesuatu.

Dia berjalan dari satu kelas ke satu kelas. Dari kelas tingkatan 1 lestari sehinggalah ke kelas 4 Mantap. Dari bangunan satu tingkat sehinggalah ke bangunan 4 tingkat. Dari dewan sekolah sehinggalah ke kantin sekolah. Sememangnya penat sungguh menjadi pengawas sekolah yang perlu mengejar pelajar-pelajar ponteng kelas atau menghisap rokok itu.

Gadis bertudung kuning itu, Nana bertembung dengan rakannya Zul di sebuah pondok kecil.

"Nana, kau jumpe tak diorang?" Soal Zul iaitu teman rapat Nana yang paling disayangi gadis itu. Walaupun Zul bukanlah pengawas sekolah, dia sanggup ponteng daripada memasuki kelab permainan Catur semata-mata hanya untuk menolong Nana mencari pelajar-pelajar yang hendak pulang kerumah secara haram itu.

Nana menggeleng kepalanya sambil mengurut-ngurut dadanya yang lemah semangat itu.

"Aku pergi cari kat sudut bangunan E tu, kau cari kat gelanggang nombor 3 sebab aku nombor1 dan 2 aku da cari tadi tapi takde"Nana hanya mengangguk. Sebelum dia beredar dari situ, Zul sempat menghulurkan air mineral miliknya kepada Nana yang hampir nyawa-nyawa ikan itu.

Nana mencapai botol air itu lalu meneguk dengan pantas. Nana kembali dengan misinya untuk mencari pelajar-pelajar yang hendak ponteng ketika aktiviti koku sedang dijalankan. Nana berjalan dengan perlahan.

Dia mengelap peluhnya yang bagaikan sebaldi penuh seperti baldi dirumahnya. Perjalanannya ke gelanggang permainan bola keranjang itu sememangnya jauh. Tiba-tiba Nana terdengar satu suara yang sememangnya mencurigakan di bangunan F itu. Dia menaiki tangga ke tingkat kedua,dia memerhatikan dari jauh. Tiada orang. Tetapi masih ada suara.

Nana berjalan lagi. Perlahan dan perlahan. Dia terasa geram betul apabila semua kerja ini hanya dia dan rakan-rakannya sahaja yang perlu buat manakala seniornya yang lain hanya perlu memasuki kelab mereka dan buat tidak tahu. Nana menepuk dadanya perlahan. 'Tu kerja kau Nana'

Tiba-tiba Nana terlihat seseorang sedang berjalan membawa beg dihujung bangunan. Matanya membulat. Dia berjalan pantas sambil menjerit memanggil nama pelajar tersebut.

"Weh Shafik! Kumar! David sini kau!" Sememangnya pelajar lelaki tingakatan 2 yang patut menerima gelaran satu Malaysia itu nakal sejak mereka berkenalan antara satu sama lain.

Mereka yang terdengar suara Nana itu memandang kebelakang. Setelah melihat wajah Nana yang panas baran itu sambil berlari kearahnya, dia pun mengambil kesempatan untuk larikan diri.

"Zul! Zul! Cikgu Jamal! Cikgu! Saya dah jumpe! " jerit Nana kegembiraan sambil menaikkan lagi kelajuan kakinya untuk berlari.

Mereka bagaikan kucing yang mengejar anak-anak tikus. Pelajar tersebut berlari ke arah gelanggang. Nana mengejar dengan pantas. Dengan tak semena-mena, Nana menghampiri dihujung sudut gelanggang tersebut dan tiba-tiba, dia terlanggar seseorang.

Nana terjatuh dan terhimpap yang empunya badan. Masing-masing mengerang kasakitan. Mana taknya? Nana yang dari tadi berlari hampir 20km/minit itu berlanggar dengan pelajar lelaki yang tinggi lampai sehingga kedua mereka jatuh.

Nana memegang bibir atau mulutnya yang berdarah itu manakala lelaki itu pula memegang dagunya yang luka dan hampir berdarah itu. Nana yang pening mamai memandang lelaki tersebut, begitu juga dengan lelaki itu. Hampir 3 saat jugalah mereka bertentangan mata. 'Macam dalam drama-drama korea tu'

Masing-masing membulatkan mata. Tiba-tiba datang pula Cikgu Jamal sambil membawa rotan.

"Nana!"

Mendengar namanya dipanggil, Nana segera memusingkan pandangannya melihat empunya suara.

"Cikgu! Cikgu! Saya dah jumpa dah pelajar-pelajar tu! Dia baru je kena tangkap dengan Big Mama(aka pemegang gelaran wanita paling berbisa dan menakutkan di SMK D) kat sane tadi bersama den......" Zul menghampiri situasi tersebut dan tidak dapat menghabiskan percakapannya.
Zul mula menganalisis wajah lelaki yang berdarah di dagu itu.

"Mikael.....?" 

Keadaan menjadi awkward atau dalam bahasa melayunya janggal. Keempat-empat mereka senyap.

Hampir seminit , keadaan beku disitu. Nana bangun dengan pantas.

"Look, bukan seperti apa yang Cikgu bayangkan okay...?" Kata Nana dengan cemas.

"Kamu berdua, ikut saya" kata Cikgu Jamal lalu berlalu ke biliknya. Nana yang tidak sempat menerangkan apa yang berlaku, hampir hendak menjerit. Dia beralih ke Zul pula.

"Listen Zul...kauu"

"Its okay. Aku faham. Just, bibir kau tu berdarah banyak sangat" Zul mengambil lipatan belakang tudung Nana yang agak labuh itu dan menyuruh gadis itu mengelap bibirnya yang kemerah-merahan itu.

Zul hanya tersenyum cuma lalu memandang Mikael.

"Sabar eh. You can do it!" Kata Zul memberi semangat membuatkan Mikael berlagak seperti 'what the heck?!' kat situ.

Setelah Zul hilang dipandangan, Nana kembali lemah. Dia memandang Mikael dengan perlahan. Mikael yang sibuk mengelap dagunya yang terluka itu memandang Nana dengan pandangan yang tajam. Lelaki itu berlalu disitu dengan pantas. Nana sebersalah. Janganlah mamat ni marah or whatever lah kat aku! Janganlah Cikgu Jamal fikir lain! JANGANLAH JAWATAN PENTING AKU NI KENA TARIK!!

MAKKK!!!!

*habis dah Flashback..

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now