part 1

3.6K 128 1
                                    

Di SMK D yang berdekatan dengan daerah Melaka itu dihuni sejumlah 2000 pelajar yang sedang meningkat remaja . Pagi tu semua guru dipanggil oleh pengetua kerana ingin mengadakan mesyuarat kecemasan dibilik mesyuarat yang tidak jauh dari dewan perhimpunan sekolah tersebut .

Kesemua pengawas sekolah dikumpulkan dan diarahkan oleh pengetua untuk mengawasi setiap kelas agar tiada hal-hal yang tidak diingini berlaku . Dan pengawas pula akan diawasi oleh 3 orang guru praktikal yang ditugaskan oleh pengetua untuk mengawasi mereka melakukan tugas sekali gus memerhatikan tingkah laku pelajar-pelajar .

Didalam kelas 5 cemerlang iaitu kelas kedua selepas 5 gemilang begitu sunyi kerana terdapat guru Nurul yang masih belum keluar ke bilik mesyuarat . Pelajar-pelajar sempat berfikit bahawa mungkin Cikgu Nurul tidak mahu menghadiri mesyuarat dan ingin terus mengajar mereka subjek bahasa malaysia yang sekarang ini terdapat beberapa orang pelajar dipaksa berdiri atas kerusi kerana gagal menjawab soalan mudah yang disoal didalam peperiksaan awal tahun . Sudah menjadi kebiasaan bahawa semua pelajar tahu akan ketegasan Cikgu Nurul dalam mengajar pelajar-pelajarnya ini dengan tegas dan amanah .

Tiba-tiba Cikgu Nurul bangun dan menulis sesuatu di papan putih mengunakan maker hitamnya . Lalu meminta perhatian daripada semua pelajar untuk mendengar arahan yang seterusnya .

"Baiklah . Saya nak awak semua buat latihan muka surat 56 latihan no 1 dan 2 . Muka surat 78 latihan 2 dan 3 . Serta muka surat 102 latihan 1 dan 3 . Soalannya senang-senang dan saya nakkan jawapan yang lebih bagus dan mantap daripada awak semua . Kalau setakat jawapan budak darjah 2 pon saya boleh bagi . Saya hendak keluar mesyuarat sebentar " kata Cikgu Nurul sambil kembali ke mejanya dan mengemas buku-buku latihan serta buku kehadiran dan beg tangannya untuk bersedia keluar dari kelas tersebut.

" memanglah senang . Cikgu tu cikgu . Kitorang ni pelajar je " ngomel seorang pelajar lelaki yang sememangnya terkenal dengan kenakalannya dan sikap suka mengenakan pelajar-pelajar mahupun guru-guru .

" iyake ? Esok saya nak tengok awak punya latihan dahulu ya Syafiq ? Dah la markah 50 ada hati nak menjawab cikgu pula . Latihan ini untuk awak juga . Betulkan Syafiq ? " soal Cikgu Nurul sambil menjeling kearah pelajarnya itu .

" ya cikgu ~ " balas Syafiq dengan malas . Dalam otaknya hanya menunggu gurunya itu keluar dari kelas supaya dia dapat peluang untuk tidur . Cikgu Nurul keluar tanpa membawa apa-apa dengannya . Kesemua pelajar berasa pelik .

" ehh kenapa agaknya cikgu tak bawak barang-barang ? Bukan ke mesyuarat guru akan berlanjutan sehingga masa rehat ? " tanya seorang pelajar perempuan yang duduk berhampiran tingkap itu .

" entah lah Sha . Aku pon tak tahu . Mungkin cikgu malas kot nak bawak sekarang . Lepas ni dia suruhlah pelajar lain tolong ambil kan " balas rakannya yang duduk disebelahnya sambil membuka penutup botol minumannya untuk meneguk sedikit air yang lagi tadi tekaknya yang terasa haus akibat memberi alasan panjang lebar kerana tidak mencapai skor yang cikgu inginkan .

Tiba-tiba cikgu Nurul masuk semula dengan pantas . Membawa dua orang pengawas lelaki yang berada di muka pintu kelas itu .

" mereka ini yang akan mengawasi awak semua . Siaplah kalau saya dapat apa-apa aduan tentang awak semua daripada mereka ya " kata cikgu Nurul dengan tegas lalu mengambil barang-barangnya dan keluar dari kelas tersebut .

" okay semua . Party ! " kata seorang pelajar perempuan yang sentiasa dikenali dengan kekecohan yang dibawa sejak mula-mula berpindah ke sekolah ini ketika tingkatan 3 . Namanya Farah . Pelajar genius subjek English jugak bersaing kuat dengan pelajar bernama Yan.

" sshhhhhhh !! " kesemua pelajar yang baru hendak berpesta dan bersuka ria tetapi secara automatik memandang mereka .

" jangan bising . Nanti cikgu marah . Baik awak semua mengulang kaji pelajaran " kata pelajar lelaki cina itu . Ya . Kedua-dua pengawas itu ialah pelajar cina dari kelas 5 gemilang . kesemue pelajar kembali ke tempat masing-masing dengan muka monyok mereka .

" ishh nak bergembira sekejap je pon tak boleh . Ape lah diorang ni . Tak sporting langsung " kata gadis bernama Maya itu kepada rakan-rakan sekumpulannya yang sudah pun duduk bersama dan bersedia untuk bergosip .

" entah . Skema sangat . Dahlah , Nana ajar aku macam mana nak buat ayat yang lebih gramatis . Cikgu Nurul cakap ayat aku semua kaku and lapuk je " kata Sha kepada rakannya , Nana .

Nana mengangguk mesra . Dengan senyap-senyap dia mencuri-curi memandang pengawas lelaki yang baru menjadi topik rakannya tadi .

' oh my crush . Kau sungguh gentle! '

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now