Part 18

787 94 4
                                    

Gaeun melangkah kearah pintu untuk melihat siapa yang datang.Tatkala pintu dibuka, Gaeun agak terkejut apabila melihat Sehun berdiri dihadapan pintu.Namja itu beriak cemas dan bimbang.Terlalu risaukan Jihyo dengan apa yang telah berlaku.

"Sehun.Buat apa dekat sini?"tanya Gaeun.

"Ermm..jihyo noona ada?"

Gaeun terdiam seketika tatkala nama Jihyo disebut kerana sekarang ini sahabatnya itu sedang bersedih.Menangisi diatas apa yang berlaku.

Gaeun mengangguk."Ada.Masuklah"

Sehun mula melangkah masuk apabila dipersilakan oleh Gaeun.Jihyo yang menyedari akan kehadiran Sehun terkejut.Dia bangun berdiri.Airmata masih lagi mengalir dipipi, dan itu mengejutkan Sehun.Sehun mendekati Jihyo.

"Sehun buat apa.."percakapan Jihyo dipintas.

"Noona kena serang dengan fans kan?"pertanyaan Sehun membuatkan Jihyo terdiam.Dia tidak mengangguk dan tidak juga mengeleng.Hanya menunduk memandang lantai.Airmata terus terusan mengalir.

Sehun memegang tangan Jihyo.Jihyo yang masih menunduk mengangkat kepala memandang Sehun.Pilu hati Sehun apabila melihat wajah Jihyo yang berair mata.Manik mata sendu Jihyo dipandang.Sakitnya hati Sehun apabila melihat yeoja yang dia sayangi berada dalam situasi begini.

"Noona.Sehun nak minta maaf.Disebabkan Sehun, noona kena hadapi semua ni"Sehun mengesat airmata yang mengalir dipipi Jihyo dengan jarinya.

"Betul diorang cakap.Noona tak layak untuk Sehun"balas Jihyo membuatkan Sehun mengeleng laju.Menindakkan kenyataan yang dicakapkan oleh Jihyo.

"Tak noona.Apa yang diorang cakap tu semua salah.Sehun sayangkan noona.Tak ada siapa boleh tentukan hidup Sehun melainkan Sehun sendiri.Sehun..."percakapan Sehun dipintas.

"Tapi kita tak boleh teruskan hubungan ni Sehun.Semua orang tak suka.Benci dengan hubungan kita.Sehun tak fikir ke.Semua fans marah sekarang"pintas Jihyo.Pegangan tangan Sehun ditangannya dileraikan.

"Habis tu noona nak akhirkan hubungan kita ni??"soal Sehun.Dia tidak mahu menyebut perkataan akhirkan, tapi dia terpaksa.

"Kalau dengan cara ni boleh redakan kemarahan fans"jawab Jihyo mengejutkan Sehun.

"Tak.Kita tak akan putuskan hubungan ni.Walau apa pun yang orang lain cakap, Sehun tak kisah.Yang penting Sehun tak akan putuskan hubungan ni"bantah Sehun keras.Dia mencium pipi Jihyo sekilas dan terus berlalu keluar.

Jihyo terduduk disofa.Dia pun tidak mahu hubungan dia dan Sehun diputuskan.Tetapi dia terpaksa jika nanti keadaan makin kecoh dan genting.Dia tidak ingin disebabkan hubungan mereka, semuanya kacau.

.............

SM ENT

Seorang namja memandang dengan perasaan berbaur berita yang sedang kecoh dilaman laman sosial.Pelbagai komen diberikan oleh fans yang kebanyakkan nya tidak berpuas hati.Sedikit demi sedikit imej SM ENT tercalar kerana turut juga disebut didalam komen fans.Rasa geramnya menjalar diseluruh tubuh.

Jam dipegelangan tangan dipandang."Dia dah sampai"setelah mengatakan tiga perkataan itu, dia terus berlalu keluar dari bilik.Langkahnya dituju kearah practise room Exo.

"Oh Sehun!!"panggilan itu menghentikan Exo yang sedang practise.Pandangan diarahkan kearah manager mereka itu.

Sehun dilihat sedikit gugup.Mungkin mengerti kenapa manager memanggil namanya.

"Kenapa Manager Jang panggil Sehun?"tanya Suho.Manager Jang dilihat tersenyum sinis.

"Jangan pura² bertanya Suho.Saya tahu yang awak tahu apa yang berlaku dan tengah kecoh sekarang.Yang lain pun mesti tahu.Sekarang sangat kecoh.Sehun awak sedar apa yang saya cakapkan??"soal Manager Jang sambil memandang Sehun.Sehun sekadar berdiam diri.

"Sehun masuk dalam bilik saya sekarang"arah Manager Jang dan terus berlalu.

"Sehunnie.."

"Hun pergi dulu"Sehun terus berlalu tanpa dapat Suho meneruskan percakapannya.

"Kesian Sehunnie hyung"Chanyeol bersuara.

"Betul tu"Baekhyun mengiakan.

"Apa kita nak buat untuk Sehun?"tanya Xiumin.Suho mengeleng.Dia betul² buntu harus menolong bagaimana.

.............

Sehun duduk dikerusi berhadapan dengan Manager Jang.Dia hanya menunduk.Tidak tahu macam mana ingin mengatakan.Dia buntu dan fikirannya bercelaru.

"Sehun.Awak tahu apa yang berlaku sekarang kan?"tanya manager Jang tanpa berbasa basi.

Sehun mengangguk.

"Saya terkejut tahu benda ni Sehun.Semua fans kecoh bila dapat tahu awak ada hubungan dengan actress.Song Jihyo pula tu.Awak sedar tak Sehun?"ujar Manager Jang sedikit keras.

"Saya sedar"jawab Sehun.

"Ni semua akan menjadi impak pada karier awak Sehun dan SM ENT juga.Awak kena sedar semua ni"

"Saya nak awak putuskan hubungan dengan Song Jihyo"sambung Mr. Jang memberi arahan.

Sehun mengeleng laju."Tak.Tak akan pernah saya putuskan hubungan saya dengan Song Jihyo.Awak tak boleh tentukan hidup saya"

"Tak kira apa yang awak cakap Sehun.Yang penting saya nak awak putuskan hubungan dengan Song Jihyo.Awak ni sayang Exo ke Song Jihyo??"pertanyaan Manager Jang mengejutkan Sehun.

Pertanyaan itu bagaikan menyuruh dia memilih diantara Exo dengan Jihyo.Dia sayangkan Exo dan pada masa yang sama dia sayangkan Jihyo.Seorang Oh Sehun berjaya dan dikenali ramai kerana Exo dan seorang Oh Sehun mengenal erti cinta kerana Song Jihyo.Dia sememangnya tidak dapat memilih satu antara dua.Dia terlalu sayang akan kedua duanya.

"Kenapa diam??awak pilih Song Jihyo dari Exo.Tak ingat ke..."percakapan Manager Jang dipintas.

"Tak.Aku tak akan pilih sebab dua² aku sayang"pintas Sehun keras dan berlalu keluar.Tanpa hiraukan panggilan Manager Exo itu.

"Sehun..Oh Sehun!!!"

BERSAMBUNG

[ C ] my yeojachingu is you • oshWhere stories live. Discover now