Merajuk Dipujuk

3.8K 142 3
                                    

Dhiyan membawa Nur ke dalam bilik air sebaik sahaja sampai di rumah. Masing masing kebasahan disebabkan hujan. Diturunkan Nur dari dukungannya. Dengan selamba Dhiyan menarik baju Nur untuk dibuka.

"Biar Nur buat sendiri," Nur menepis tangan Dhiyan. Rajuknya masih ada.

"Diam. Biar D yang buat," tegas suara Dhiyan.

Nur terdiam dengar suara tegas Dhiyan. Nak tak nak terpaksa Nur ikut kata Dhiyan. Dibiarkan sahaja Dhiyan membuka bajunya. Dia hanya berdiri tegak. Malu.

Baju seluar Nur yang basah dibuka Dhiyan lalu di masukkan ke dalam bakul. Dicapainya shower dan memusingkan paip kepada air suam. Disiramnya Nur dari atas kepala hingga kebawah.

Selesai membersihkan Nur, Dhiyan mengambil tuala dan membalut badan Nur. Ditariknya tangan Nur ke pintu bilik air.

"Sayang pergi pakai baju. Jangan biarkan badan sejuk. Faham?" Kata Dhiyan. Suara masih tegas.

"Okey," balas Nur. Dianggukkan kepalanya.

"D pula nak mandi," ujar Dhiyan lalu menutup pintu bilik air. Kedengaran bunyi air.

Nur melangkah ke almari. Dibukanya lalu mengambil baju dan seluarnya. Disarungkan ke badannya. Selesai sahaja memakai baju dia duduk di birai katil. Rambut yang masih basah dibiarkan sahaja. Tuala ada di tangannya. Termenung.

Dhiyan yang selesai mandi keluar dari bilik air dan ternampak Nur termenung. Digelengkan kepalanya. Dengan segera dia memakai baju.

"Rambut ni kenapa tak kasi kering," kata Dhiyan. Tuala di tangan Nur dicapai. Digosoknya rambut Nur.

"D jahat," perlahan Nur bersuara. Matanya berair.

Dhiyan yang tengah menggosok rambut Nur terhenti. Dia duduk disebelah Nur. Muka Nur ditariknya supaya bertentang mata dengannya.

"Kenapa sayang kata D jahat?" Tanya Dhiyan.

"D suka Maya kan," tuduh Nur. Matanya tepat pandang Dhiyan.

"Kenapa sayang kata D macam tu? D tak suka Maya ok. Maya tu cuma pengurus TRIO je," balas Dhiyan menafikan tuduhannya. Mana mungkin dia suka Maya. Hatinya milik Nur.

"Dah tu D suka masakan dia. Mesti D suka Maya juga kan," ujar Nur geram.

Dhiyan mengerutkan dahinya. Sebab dia suka kari Maya, Nur tuduh dia suka Maya. Dhiyan tergelak kecil. Dengan selamba diciumnya pipi Nur.

"Kenapa D gelak?" Tanya Nur pelik. Tengah serius boleh pula Dhiyan gelak.

"Sayang. Tak bermakna kita suka masakan dia kita suka dia. D suka sayang sorang je tau. Hati D ni ada sayang je," balas Dhiyan senyum. Dibelainya rambut Nur.

Nur masih tidak puas hati. Bibirnya diketap tanda geram.

"Sayang cemburu ye," ujar Dhiyan tersengih.

"Memang Nur cemburu. Nur cemburu dengan Raz dan Ary juga," kakinya dihentak geram.

Dhiyan terus gelak. Makin kuat gelaknya. Ada ke patut Nur cemburukan Ary dan Raz. Kalau setakat cemburukan Maya dia faham lah sebab perempuan. Ini tak. Yang lelaki pun dia cemburu.

"D ni kan. Ketawa pula," dipukul pukulnya lengan Dhiyan tanda geram kerana Dhiyan ketawakannya.

"Hahaha!" Dhiyan masih tidak berhenti ketawa. Geli hati pula dia.

Nur memasamkan muka. Tubuhnya dipeluk. Geram keranan Dhiyan tidak berhenti ketawa lagi.

"Ok ok.. Maafkan D," Dhiyan berhenti ketawa. Tangan Nur dicapainya. Jarinya disatukan dengan jarinya. Digenggam erat.

"Sayang cemburukan Ary dan Raz sebab apa?" Tanya Dhiyan lembut.

"Sejak dia orang bertiga datang D tak layan Nur pun. D banyak luangkan masa dengan dia orang. Rasa terpinggir tau," luah Nur sedih. Merajuk.

Dhiyan diam mendengar luahan Nur.

"Dah lah tak lama lagi D nak pergi. Patutnya masa D dengan Nur. Bukan dengan dia orang," ujar Nur.

"Maafkan D sayang," ucap Dhiyan. Betul apa yang dikata Nur. Sejak 2 3 hari ni masanya lebih bersama kawannya. Tidak melayan Nur.

"D janji D tak buat lagi ye sayang," Dhiyan berjanji. Masanya akan diluangkan dengan isteri kesayangannya.

"Kalau buat lagi siap lah," ugut Nur. Rajuknya sudah terpujuk.

Dhiyan ketawa. Ditariknya Nur dalam pelukannya. Rindu. Dia tak nak berpisah dengan Nur. Kalau boleh Nur ada disisinya sepanjang masa.

"D.. Lapar," kata Nur. Perutnya terasa lapar sebab dia tidak makan lagi.

"Alololo.. Cian sayang D ni lapar. Jom makan. D temankan," ajak Dhiyan.

"Tak nak kari Maya," ujar Nur cepat.

"Iya sayang. D masak," balas Dhiyan sambil ketawa kecil. Tak habis lagi cemburu Nur dengan Maya.

Mereka berdua bangun dari katil menuju ke dapur bersama sama. Berharap tiada lagi masalah datang.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now