01

4.9K 376 14
                                    

Aku seorang kanak - kanak yang periang. Aku selalu bermain - main. Aku seorang kanak - kanak yang boleh dikategorikan dalam golongan hyperactive kerana aku tidak pernah kenal erti penat. Namun, itu hanya sementara kerana aku sekarang lebih pendiam selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika aku berumur 4 tahun.

Sekarang aku lebih suka duduk dan merenung setiap sudut di sekelilingku. Kadang - kadang aku akan menatap cermin dan menyentuhnya kerana aku pernah terkejut melihat wajahku di hadapanku sedangkan aku tidak melihat cermin. Akhir - akhir ini aku suka melihat ke luar tingkap terutama pada waktu malam atau lebih tepat, pada waktu tengah malam. Aku sanggup tidak tidur untuk menunggu waktu tengah malam.

Aku yakin yang anda semua akan tertanya - tanya apakah keistimewaan waktu tengah malam sehingga aku sanggup tidak tidur semata - mata menunggu waktu tengah malam. Jika anda berfikir yang waktu tengah malam itu dipenuhi dengan bintang - bintang dan diterangi cahaya bulan, aku tidak menafikan jawapan anda. Namun, ada sesuatu yang aku perlu ceritakan disebalik keindahan waktu tengah malam.

Ceritanya bermula disini..............

• • • • • • • • • • • •

A/N:
Sebenarnya, ni kisah yang di alami oleh rakan saya sendiri.
Saya rahsiakan namanya dan saya akan guna 'Aku' untuk kisah nie.
Saya sudah mendapat permohonan dari dia sendiri untuk kongsi kisah hidupnya.

Saya tahu, sesetengah dari kita yang mempunyai kelebihan untuk melihat benda ghaib.

Percayalah, benda yang kita tak nampak itu tidak semestinya tidak wujud..anda faham maksud saya?

Saya akan sambung cerita nie..
Tunggu next part okay.

Please support me!!
I need your support!!!!

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now