Bab 15

18.9K 595 9
                                    

"Apa mimpi pula kali ni?" tanya Wan.

Sudah hampir dua minggu Harris berkampung di rumah mereka suami isteri. Sudah tidak tertahan hatinya ingin menyoal si cucu. Dia bukannya macam si suami. Sejak kes Marsarah kecewa sampai balik UK. Tok memang sudah enggan ambil peduli atau nasihatkan Harris.

Mentang-mentang Marsarah dan Hannah sudah tidak tinggal di situ. Rajin pula datang singgah. Siap bermalam lagi! Tapi kali ni yang peliknya bermalam tanpa si Balqis. Entah di mana lagi cucu menantu seorang tu. Ni mesti kes bergaduh bila sampai dua minggu bermalam di rumah mereka.

"Mimpi apa pula Wan?" tanya Harris lemah. Ni sah Wan nak dia buka mulut. Bukan dia tidak tahu gaya Wan yang memang sudah lama tunggu dia beritahu hal sebenar.

"Bila Harris mula rajin bermalam sini. Wan dah tak heran. Tapi selalu dengan Qis. Ni mana pula cucu menantu Wan lagi seorang tu? Bergaduh?"

Bukan setakat bergaduh Wan. Siap bercerai lagi tu. Tapi Harris masih belum bersedia nak buka mulut. Hal Marsarah dan Hannah pun belum reda lagi marah dua orang tua ni padanya.

"Kalau isteri tu keras kamu pula jangan ikut sangat kerasnya. Bersabar sikit asal jangan sampai isteri naik kepala. Tapi kalau dah dua-dua utara dan selatan macam ni sampai bila nak selesai? Cukuplah seorang yang di UK tu. Ke tak habis lagi cemburu Qis pada Sarah?"

Argh! Wan ni nasihat pun sempat lagi tambah rasa bersalahnya pada Marsarah dan Hannah. "Sarah tiada kaitan pun kali ni..."

Wan geleng kepala. Secara tak langsung ayat Harris sudah memberi jawapan. Bergaduh dengan bini kesayangan dialah tu!

"Eloklah. Kalau Sarah yang dibuang laki tu pun masih lagi dicemburu. Tak tahulah tahap pembawaan budak si Qis tu." Harris toleh tepi. Kalau dah ayat pedih ulu hati macam tu memang tiada lain dari Tok dia la! Tidak sangka Tok pun pasang telinga!

"Tok... Bukan sebab Sarahlah."

"Apa-apa sajalah. Kali ni janganlah nak libatkan Sarah lagi." Beritahu Tok sambil ikut duduk di ruang tamu bersama dia dan Harris. Sunyi saja rumah besar tu. Dulu ada Hannah ada juga penyeri buat mereka berdua. Sekarang suram aje memanjang. Hanya tunggu anak dari Balqis saja untuk ubat rindu mereka pada Hannah.

"Sebenarnya semalam Sarah telefon Wan dan Tok..." Wan yang duduk sebelah Harris bersuara. Tangan cucunya dipegang. Cucu yang mereka suami isteri jaga bersama anak menantunya.

Harris mula tidak sedap hati. Gaya Wan macam nak cakap sesuatu buruk saja. Badan ditegak memandang Wan. "Ada sesuatu berlaku pada Sarah dan Hannah ke Wan?" Dia bukannya tahu sangat pasal Marsarah dan Hannah. Sejak Marsarah tinggalkan mereka, dia tidak pernah lagi hubungi anak bininya tu.

"Tok..." Harris mula inginkan jawapan dari Tok pula bila Wan berat hati nak jawab.

"Sarah tanya dia lama lagi ke proses penceraian kamu berdua. Dia nak tahu status dia. Tok nak tanya bila kamu berdua plan nak bercerai? Kenapa tak beritahu kami pasal ni?"

Harris terdiam seketika. Tok dan Wan memang tidak tahu Harris dan Sarah sampai nak bercerai. Tapi sekarang ni bukan dia dan Sarah tapi dengan Balqis. Siap siap lafaz talak lagi.

"Harris... sebenarnya ikutkan Wan, Wan memang tak nak Sarah dan Harris sampai bercerai. Kalau bercerai putuslah hubungan Sarah dengan kita. Sarah dah tidak boleh tinggal sini kalau dia balik Malaysia. Hannah pun akan semakin jauh dengan kami... Walaupun Harris tak sayangkan Hannah tapi kami yang tolong jaga Hannah sejak lahir. Wan sayang cicit Wan seorang tu..."

Harris menunduk. Terhenyek dengan kata-kata Wan. Teruk betul dia sebagai daddy. Nampak sangat dia lebihkan Balqis berbanding anak kandung sendiri. Sampai nenek sendiri fikir dia tidak sayangkan Hannah!

"Harris sayang Hannah. Darah daging Harris tu..."

"Tiada Balqis bolehlah Harris cakap begitu. Depan isteri kesayangan kamu tu haram mulut tu terkeluar cakap sayangkan Hannah. Tidak disuka ibunya sampai anak pun kena tempias sekali. Ikutkan Tok ni memang Tok tidak harapkan Sarah tu masih nak dekat kamu ni! Bebal betul!" arah

Ni kalau Tok tahu dia dah ceraikan Balqis yang berzina belakangnya mahu sakit jantung Tok yang masih sihat walafiat ni.

"Macam yang Sarah tulis dalam surat. Harris sendiri yang akan hubungi dia pasal cerai. Harris akan turut cakap dia. Harris takkan hubungi dia maknanya dia masih isteri Harris. Harris cuma nak Wan tolong beritahu Sarah. Harris minta masa betulkan semuanya. Harris nak beri ruang untuk kami semua buat sementara waktu."

Tok geleng kepala. Genetik manalah Haris dapat perangai keras kepalanya ni!

Tahu Tok memang tengah angin dengan keputusannya. Tapi kalau boleh selamatkan hubungan mereka. Dia nak cuba sekali lagi. Bila dengar kata cerai rasa berat hati nak berpisah selamanya bersama Sarah. Lagi dengan permatanya hatinya, Hannah!

Tapi mahukah lagi Sarah padanya? 

MARSARAH (COMPLETED)Where stories live. Discover now