bab 60

664 24 0
                                    

      Malam tu..humaira berulang alik ke toilet..fuhhh..aku ni dah kenapa?sejak tadi asyik nak menghuni bilik ni..eee..fuh..pak janggut belum balik lagi dari masjid.

Dahlah jadi patung lilin..mesti dia masih marah pasal pagi tadi. Eee bukan sengaja pun..terrr..jek..emo lebih la pulak pak janggut ni ke dia dah tempah tiket ke jepun 😂😂😂lawak la..

Jam sudah menunjukkan jam pukul 12 tengah malam. Sejak makan malam tadi pak janggut masih lagi jadi pendiam. Humaira bangkit dan duduk di dapur sambil memerhati sekeliling.

Isk aku ni dah kenapa rasa semacam jek. Ke aku kena check up esok?sedang asyik humaira berfikir ustaz syukur menghampiri dan memeluk tubuh comel itu dari belakang seraya berbisik

"sampai hati..tunggu je bila habibati nak memujuk..tapi sehingga lewat malam pun masih juga tak ada pujuk rayu..tak adil la macam ni.
Habibi tengah merajuk..boleh pulak  tak ambil kisah😢"bisik ustaz syukur manja.

Humaira merenggangkan pelukan ustaz syukur dan mengenggam erat tangannya seraya berkata

"tolong yee..bukan dah sedia maklum ke..maira ni tak reti nak buat kerja pujuk merayu bagai ni..minta maaf je la..tapi kan..maira tak boleh nak tidur..tapi pagi tadi maira tak minum sebab.."mulut murai itu terhenti untuk jangka masa yang lama.

Isk nak jugak sebut nama mamat sepet tu..aku tengah panas ni dia boleh pulak tak layan.
Benda tu baru saja berjinak2x nak hilang dia ingatkan balik..nasib aku lah dapat isteri menjadi kesukaan ramai.😑keluh ustaz syukur di dalam hati.

Humaira sesekali mengurut perlahan dahinya. Sesekali kakinya melangkah perlahan. Rasa lain macam jek..

"maira kenapa?tak sihat ke?kalau tak sihat ambil la cuti..kak sophie tak kisah tolong jaga maira"ujar kak sophie sambil menghulurkan air suam untuk humaira.

Ustaz syukur yang tiba selepas meletakkan anak2x ke dalam tempat permainan terus menghampiri humaira dan kak sophie.

"Kenapa ? habibati tak sihat ke ehm?"soal ustaz syukur seraya mendekatkan wajahnya ke wajah isterinya yang sedikit lesu.

"Entah..rasa seperti diawang2xan pulak. Mungkin kebelakangan ni maira banyak main aktiviti lasak tak?"soal humaira kembali.

Ustaz syukur terus mendapatkan hpnya dan menghubungi pengetua untuk mohon crk dan cuti rehat. Dia ingin membawa isterinya berjumpa doktor wardah.

Dia dapat rasakan isterinya mungkin pregnant lagi. Mudah2xan doanya dimakbulkan..
biarlah bertambah2x rezeki semoga dengan kehadiran zuriat nanti menjadi pengerat ikatan rumahtangga mereka.

Aamiin..😙😘😍

Selesai check up..humaira duduk seketika sementara menunggu doktor wardah. Wajah yang tersenyum itu membuatkan hati ustaz syukur berbunga2x..pasti ada khabar gembira.

"Alhamdulillah ustaz..maira..maira dah masuk 3 minggu. Mungkin perubahan hormon..kandungan yang kedua ni sebab tu maira merasa sedikit lesu dan cepat merasa penat.

Satu lagi maira..saya nak ingatkan selepas ni jangan buat aktiviti lasak dulu ye. Semalam
saya ada nampak maira main bola lisut betul tak?"soal doktor wardah seraya tersenyum.

Humaira hanya menyambut dengan senyum sumbing..manalah dia tahu ada penghuni memang patut pun rasa cepat letih..terasa sengal dibawah abdomen kalau terlalu lasak.

Ye Ke UstazWhere stories live. Discover now