∞ 15 ∞

757 75 1
                                    

Jin memasuki rumah agamnya . Dia melihat sekeliling ruang tamu yang gelap. Tak de pulak yang tunggu aku. Jin melihat jam tangannya.

1.30 pagi.

Jin menuju naik ke tingkat atas. Dia membuka pintu bilik Jungkook. Kosong.

Jin terus melihat bilik kembarnya yang lain. Semua kosong! Mana korang pergi niii!

Jin mendail nombor Namjoon.

'Nombor yang anda dail'

"Haisshhh, mana diorang ni. Jangan buat aku risau!" Jin mendail nombor kembarnya yang lain. Masih jugak tidak berjawab.

Jin menuju ke biliknya. Dia mengeluh. Resah gelisah semua ada.  

Jin membuka pintu biliknya, matanya terbuntang melihat keadaan dalam biliknya.

"Apa korang buat dalam bilik aku woii! " Jin menjerit. Penat aku call, diorang ada dalam bilik aku je? Hampehh toi!

Semua tidur bergelimpangan diatas katilnya.

Jin terus berlari dan peluk diorang.

"Penat aku cari korang! Ingatkan dah mampus" Jin menjerit dan menarik rambut Yoongi, Jimin dan Hoseok. Telinga Namjoon, Taehyung dan Jungkook ditarik perlahan.

Jungkook ketawa.

"Padan muka kau, penat tau dak kitaorang tunggu kau, hyung! Kitaorang lapar ... " Jungkook bangun dari baring.

"Korang tak makan lagi ke?" Jin bangun.

"Tak" Serentak mereka menjawab.

"Aduhhh, korang aku minta maaf sangat-sangat. Aku terlupa korang tak makan lagi. Ha lagi satu asal korang ni biol sangat. Dah tahu aku tak masak pergi je lah makan luar" Jin mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kalau ni kan hyung, kalau aku maki nanti kau merajuk" Hoseok bersuara.

"Kenapa pulakkk" Jin buat muka innocent.

"Ye laa. Kan sejak Tae jatuh sakit haritu, hyung haramkan kitorang makan kat luar tanpa hyung! Takkan tak ingat? Sebabtulah kitaorang tahan lapar dari petang tadi tahu tak!" Hoseok berpeluk tubuh.

"Laaa ye ke? Mian mian. Hehe. Ye laa ye laa. Aku mintak maaf okay?" Jin masih rasa bersalah. Gilaa lah tahan 2 dari petang. Kalau aku , dah lama aku mati. Tak sanggup 😂

"Ok, esok kita keluar. Esok kan cuti sekolah. So sebagai balasannya aku belanja korang"

Jimin menepuk tangan. Bab belanja ni memang dia suka.

"Dahh, jom aku masak korang bubur" Jin berjalan keluar diikuti kembarnya yang lain kecuali Yoongi.

"Yaahh!! Yoongi hyung! Bangun lahhh. Kitorang suruh pura-pura tidur! Kau tidur betul-betul! Aduhh " Jimin mengeluh. Dengan kudrat yang dia ada dia menarik lengan Yoongi.

Entah silap tang mana, punggung Yoongi menyentuh lantai.

Pap!

"Woii! Sakit lahh lahanat!" Yoongi bangun. Punggungnya digosok perlahan.

"Jom lahh. Jin nak masak"

"Eh, Jin dah balik ke?" Yoongi mengaru kepalanya.

"Aishh, kau ni kalau bagi penerajang sia sia ja" Jimin menjeling Yoongi dan berlalu dari situ diikuti Yoongi.

Skip

"Korang duduk dulu. Aku siapkan bubur" Jin masuk ke dapur.

"Mana Jin! " suara keras Yoongi bergema dari atas.

"Jinn!!" Yoongi berlari masuk ke dapur.

"Jin! Kau! " Yoongi memeluk leher Jin dari belakang menyebabkan Jin mahu terbalik.

"Yoo..yoongi , aku nak bernafas lah setan!" Jin menarik lengan Yoongi.

"Kau! Sebab kau aku tak makan! Tak guna punya hyung. Apa kau ni tinggalkan kembar-kembar kau kelaparan. Kau buat apa dekat luar sampai pagi-pagi macam ni baru kau balik! Kau ingat senang nak tahan lapar! " Yoongi menyekeh kepala Jin.

"Kan aku dah cakap tadi, aku minta maaf. Nak maki aku maki jelah. Aku terima ja, sebab memang salah aku "

"Ye ke? Aku tak dengar pun. Hm, selamatlah kau mood aku ok sekarang ni" Yoongi berlalu pergi ke meja makan.

Selepas 30 minit, bubur pun siap dihidangkan.

"Its our time to eat! Yeyaaaaa", gedik Tae berkata kata. Terloncat loncat dekat atas kerusi 😄

"Makan bubur je pun" Jimin mengrollskan matanya ke atas.

"Eh okey apa bubur. Woi Jimeng, aku ni spesies menghargai makanan. Kau tahu kat Somalia, Afrika sana, nak jumpa nasi pun payah ni apatah lagi bubur. Kau patut bersyukur.", kata Tae dengan bersungguh sungguh.

"Ada aku kata aku tak hargai makanan ke?"

"Takde la. Tapi cara kau tu"

"Lantaklah kat aku!"

"Eh mana boleh"

"Kenapa pulak tak boleh!"

"Sebab tak boleh!"

"Boleh!"

"Tak"

"Bole ..."

Perang mulut antara Tae ngan Jimin berenti apabila Yoongi menghentak meja makan.

Semua tersentak 😂

"Jangan sampai aku yang hantar korang kat sana. Jimeng kau Afrika. Ha kau Taelien, Somalia.", Yoongi memandang tajam.

"Kau sure ke hyung nak hantar kitorang berdua kat sana 😏"

Jimin pandang Tae, Tae pandang Jimin. Mereka berdua saling berpandangan 😏

"Of course 100%"

"Ouh okay takpa hyung, nanti jangan cari Tae ngan Jiminn bilaaa Kumamo.."

"Okey fine. Aku tak sanggup"

Meletus tawa Jimin dengan Tae. Yang lain pun terus ketawa.

Jin hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai kembarnya.

To be continued.

Lots of love 💌💕
Muahhh readers 😘

KEMBARWhere stories live. Discover now