Part 24

691 104 1
                                    

Jihyo berlari keluar dari hospital tanpa menghiraukan orang-orang yang melihat.Mereka pelik melihat Jihyo berlari keluar sambil sesekali mengesat airmata.Masing masing tertanya tanya apa sebenarnya yang berlaku.Pelbagai spekulasi yang terfikir dibenak mereka kerana mereka juga tahu yang Sehun baru sahaja kemalangan dan dimasukkan di hospital ini.

Apabila sudah lelah, Jihyo berhenti mengatur nafas.Dia berdiri memandang tasik dihadapan.Dikawasan hospital ini terdapat tasik yang sangat mendamaikan.Airmata yang terus menerus mengalir tidak dihiraukan.Sekarang ini Jihyo betul-betul tidak menyangka yang keputusan rasmi dia dan Sehun putus sudah dibuat.Tanpa dia tahu dan mungkin mereka tiada niat untuk memberitahu dia dulu.Mungkin juga bagi mereka, dia tidak penting sama sekali.

"Kau dah tahu kau tidak layak untuk Sehun.Tapi kenapa kau degil setia dengan dia?"tanya Jihyo pada diri sendiri.

Jihyo mengetuk kepalanya."Pabo lah kau ni"

"Aishh.."Jihyo duduk diatas rumput.Airmata dikesat dengan kasar.

"Aku kena kuat.Tak boleh lemah"Jihyo memberi semangat kepada diri sendiri.Dia perlu kuat hadapi semua ini.Dalam Running Man dia antara member yang paling kuat.Tetapi kenapa sekarang sangat lemah.

"Unnie memang kuat"teguran seseorang mengejutkan Jihyo.Dia terus menoleh kebelakang.Ternyata Yoona.

"Kalau saya pasti tak sekuat unnie"Yoona duduk disebelah Jihyo.

"Tapi Unnie juga ada kelemahan"balas Jihyo.Ye..Dia juga punyai kelemahan.Semua orang punyai kelemahan.

Yoona menoleh memandang Jihyo.Senyuman diukir."Apa unnie akan buat kalau orang yang unnie sayang sedih?"tanya Yoona.

Jihyo terdiam seketika.

"Mungkin buat apa je supaya dia bahagia.Unnie akan bahagia kalau orang yang unnie sayang bahagia.Walaupun terpaksa korbankan perasaan sendiri"jawab Jihyo dengan penuh keikhlasan dan perasaan yang mendalam.

Tepat sekali.Di dalam sebuah percintaan dan kata cinta setiap orang haruslah sensitif dengan satu kata yang dinamakan perasaan.Walaupun setebal mana cinta terhadap seseorang, kita juga haruslah bersedia untuk korbankan perasaan kita jikalau pengorbanan itu satunya jalan untuk cinta kita itu bahagia.

.............

"Kenapa hyung buat macam ni?"tanya Suho kepada Manager Jang.Terkejut apabila Manager Jang mengatakan yang dia telah confirm kan Sehun dan Song Jihyo putus.

"Betul tu hyung.Kenapa hyung buat macam tu??hyung kena fikir juga perasaan Sehunnie.Jihyo noona"tambah Xiumin.Dia tidak sangka kegembiraan Jihyo tadi hilang begitu sahaja.

Manager Jang mengeluh."Awak semua ingat saya buat semua ni suka2 saya ke.Sehun sendiri suruh saya confirm kan dia dengan Song Jihyo putus.Ini semua pun untuk kebaikan dia.Fans tak terima hubungan diorang.Awak semua kena faham"

"Kalau kita asyik ikut je kehendak fans, sampai bila tak akan habis hyung.Sampai bila perasaan kita nak kena diatur oleh fans"ujar D.O. yang hanya berdiam diri dari tadi.

"Siapa keluarga Oh Sehun?"pertanyaan seorang Doctor menghentikan perbualan mereka.Masing2 mendekati Doctor yang merawat Sehun itu.Ingin tahu keadaan maknae mereka yang baru sahaja kemalangan.

"Macam mana dengan Sehun Doctor?"tanya Manager Jang mewakili mereka semua.

"Keadaan Sehun sangat lemah.Mungkin lama untuk dia sedar.Saya dah bagitahu kan yang dia koma"jawab Doctor yang bernametag Ryujin itu.Riak wajah semua member Exo jelas terpamer kesedihan.

"Berapa lama kemungkinan Sehun koma Doctor?"tanya Suho pula.

"Itu tengok pada keadaan Sehun.Awak semua kenalah bagi kekuatan dekat Sehun.Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai Doctor.Selain itu, awak semua kena bantu dia"

.................

"Jadi unnie sanggup tinggalkan orang yang unnie saya?"tanya Yoona.

"Kalau itu dapat bahagiakan dia.Mendatangkan kebaikan dekat dia"jawab Jihyo.Memang susah untuk dia melakukan bahkan mengucapkan kata2 itu.

"Unnie tahu kan hubungan unnie dengan Sehun dihalang oleh fans.Saya bukannya nak memandai mandai.Tapi kalau setiap hari Sehun dikecam.Unnie sendiri pun kena kecam.Cinta tu tak akan kekal dan bahagia juga"

"Jadi saya harap unnie fikirkanlah sesuatu yang terbaik untuk Sehun.Untuk unnie sendiri juga"sambung Yoona.Mengatur satu persatu agar rancangannya berjaya.

Jihyo hanya berdiam diri.Dia bercelaru.Sungguh banyak rintangan dan masalah yang hadir didalam percintaan dia dan Sehun.Ada sahaja orang2 yang menentang.Inilah rintangan yang harus ditempuhi oleh seseorang yang bercinta dengan seorang idol terkenal.Kehidupan bagaikan diatur dan diperhatikan setiap masa.

TBC

[ C ] my yeojachingu is you • oshWhere stories live. Discover now