◆02◆

416 29 0
                                    

Intan p.o.v

Keesokkan harinya,

Heboh satu sekolah apabila kedengaran orang yang terkena rasuk.

Aku, Emyra,Tasha dan Farah bergegas keluar daripada kelas dan menuju ke bilik BOSS.

Ramai orang berkerumun di hadapan bilik itu sehingga susah untuk kami melihat apa yang terjadi di dalam sana.

Kami cuba untuk menyelitkan diri daripada khalayak ramai itu.

Apabila kami berjaya ke barisan hadapan, kami nampak beberapa cikgu lelaki dan seorang ustaz yang aku yakin merupakan seorang pengamal perubatan islam yang datang untuk menolong mengubati orang itu.

"Lepaskan akulah!!!! Panas!!! Panas!!! ",jerit budak perempuan itu sambil menolak orang yang memegang tangan dan kakinya.

Aku,Emyra,Farah dan Tasha agak terkejut melihat seorang perempuan boleh menolak seramai 5 orang lelaki macam tu sahaja.

"Kalau kau panas.. Keluar daripada badan budak ni!!! Jangan kacau budak ni!! ",kata ustaz itu sambil membaca beberapa ayat-ayat Al quran.

"Aahhhhhhh!!! Sakitlah!!!!! ",jerit budak perempuan itu.

"Kalau sakit keluar daripada badan budak ni sekarang!!!! Kalau tak kau makin sakit",kata ustaz itu.

"Ok2..aku keluar",kata budak perempuan itu dan tiba2 dia pengsan.

Aku lihat ustaz itu membaca kan sesuatu di dalam air dan merenjiskan air itu ke muka budak perempuan itu.

Tak lama selepas itu,budak perempuan itu pun bangun.

♣♣♣♣♣♣♣

Emyra p.o.v

Tiba-tiba cikgu Hayati memanggilku dan Intan untuk menolong budak perempuan itu pergi ke bilik kesihatan.

Kami memimpin budak perempuan itu kerana badannya masih lemah disebabkan perkara tadi.

Sampai sahaja di bilik kesihatan, kami memimpin budak perempuan itu pergi ke arah katil yang tersedia untuk berehat.

"Terima kasih akak.. "

"Panggil akak Emyra dan yang sebelah akak ni pulak panggil akak intan",kataku.

"Oohh... Terima kasih akak Emyra dan akak Intan sebab tolong saya",kata budak perempuan itu.

"Sama-sama.. Tapi boleh tak kalau akak nak tahu nama adik apa?? ",tanyaku.

"Ah..Nama saya Amira kak"

"Amira okay ke sekarang ni?? ",tanya intan.

"Okay cuma badan rasa letih sangat",kata Amira.

"Boleh tak kalau akak nak tanya sesuatu?? ",tanyaku.

"Nak tanya apa kak?? "

"Akak nak tanya macam mana Amira boleh kena rasuk?? ",tanyaku.

"Saya tak tahu kak. Saya pergi bilik BOSS tu pun nak tolong ambilkan barang cikgu je. Tiba-tiba bila saya nak keluar daripada bilik tu, kepala saya pening sangat sehinggalah saya pengsan. Tapi bila saya dah sedar saya nampak ustaz dan cikgu-cikgu sekeliling saya. Saya tak tahu lah pulak ada benda yang menumpang badan saya",jelas Amira.

"Tapi takkan lah Amira tak perasan ada badan yang menumpang Amira?? ",tanyaku.

"Saya langsung tak tahu akak. Sepanjang tu saya rasa macam saya dalam keadaan tidur",kata Amira.

"Pelik jugak kan",kata Intan.

Aku menganggukkan kepala tanda setuju.

"Tapi akak sepanjang saya tidur tu, saya ada bermimpi pasal sesuatu",kata Amira tiba-tiba.

"Mimpi pasal apa?? ",tanyaku.

"Saya tak ingat sangat. Tapi yang saya nampak dalam mimpi tu ada suara orang meminta tolong dekat saya. Tapi saya tak tahu sapa",kata Amira.

Aku mengangguk faham. Aku melihat jam tanganku menunjukkan waktu rehat sudah tamat.

"Ok lah Amira. Kami berdua minta diri dulu lah sebab sekarang waktu rehat dah habis.Kami nak masuk kelas dulu. Adik berehat dulu lah ya.Assalamualaikum",kataku.

"Baiklah kak. Waalaikumusalam"
,jawab Amira.

Kami terus beredar dan bergerak masuk ke dalam kelas.

Skip...

KRINGGG...

Bunyi loceng menandakan waktu persekolahan dah tamat. Aku dan Intan menunggu ibu bapa kami di hadapan pagar sekolah manakala Tasha dan Farah sudah pun balik dengan menunggang basikal.

"Intan, aku rasa kan aku nak siasat lah pasal bilik BOSS tu. Kau nak join tak?? ",ajakku.

"Aku okay je.. Sebab aku suka benda-benda yang horror ni",kata intan.

"Kalau macam tu apa kata nanti kita ajak Farah dengan Tasha untuk join sekali. Baru best nanti",kataku.

"Ok jugak tu",kata Intan.

Tanpa mereka berdua sedari, ada seseorang yang mendengar perbualan mereka berdua sejak tadi. Dia tersenyum sinis dan berlalu pergi.


[C]MISTERI BILIK BOSSWhere stories live. Discover now