Part 25

713 98 0
                                    

Jihyo memasukkan satu persatu baju yang sudah dilipat kemas kedalam bagasi pakaian.Rasa sangat berat hati Jihyo buat keputusan ini.Keputusan yang tidak pernah telintas akan dia buat.Mata rasa kabur kerana airmata bila-bila masa sahaja akan tumpah.

"Betul ke apa yang kau buat ni Jihyo??"Gaeun masuk dan duduk diberhadapan dengan Jihyo dibirai katil.

"Aku rasa ni keputusan paling tepat.Untuk ramai orang"

"Habis kau??apa yang kau rasa sekarang??kau terlalu fikirkan perasaan orang lain sampai tak kisah perasaan kau.Kadang-kadang kau kena jaga perasaan kau juga"

Jihyo senyum singkat."Kenapa aku kena jaga perasaan aku sedangkan ramai yang tak suka.Kadang-kadang aku kena mengalah juga.Orang yang kita sayang tak semestinya jadi milik kita"

Gaeun menghentikan Jihyo yang sedang memasukkan satu demi satu baju kedalam bagasi pakaian.

"Aku harap keputusan yang kau buat ni tak akan kecewakan kau"

Jihyo menepuk perlahan tangan Gaeun mengkhabarkan dia akan ok.Keputusan ini dia dengan rela buat.Jadi dia akan pastikan keputusan ini adalah keputusan yang tepat.

"Kau tak nak pergi tengok dia dulu?"

..............

Seperti pertanyaan Gaeun, Jihyo sekarang berada didepan wad Sehun.Dia menarik nafas mencari kekuatan untuk melihat Sehun, dia rasa berdebar walaupun dia tahu yang Sehun belum sedar.Perlahan lahan pintu wad Sehun dibuka.Langkah diatur perlahan kearah katil Sehun.

Sebak Jihyo rasa didadanya apabila lihat keadaan Sehun.Namja itu terbaring lemah tanpa bergeming sedikit pun.Sebahagian wajah kacak itu ditutupi dengan alat pernafasan.

Ditangan pula terdapat wayar jarum yang mencucuk tangan putih itu.Jelas terlihat pucat wajah Sehun.Lebih-lebih lagi kulitnya putih.Semakin ketara kelihatan.

Airmata mengalir dipipi Jihyo.Entah bila airmata itu mula mengalir.

"Mianhe..noona terpaksa buat semua ni.Noona tak sanggup kita dibenci.Mungkin juga Sehun akan semakin benci noona lepas ni"

Tangan Sehun dipegang."Noona akan cuba untuk lupa Sehun.Noona janji.Kita mulakan hidup baru tanpa ingat apa yang berlaku sebelum ni"

"Kadang-kadang kita kena mengalah untuk kebaikan semua.Untuk baikan keadaan.Sehun idol yang dikenali dunia, jadi Sehun tidak patut dibenci.Noona sayang Sehun.Jadi noona tak sanggup tengok semua tu"

Jihyo merapatkan wajahnya diwajah Sehun.Pipi pucat Sehun dicium lembut.Menyalurkan rasa cinta yang mungkin akan hilang tidak lama lagi.Esakkan kecil keluar dari mulut Jihyo, dia betul-betul sedih sekarang ini.Adakah ini pengakhiran cinta mereka yang sebenar??

.............

Tanpa Jihyo sedari, Xiumin sedang mendengar apa yang dia perkatakan dari luar.Hari ini jadual Xiumin kosong, sebab itulah dia buat keputusan datang melawat Sehun.Tidak dia sangka yang Jihyo juga ada disini melawat Sehun.

Dia pelik dan tertanya tanya apa maksud setiap kata-kata Jihyo.Setiap patah perkataan Jihyo menjadi tanda tanya Xiumin.

Fikiran Xiumin terhenti apabila Jihyo keluar dari wad Sehun.Masing-masing beriak terkejut.Lebih lagi Jihyo yang terkejut melihat Xiumin berada dihadapannya sekarang.

............

"Sanggup noona tinggalkan semua ni.Tinggalkan Sehun"Xiumin berdiri disebelah Jihyo.Mereka sekarang berada dihadapan tasik dikawasan hospital.

"Noona terpaksa buat semua ni.Xiumin sendiri dengar kan yang hubungan Noona dengan Sehun dah diconfirmkan putus"

Xiumin memandang Jihyo disebelah.Dia tahu Jihyo tak sanggup buat semua ni.Dan tak nak terima.Jihyo sendiri cakap yang dia terpaksa.

"Sehun koma.Nanti dia sedar pasti fikiran dia terganggu.Noona rasa dia akan ok bila dia sedar dan dapat tahu noona dah tak ada dekat Korea.."Xiumin berjeda seketika.

"Dia terlalu sayangkan noona.Dia tak kisah siapa noona.Dia tak kisah akan apa-apa.Bagi dia yang penting dia sayangkan noona.Ye..dia telah buat keputusan yang paling bodoh sebelum kemalangan.Tapi dia nak tebus.Please noona..fikirkan perasaan Sehun"sambung Xiumin, lebih tepat dia merayu sekarang ini.Merayu agar Jihyo simpan satu fikiran yang dia tak akan tinggalkan Sehun.

"Noona sayangkan Sehun.Cintakan Sehun.Mungkin ramai akan anggap noona dah tak cintakan Sehun bila keputusan ni dibuat.Tapi.."

TBC

[ C ] my yeojachingu is you • oshWhere stories live. Discover now