Bab 19

18.8K 638 8
                                    

"Kalau Harris nak kembali. Sarah nak bagi peluang?"

Marsarah pandang Wan. Tawa kecil timbul dari bibir kecilnya. "Peluang apa Wan? Harris yang patut Wan tanya. Bukan Sarah."

"Ada lagikah peluang untuk perempuan macam Sarah ni?" Soalan untuk diri sendiri. Marsarah hela nafas. Enggan dibuai rasa sedih.

Giliran Wan pula terdiam. Enggan lagi mengulas lebih lanjut. Marsarah yang mengalah. Harris dengan keras kepala. Elok sangatlah! Dia masuk ke dalam ruang tamu semula bila Tok memanggil. Tinggal Marsarah saja di dapur seorang diri.

Ikan yang tengah disiang menjadi tatapan. Dulu waktu zaman kegedikkan. Memang tidaklah Marsarah nak sentuh ikan hanyir macam ni. Sejak tinggal dengan Tok dan Wan barulah mula berjinak sikit masuk dapur. Dulu belajar juga dari arwah mama Harris. Tapi sekejap saja, sekadar masak makanan kegemaran Harris.

Sekarang dapur ini aku punya. Lagi sejak tinggal dengan atuk nenek dan Chris, memang Chris mampu upah chef islam. Tapi Sarah lagi suka masak sendiri. Dapat rasa air tangan masakan melayu arwah mama dan Wan.

"You masak apa?"

Tegak badan Sarah terdengar suara bisikan Harris ditelinga. Marsarah telan liur. Terasa bahang badan Harris yang terlalu dekat dengannya.

"Masak apa ni?" bisik Harris lagi.

"Kari... er... Kari kepala ikan." Tergagap suara Marsarah menjawab. Cis! Harris macam saja nak uji dia.

"Resepi arwah mama?"

Angguk.

"Thanks sayang. Dah bertahun tak rasa. You tahukan cuma you seorang saja tahu resepi tu." Ikhlas suara Harris memuji. Memang hanya Marsarah seorang saja yang sempat belajar dengan arwah mama.

"Err... ya. Welcome." Argh! Marsarah tidak mampu nak telan ayat belakang tu. Hanya 'Thanks sayang' saja berkali-kali bergema dalam telinga. Apa kena dengan orang tua ni?

Senyuman yang ditahan mula terukir. Lucu dengan telatah Marsarah yang nyata nak jauhkan diri dari dia. Cukuplah Marsarah. Cukup hampir lima tahun dia bazirkan masa abaikan Marsarah dan Hannah. Kali ni Harris tidak akan sesekali jauh dari anak isterinya.

"Can you please move aside. I rimaslah nak siang ikan dengan you sekali melekat dekat sini. Duk sana dengan Hannah. Kacau aje." Bukan rimas sebab bau tapi renungan Harris pada mukanya. Ni rosak mana-mana ke muka aku sampai nak tenung macam tu?

"Mari I tolong supaya cepat."

"No! Jangan nak buang tabiat. Masuk dalam." Sarah mula berpusing. Lantaklah tubuh mereka yang rapat. Selagi tidak dihalau mahu juga Harris berdegil.

Harris tersenyum. Mata Marsarah dipandang. Garang! Dicium pipi Sarah selamba. Geram sangat! Sabarlah hati. Isteri tengah marah-marah merajuk sayang.

"Biar I tolong." Lengan baju melayu disising ke atas. Sebilah pisau ditarik dari sebelah singki. Seekor ikan diambil dan dia mula siang. Marsarah masih lagi kaku lepas dicium. Tahu pula senyap bibir merah tu.

Marsarah mengeluh kecil. "I tak nak isteri you marah Harris. Bagi I peluang untuk bernafas dan bahagia dengan apa yang I ada." Perlahan suara Marsarah meluah rasa.

Kenapa perlu sentuh hatinya? Bukan senang dia jaga hati yang sudah luka berdarah.

Tangan Harris berhenti bergerak. Hati tersentuh dengan luahan Marsarah. Dia nak luahkan. Tapi... tapi takut Sarah fikir lain pula. Sebab tu dia ambil masa bertahun untuk memberi 'ruang' pada mereka.

"I masuk dulu. Lepas siang ikan panggil I. Nanti I masak."

"Marsarah pun isteri I. Ibu kepada anak I... Salahkah I bahagiakan you?"

Terhenti langkah Marsarah dengan soalan Harris. "Bahagia I? Entahlah Harris. Lepas apa yang berlaku... Adakah lagi bahagia I pada you?"

Marsarah terus berjalan keluar dapur. Wan yang pandangnya pelik hanya dibiarkan. Biarlah Wan tengok air matanya. Biarlah Wan tahu apa yang berlaku.

Sekurangnya Wan akan faham...

Memang tiada lagi peluang antara Sarah dan Harris.

MARSARAH (COMPLETED)Where stories live. Discover now