Part 27

739 109 23
                                    

"Sehunnie mana hyung?"tanya Baekhyun dan duduk disebelah Suho.Mereka semua sekarang berada diruang tamu.Baru sahaja balik dari melakukan aktiviti diluar.Hanya Sehun yang tiada.

"Ada kat bilik.Dah tidur rasanya"jawab Suho.

"Risaulah dengan Sehunnie tu.Tak akanlah dia dah terus menerus macam tu.Langsung tak nak lakukan aktiviti untuk pulih"jelas kerisauan diwajah D.O.Betul-betul dia mahu membantu Sehun pulih.Tapi Sehun sendiri tidak mahu bantu diri sendiri.

"Seorang je yang boleh tolong Sehun.Ubah fikiran Sehun untuk lakukan aktiviti pulihkan diri dia"ujar Chanyeol membuatkan semua menoleh kearahnya.

Xiumin yang tahu maksud Chanyeol berdeham.Dia juga berharap orang itu kembali dan bantu Sehun kembali seperti dulu.

"Maksud kau siapa?"tanya Chen kepada Chanyeol.

"Hyung tengok tu"teguran Kai membuatkan mereka mengalihkan pandangan kearah tv.Mereka terkejut melihat apa yang terpapar di kaca tv ketika ini.Seseorang yang dimaksudkan oleh Chanyeol.

'Song Jihyo kembali ke Korea'

"Jihyo noona dah balik Korea?"tanya Chanyeol untuk kepastian.Member yang lain dipandang.Mereka hanya diam.Tiada kata-kata ketika ini.

"Aku dah tahu siapa yang kau maksudkan Chanyeol.Jihyo noona boleh tolong pulihkan Sehunnie"ujar Baekhyun.

"Tak perlu"tiba-tiba kedengaran suara Sehun membuatkan mereka menoleh kebelakang.

"Sehunnie.."Suho tidak dapat teruskan percakapan apabila dipintas oleh Sehun.

"Hun tak perlukan pertolongan sesiapa"selepas mengatakan itu, Sehun masuk kedalam bilik dibantu oleh wheelchair.

............

Jihyo merebahkan badannya disofa.Lenguh rasa badan berjam jam didalam flight.Kembali ke Korea dari Paris.Gaeun duduk diatas sofa berhadapan dengan Jihyo.

"Macam mana kau dekat sana?"

Jihyo membuka mata yang terpejam.Gaeun dipandang."Ok.Kenapa?"

"Dah dapat hilangkan semua yang kau nak hilangkan?"

Pertanyaan Gaeun membuatkan dahi Jihyo berkerut.Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Gaeun.Apa yang perlu dihilangkan??

"Maksud kau?"

"Kau sendiri tahu apa tujuan kau pergi sana kan??kau nak lupakan Sehun.Sekarang macam mana??dah boleh lupakan dia?"

Jihyo terdiam.Ye..dia tinggalkan Korea sebab nak lupakan Sehun.Lupakan semua tentang Sehun.Mulakan hidup baru.Tapi sekarang dia tidak tahu apa yang sebenarnya ada dalam hati dan fikirannya.Dia masih lagi keliru walaupun sudah setahun tinggalkan Korea.

"Kau masih cintakan Sehun.Aku kenal kau"ujar Gaeun kepada Jihyo.Jihyo hanya diam tidak membalas.

"Kau tahu tak.Sekarang Sehun dah tak lakukan aktiviti dengan Exo.Langsung tak ada dia bersama Exo sekarang"

Jihyo betul-betul terkejut apa yang dicakapkan oleh Gaeun."Kenapa?"tanya Jihyo.

Gaeun mengukir senyuman."Rupanya kau masih ambil tahu pasal Sehun"Gaeun berdiri.Jihyo dipandang.

"Untuk pengetahuan kau.Selepas Sehun sedar dari koma.Dia disahkan lumpuh"

Jihyo menutup mulutnya dengan tangan.Bereaksi tidak percaya akan apa yang diberitahu oleh Gaeun.Tidak mungkin Sehun lumpuh.Apakah dalam situasi sekarang dia yang bersalah??sanggup tinggalkan Sehun yang tengah sakit.Terbukti sekarang dia langsung tidak tahu Sehun lumpuh.

.............

Suho masuk kedalam bilik menyusul Sehun.Ahli termuda Exo itu sedang duduk dihadapan Cermin.

Suho berdiri dibelakang Sehun.Memandang Sehun dari biasan cermin.Wajah Sehun betul-betul beriak marah."Hun.Nanti hyung cakap dengan.."percakapan Suho dipintas.

"Cakap dengan Jihyo noona.Biar datang sini tengok Hun yang berkeadaan macam ni.Tak boleh berjalan.Dah tak macam dulu.Hyung rasa Jihyo noona nak tengok ke Hun macam ni"

"Hyung yakin Jihyo noona masih cintakan Hun.Jihyo noona ikhlas Hun.Dia tak macam yeoja lain"ujar Suho dan berdiri disebelah Sehun.

"Ikhlas.Masih cintakan Hun.Tapi sanggup tinggalkan Hun yang tengah sakit.Koma.Ikhlas ke tu hyung?"pertanyaan Sehun membuatkan Suho terdiam.

Suho hela nafas berat.Dia tahu yang Jihyo ikhlas cintakan Sehun.Jihyo pergi bersebab.

"Jihyo noona pergi bukan bermakna dia dah tak cintakan Hun"tiba-tiba Xiumin masuk kedalam bilik mereka.

"Hun sendiri cakap dah tak bermakna hidup Hun kalau Jihyo noona tinggalkan Hun.Hun tak nak berusaha pulihkan diri Hun.Sekarang Jihyo noona dah kembali.Tapi Hun tak nak jumpa Jihyo noona.Apa yang Hun nak sebenarnya?"tanya Xiumin.Dia antara orang yang tahu kenapa Jihyo pergi.Dia tahu Jihyo ikhlas.

Dia cintakan Jihyo.Sangat-sangat.Tapi Jihyo cintakan Sehun.Dia sanggup lupakan cinta dia demi kebahagiaan orang yang dia sayang.Jihyo betul-betul ikhlas.

"Betul tu apa yang Xiumin hyung cakap Hun.Ke Hun nak Jihyo noona pergi lagi??tinggalkan Hun lagi?"

BERSAMBUNG

[ C ] my yeojachingu is you • oshWhere stories live. Discover now