Kawan Sepupu

3.7K 128 0
                                    

Dhiyan menutup televisyen. Hari ini dia akan menjemput Nur dari sekolah. Dia tidak mahu mengabaikan Nur lagi. Cukup lah dia meluangkan masa dengan kawan kawannya. Nanti bila di luar negara dia akan dengan kawan kawannya juga nanti.

Dia mencapai kaca mata hitam. Hari ini sengaja dia memakai kacamata hitam dan tidak bertopi. Terasa rimas pula asyik mengenakan topi bila keluar rumah. Dhiyan terus ke pintu rumah untuk keluar.

Sebaik sahaja pintu di buka. Dhiyan terkejut. Ary, Raz dan Maya sudah tercegat di luar pintu. Dia mengeluh perlahan.

"Yup.. Korang nak apa ye?" Tanya Dhiyan.

"Kau pula nak kemana ni?" Soal Raz semula.

"Aku nak jemput Nur dari sekolah," ujar Dhiyan. Dia sudah keluar dan menutup pintu.

Ary dan Raz saling memandang. Maya pula sudah ketap gigi. Tidak puas hati.

"Kita orang nak ikut," kata Ary dan Raz serentak. Kelihatan teruja.

"Suka hati korang lah," malas Dhiyan nak melayan.

Ary dan Raz seronok. Mereka sudah terbayang mesti para pelajar teruja melihat mereka. Lebih lebih lagi pelajar perempuan. Yela. Mereka kumpulan TRIO yang terkenal. Mereka berdua sukakan perhatian.

"Tapi korang jalan jauh dari aku ok," kata Dhiyan. Dia sudah mula melangkah.

"Kenapa?" Tanya Ary.

"Aku tak nak orang tahu aku vokalis TRIO. Aku nak lindungi Nur. Tak nak dia rasa tidak selesa," ujar Dhiyan serius.

"Alaa.. Tak best lah macam ni. Tak kira juga. Biar semua orang tahu yang kau ni vokalis TRIO," Raz memaut bahu Dhiyan.

"Jom pergi jemput Nur di sekolah!" Jerit Ary semangat.

Dhiyan mengeluh. Dia tahu kawan kawannya begini. Walaupun sudah dilarang tetapi tetap buat juga. Terpaksa lah dia mendedahkan identitinya.

Maya hanya mengikut mereka dari belakang. Dia tidak suka ikut pergi ke sekolah Nur tetapi dia terpaksa. Dia mula memikirkan cara supaya Dhiyan dan Nur tidak bersama.

* * *
Nur melangkah keluar dari sekolah. Dari jauh lagi dia sudah nampak ramai pelajar tengah berkerumunan di luar pagar. Dia berasa mula pelik.

Dia mula mendekati pintu pagar. Dia ternampak kumpulan TRIO dan Maya. Hati mula tidak senang. Terfikirkan Dhiyan.

"Nur!!" Jerit Raz sambil melambai.

Nur terkaku. Semua pelajar perempuan memandangnya. Dia mula menelan air liur. Matanya memandang Dhiyan disebelah Raz.

Perlahan lahan dia melangkah menuju ke arah Dhiyan dan kawan kawannya.

"Haaa.. Kalau korang nak tahu. Nur ni kawan kita orang tau," ujar Ary tersengih.

"Jadi korang kena baik baik dengan dia," sambung Raz.

Nur hanya diam. Dhiyan turut diam. Masing masing tak tahu nak cakap apa.

"Nur dan vokalis kumpulan kami Dhiyan ni adalah ke.."

"Sepupu. Iye. Dhiyan dan Nur sepupu," Maya memintas kata Raz.

Nur pantas memandang Maya. Kenapa perlu kata dia dan Dhiyan sepupu. Tak salah pun beritahu je mereka berdua kekasih. Identiti Dhiyan dah terdedah pun.

"Kau nak kerjaya Dhiyan hancur ke kalau kau mengaku kekasih dia," bisik Maya di sebelah Nur. Hanya mereka berdua sahaja yang dengar.

"Hmm.. Iya.. Kami sepupu," ujar Nur perlahan.

Dhiyan memandang Nur. Kenapa Nur tidak menafikan. Dia pun tidak tahu kenapa dirinya juga tidak membantah kata Maya.

Ary dan Raz hanya memandang. Tidak tahu nak kata apa.

"Ok lah. Nak balik," kata Nur lalu berlalu pergi. Malas dia nak berada di situ lagi.

"Kita orang balik dulu. Jangan lupa dengar lagu terbaru kami nanti," ujar Raza.

"Bye," mereka melambai lambai pelajar perempuan.

Pelajar perempuan semua kesukaan. Tidak sangka mereka bertemu dengan kumpulan TRIO.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now