Jangan marah Sayang

5.3K 167 6
                                    

Sebaik sahaja sampai di rumah mereka, Nur terus masuk ke dalam rumah setelah menanggal kasutnya lalu meletakkan kasutnya di rak yang telah disediakan.

"Tak jemput D masuk pun," kata Dhiyan sambil buat muka kesian.

"Rumah sendiri kan. Masuk jela," balas Nur selamba. Dalam hatinya masih ada rasa marah.

"Iye. D masuk lah ni. Lagipun pagi tadi memang dah masuk pun," Dhiyan ketawa kecil lalu masuk ke dalam rumah.

Dhiyan terus menuju ke ruang tamu lalu duduk di sofa. Topi dan cermin mata ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja. Dia melihat sekeliling ruang rumah. Kemas dan bersih. Tiada barang yang bersepah. Semuanya teratur. Pagi tadi sebaik dia sampai dari luar negara tidak sempat dia melihat ruang rumah ni. Yang ingin dilihat adalah Nur tetapi Nur tiada di rumah. Nasib baik dia tahu dimana Nur pergi.

Rumah ini adalah pemberian daripada kedua dua ibu bapa mereka sebagai hadiah perkahwinan mereka tetapi selama setahun hanya Nur yang duduki. Dia pula di luar negara.

Dhiyan memandang Nur yang berada di ruang dapur. Walaupun baru 17 tahun Nur pandai menjaga diri dan menguruskan rumah. Dia tersenyum nipis. Memang tak salah dia mencintai Nur.

"Sayang.. Bawakan D air. Haus lah," Pinta Dhiyan lembut.

Nur mengeluh. Dia mengambil dua gelas cawan lalu menuangkan jus oren yang baru sahaja dia ambil dari peti sejuk. Kemudian dia menyimpan semula jus oren ke dalam peti sejuk. Nur membawa 2 gelas cawan ke ruang tamu.

"Nah. Minum lah," Nur menghulurkan satu gelas kepada Dhiyan.

"Terima Kasih sayang," ucap Dhiyan lalu menyambut gelas yang dihulurkan Nur. Seteguk dua Dhiyan minum.

Nur duduk di salah satu sofa. Jauh sedikit dari Dhiyan. Dia memandang sebuah beg di tepi sofa.

"Bila sampai?" Tanya Nur tanpa memandang Dhiyan.

"Pagi tadi tapi sayang tiada di rumah. Puas D ketuk pintu tapi tak bersahut. Nasib baik D ada kunci," cerita Dhiyan sambil memandang Nur.

Nur hanya mengangguk. Masih tidak memandang Dhiyan. Hatinya masih ada rasa sebal.

"Sayang..," panggil Dhiyan.

"Emmm," sahut Nur.

"Meh sini duduk sebelah D," panggil Dhiyan. Dia tahu Nur masih marah. Baru sehari berkahwin dia meninggalkan Nur keesokkannya. Mestilah Nur marahkan dia.

Nur hanya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu duduk disebelah Dhiyan. Tak pasal pasal makin marah pula nanti.

"Sayang..D minta maaf. D tahu sayang marahkan D. Tapi D ada minta izin kan," Dhiyan memohon maaf.

Nur hanya diam. Betul apa yang dikatakan Dhiyan. Sebelum Dhiyan meninggalkannya Dhiyan ada meminta izin darinya. Dia setuju melepaskan Dhiyan pergi ke luar negara untuk menjadi penyanyi walaupun keberatan melepaskan Dhiyan pergi. Dia sudah lupakan rasa marah Dhiyan tinggalkannya. Tapi yang dia marahkan sekarang kerana sepanjang Dhiyan di luar negara Dhiyan langsung tidak membalas e-melnya. Tidak tahu kah Dhiyan yang dia sangat risaukan Dhiyan.

"Jangan lah marah sayang. Nanti cepat tua," sakat Dhiyan sambil tersengih.

Nur menjeling geram. Kalau ikutkan hati nak sahaja dia lepaskan rasa marah ni. Tapi dia tidak mahu. Dia nak Dhiyan sendiri mengakui kesalahan itu.

"Nak mandi. Kejap lagi nak masak makan malam pula," Nur bangun dari tempat duduk. Gelas cawannya diletak atas meja.

"Jangan lupa basuh 2 gelas cawan ni. Lepas tu angkat beg tu ke bilik yang tu," ujar Nur lalu masuk ke bilik utama kemudian menguncinya dari dalam.

Dhiyan mengeluh perlahan. Masih tidak dapat memujuk Nur. Rambutnya yang keperangan lalu disuap ke belakang. Dia akan berusaha memujuk Nur. Dia tidak mahu hubungan mereka berdua menjadi renggang.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now