Bab 22

19.7K 626 6
                                    

"I try to reach you. Kenapa payah sangat angkat call I?!" Tidak sedar badan dah basah lencun masih ada hati lagi nak membebel.

"You buat apa datang sini?"

Satu nafas ditarik. "I nak tengok Hannah. Heard about her."

"Dia okay je... baru tidur. Pintu warna pink bilik Hannah." Selamba Marsarah beritahu. Nak tengok Hannahkan. Tunggu apa lagi? Dia kembali pergi dapur. Perut tengah lapar. Mengidam nak makan mi segera.

"Err..." Harris yang ditinggalkan mula garu kepala. Macam tu je? Tiada peluk atau salam macam dulu. Sekurangnya bagilah dia tuala lap badan. Sejuk ni. Lama juga dia kena hujan tekan loceng tadi.

Bila kelibat isterinya terus menghilang. Harris harus redhakan diri sendiri. Memang tidaklah Marsarah nak layan dia macam dulu.

"Ambil tuala dalam bilik I dulu. Keringkan badan lepas tu baru jumpa Hannah." Marsarah memang tidak tahan dari terus abaikan dia.

"Okay sayang!" jerit Harris bagi sahut arahan Marsarah dari dapur.

"Gila!" bebel Marsarah sendirian dalam dapur. Magie laksa jadi pilihannya. Yummy! Sampai dua pek dimasak olehnya. Siap masak magie dia lajukan langkah buat kopi panas. Memang tambah lapar. Berapa hari Hannah sakit ni dengan dia sekali selera kecundang. Anak sakit mana ada hati nak isi perut.

"Sedapnya bau..." Harris hanya bertuala turun ke dapur. Baju sehelai pun tiada. Nak pakai baju Marsarah tapi satu pun tidak muat. Bau magie Marsarah sejak dia datang tadi memang mengoda perut. Kejap saja dia jenguk Hannah tadi. Terus ke bawah cari Marsarah.

"Untuk I takde?" soal Harris bila Marsarah hanya tekun menghabiskan mi sendiri. Tambah berbunyi perut yang memang sedia lapar. Liur pun makin berkumpul dalam mulut tengok asap berkepul-kepul naik.

"Sarah..."

"Dalam kabinet tu ada. Masaklah." Tiada hati dia nak melayan macam biasa. Rasa bukan kerja dia perlu layan Harris macam raja.

"Takkanlah I masak sendiri?"

"Masaklah. Macamlah you tak pernah masak."

Pek plastik Magie diletak semula. Harris bukannya lapar sangat pun. Dia ada makan petang tadi. Sekadar nak cuba nasib sahaja.

"Kenapa?" soal Marsarah bila suaminya letak semula pek ke dalam kabinet. Takkan la malas sampai tahap macam tu. Nak isi perut sendiri kut!

Kepala digeleng. Harris hanya ikut duduk di meja pulau bersama Marsarah. Lagi kenyang tengok muka Marsarah yang dah lama diidam. Tiga tahun dia mengidam tengok Marsarah. Setiap kali rindu mendesak. Dia hanya mampu tengok dari jauh. Halangan dari Chris tiga tahun lepas hampir menjatuhkan semangatnya.

Bukan sekali dua penumbuk Chris singgah ke mukanya bila dia berkeras mengejar Marsarah. Semuanya kerana Chris tidak mahu isterinya kembali sedih semula.

Akhir satu perjanjian termeterai. Bila sudah tiba masanya. Chris tidak akan halang Marsarah pulang semula ke tanah air. Waktu itu barulah Harris boleh jumpa bertentangan mata dengan Marsarah. Sebab Chris nak pulihkan semangat dan jiwa anak buahnya yang sudah lama pudar oleh Harris.

Syaratnya, Harris dibenarkan tengok Sarah dari jauh saja. Sesali keputusan yang merosakkan kebahagian Marsarah dulu dan cuba berubah lebih baik. Jangan nak harapkan isteri saja baik tapi diri tidak pernah tengok silap sendiri.

Mangkuk berisi mi segera Marsarah diletak depan Hrarris. "Makan."

Kening Harris terangkat. Hairan dengan tingkah isternya.

"I tak kejam sangat nak biarkan suami I kebulur."

I tahu. Yang kejam sini I. I abai anak isteri I bertahun-tahun. Sambung Harris dalam hati. Sebak kesalkan hati yang banyak dikecewakan.

Mangkuk ditarik dekat. Harris ambil sikit sua ke mulut Marsarah. "I dah lama nak buat macam ni," beritahunya bila Marsarah pandang dia dengan muka pelik.

Mahu tidak mahu saja Marsarah buka mulut. Lagi pelik dengan sikap Harris yang tersenyum lebar tengok dia makan. Sudah Marsarah mengunyah barulah Harris suap ke mulut sendiri.

MARSARAH (COMPLETED)Where stories live. Discover now