Cinta Kita

6.4K 249 12
                                    

2 tahun kemudian..

Sorakkan bergema di dalam stadium. Persembahan dari kumpulan TRIO yang hebat telah membuatkan peminat makin teruja. Kedengaran jeritan yang kuat dikalangan peminat TRIO.

Nur yang duduk paling depan memandang ke pentas. Melihat Dhiyan yang bersemangat menyanyi sambil melambai ke arah peminat. Nur tersenyum senang. Nur memandang ke sebelahnya. Kelihatan anaknya melompat lompat kesukaan.

"Papa!! Papa!! " jerit Danish, anaknya dan Dhiyan. Seronok tengok papanya menyanyi.

"Papa nyanyi kan mama," kata Danish dalam pelatnya.

"Iya sayang. Papa menyanyi," balas Nur sambil senyum. Kepala anaknya diusapnya penuh kasih.

* * *
Dhiyan yang menyanyi di atas pentas memandang Nur lalu tersebut. Melihat Nur tengah mengusap kepala anaknya yang teruja melihatnya menyanyi.

Di usia yang muda dia sudah mempunyai anak. Dia berasa bertuah kerana Nur disisinya dan sanggup tidak sambung pelajaran demi menjaga anak mereka. Rasa bahagia dalam hatinya.

Dhiyan bersyukur kerana dia masih diterima peminat TRIO malah peminatnya telah memberi gelaran kepada dia dan Nur pasangan yang paling romantik. Malah anaknya secara tidak langsung digemari ramai kerana kecomelan anaknya itu.

Dhiyan meneruskan nyanyian sehingga lah tamatnya konsert TRIO. Semua peminat berpuas hati dan seronok kerana dapat melihat kumpulan yang diminati menyanyi secara live.

* * *
Dhiyan terus mendapatkan Nur dan Danish sebaik sahaja selesai persembahan. Diambilnya Danish dalam pelukan Nur lalu diciumnya. Kemudian Dhiyan memeluk Nur. Dahi Nur dicium penuh sayang.

"Terima Kasih sayang sebab sudi tengok D nyanyi," ucap Dhiyan tersenyum.

"Kasih diterima D," balas Nur turut tersenyum.

Dia rasa bahagia sangat. Sepanjang dia bersama Dhiyan. Dia sentiasa mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga.

"Jom kita balik sayang," ajak Dhiyan. Dia tidak sabar ingin pulang kerumah. Bermanja dengan isterinya dan bermain dengan anaknya.

"Sekejap. Nur nak cakap sesuatu," ujar Nur menahan Dhiyan dari berjalan.

"Cakap apa sayang?" Soal Dhiyan.

"Nur mengandung lagi," bisik Nur manja.

Besar mata Dhiyan memandang Nur. Dia nampak Nur mengangguk kepala tanya mengiyakan apa yang dibisikkan tadi. Terus dipeluknya Nur. Pipi Nur dicium bertalu talu. Kemudian dicium pula pipi Danish yang dalam dukungannya. Rasa gembira sangat. Dia akan dapat anak lagi.

"Semoga cinta kita terus berkekalan," ucap Dhiyan senyum gembira. Nur turut tersenyum.

Mereka terus berjalan bersama. Saling erat memegang tangan. Rasa bahagia. Keluarga mereka semakin bertambah dan lengkap. Semoga cinta mereka terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Akhirnya TAMAT.. Yeay!! Jangan lupa vote vote vote >.<

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now