◆05◆

306 27 0
                                    

Tasha p.o.v

"Kita fikir benda tu nanti. Sekarang ni kita cari maklumat pasal bilik ni dulu",kata Emyra.

"Okay",kataku.

Aku, Emyra, Intan dan Farah pun mulalah mencari maklumat berkenaan bilik ini.

Sedang kami mencari, tiba2 lampu terpadam.

Aku yang terkejut terus menjerit "MAKKKK!!!! ".Tiba2 mulutku ditutup oleh seseorang. Aku terus gelabah dan cuba untuk melepaskan diri.

"Ni aku lah, Intan. Kau pergi menjerit tadi tu kenapa? Kalau pak guard dengar macam mana",bisik Intan.

"Oohh, kau ke. Sorrylah aku terkejut sangat tadi. Yelah tiba2 je blackout",kataku.

"Wei korang macam mana ni?? Dah lah pintu terkunci lepas tu lampu terpadam. Nak buat apa ni??",tanya Farah.

"Kita duduk je lah sini dan cuba besok pagi pulak minta tolong. Mana tahu kalau pak guard lalu berdekatan dengan bilik ni dia boleh tolong kita",kata Emyra.

"Betul jugak tu. Kita tidur lah dulu",kata Intan.

▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶
Keesokkan harinya...

Farah p.o.v

Aku adalah orang pertama yang bangun. Aku lihat Intan, Tasha dan Emyra masih belum bangun.
Aku bangun dan ingin cuba membuka pintu tetapi still berkunci.

Aku mengeluh. Sampai bila kita nak duduk dalam bilik ni. Apabila aku pusing belakang dan ingin mengejutkan kawan-kawanku.

Aku ternampak satu tulisan berwarna merah di dinding. Aku mendekati dinding itu dan membaca tulisan yang ditulisnya.

Aku terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terkejut. Adakah bilik ni memang betul berpenghuni?? Seramnya...

Tanpa berlengah lagi aku terus mengejutkan kawan-kawanku yang lain.

Selepas mereka semua bangun, aku terus menunjukkan kepada mereka tentang tulisan itu.

"Korang cuba tengok ni... Aku bangun je tidur tadi aku nampak tulisan ni",kataku.

"Apa maksud dia dengan ditimpa malang?? Adakah kita akan mati dalam bilik ni?? ",kata Emyra.

"Kau ni Emyra!!! Buat aku seram je lah. Jangan lah cakap macam tu. Menakutkan tahu tak",kata Tasha.

"Lepastu apa kita nak buat ni?? Kita bukannya boleh keluar daripada bilik ni pun.. Sebab berkunci kan",kata Intan.

"Entahlah.. Aku pun tak tahu nak buat apa sekarang ni",kata Emyra.

"Kejap.. Hari ni hari sabtu kan.. Kita tunggu je lah sampai hari isnin. Hari isnin kan bukak sekolah. Mesti masa tu cikgu bukak bilik ni kan",kata Intan.

"Betul jugak kata kau tu. Tunggu je lah",kata Tasha.

Aku lihat mereka macam tidak mengambil kesah tentang tulisan itu. Sedangkan aku masih berfikir apakah yang akan terjadi kalau kitorang masih berada dekat sini.

Aku harap takde apa yang buruk akan berlaku.

➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡
Tasha p.o.v

Pada waktu malam...

Aku dan yang lain tengah bersiap untuk tidur.

Selepas 10 minit berlalu, aku melihat Emyra, Farah dan Intan sudah masuk ke alam mimpi. Aku still tidak boleh tidur sekarang ni.

Aku cuba untuk memejamkan mata dan memaksa diriku untuk tidur. Tetapi tiba2 ada buku teks dari kabinet terjatuh.

Aku pelik macam mana buku tu boleh terjatuh. Aku bangun dan meletakkan balik buku itu ke tempat asalnya.

Selepas itu, aku ingin menyambung balik tidurku tetapi diganggu lagi dengan buku yang jatuh dari kabinet.

Aku melihat Farah juga terganggu dengan bunyi itu dan bangun daripada tidurnya.

"Farah, kau pun tak boleh tidur ke?? ",tanyaku.

"Ya. Sebab aku dengar buku terjatuh tadi",kata Farah dan mengutip buku yang terjatuh itu.
Tiba2 Farah menjerit membuatkan aku terkejut. Bukan aku sahaja, Emyra dan Intan yang sedang tidur pun terjaga.

"Kau dah kenapa menjerit malam2 buta ni?? Takde keje apa?? ",tanya Intan.

"Tu... A.. Ku.. Nam... Pak...Aku.. ",kata Farah tergagap.

"Apa benda Farah?? Kau nampak apa?? ",tanya Emyra.

"Aku nampak hantu bawah meja tu",kata Farah.

"Hah?!! Kau biar betul!!!",kata Emyra.

"Betullah kau ingat aku main2 ke??!!!",marah Farah.

Tiba-tiba......

Tbc....

Sorry sbb baru update hari ni. Sbb smlm sibuk sngt. Jadi skrg baru update. Please keep vote and comment..

[C]MISTERI BILIK BOSSWhere stories live. Discover now