"sakit weyhhh!!"Puteri menggosok kepalanya yang diluku oleh Rayyan sebentar tadi.

"alololo sakit ehh..meh sini aku tengok"Rayyan menarik kepala Puteri rapat ke arahnya lalu mengusap kepala wanita itu.

i'm fall in love with you,Puteri..

Tanpa mereka sedar,spy Hanis  telah menangkap gambar segala gerak-geri mereka.

***

"asal weyhh...asal senang2 je kau cakap putus kawan dengan Rayyan?"Irish mengetuk-ngetuk mejanya menggunakan jari sambil memandang Zack tidak puas hati.

"ehh dahlah!Sejak semalam soalan ni je yang aku dengar"Zack meraup rambutnya kebelakang.

"lama kot kita berkawan..kau senang2 lafaz perkataan 'putus kawan'..ehh,sekarang ni kau as leader mesti fikir sebelum kau buat apa2"Arielle pula mengatakan rasa tidak puas hatinya.

"ehh!!Yang korang nak bela sangat dia tu asal?"Zack sudah mula naik berang.

"bukan bela dia,tapi cakap pasal benda betul"Farel bangun dan menepuk-nepuk bahu Zack lalu berjalan ke luar kelas.

X-tream boys yang lain juga ikut meninggalkan Zack.

"arghh!!"Zack mengusutkan rambutnya dan menendang meja.

Pelajar yang berada didalam kelas sudah pucat bagai hilang darah melihat Zack mengamuk.

***

"Cik muda,ni benda yang saya baru dapat semalam"lelaki berbadan sasa yang dikenali sebagai 'Yun'menyerahkan sampul berwarna coklat kepada Hanis.

Hanis mengambil lalu melihat isi didalamnya.Terdapat gambar Puteri dan Rayyan lagak seperti pasangan kekasih.

"Thanks Yun,nah upah"Hanis menghulurkan sampul yang agak tebal kepada Yun.

"ehh,tak apa cik muda..memang tugas saya buat apa yang cik muda arahkan"Yun menolak dengan cara baik.

"ambil jelah"Hanis memaksa lelaki tersebut menerima upah yang diberi.

"erkk,baiklah..saya terima"Yun mengambil sampul dari tangan Hanis dan mengucapkan terima kasih.

"tapi ingat,kerja ni belum selesai lagi"

"baik cik muda"

"kau boleh pergi"

Yun menunduk kepala dan keluar dari bilik Hanis.

***

"weyhh guys"Hanis dan Shahidatul terkejut dengan kehadiran Farel dan Afran di library.

"asal?"soal Hanis sambil membelek-belek buku cerita kanak2.Tah pape je minah uhh.

"mana yang lain?"soal Farel apabila tidak melihat kelibat Young Ladies yang lain.

"diorang beli makanan"jawab Shahidatul malas.Ye,sekarang waktu rehat tapi mereka mengambil keputusan untuk rehat di library memandangkan mereka tidak mahu terserempak dengan X-tream boys.

"ouhh"

"korang nak apa sebenarnya ni?"Tanya Hanis garang.

"Puteri kan dah lama tak lepak dengan korang,Rayyan pun dah lama tak lepak dengan kitorang..korang tau apa2 tak?"soal Afran.

"ingat kitorang tak tau,yang leader korang dah putuskan persahabatan dengan Rayyan?"Hanis memandang tepat ke arah Farel dan Afran.

"erkkk,yee..tapi kitorang tak"

Farel mengangguk tanda mengiyakan kata2 Afran.

"aku nak tunjuk something dekat korang,tapi janji ni kita berempat je yang tau"Hanis lalu mengeluarkan sampul surat warna coklat yang diberi oleh Yun semalam.

Farel dan Afran memyambut sampul surat itu dan melihat isinya.Terkejut beruk mereka melihat gambar mesra Puteri dan Rayyan.

"jadi,maknanya diorang ni couple?"tanya Farel inginkan kepastian.

"yang tu,kitorang tak sure"jawab Shahidatul ringkas.

"mmm,oklah tak apa..kitorang nak gerak dulu ni,kang diorang cari"Afran meminta diri.

"kalau ada apa2 jangan lupa inform kitorang"Farel memberi peringatan kepada Hanis dan Shahidatul.

Mereka berdua hanya mengangguk melihat Farel dan Afran.

***

Puteri melihat jam tangan miliknya.

'dah pukul 3 petang.Lagi sejam latihan dengan Rayyan nak start.'

Puteri melihat rakan2nya yang sedang ralit melihat buku2 di popular itu.Memandangkan hari ini Jumaat,jadi dia mengambil keputusan untuk keluar bersama kawan2nya kerana sekolah habis pada pukul 12:30 setiap Jumaat.

"weyhh,aku nak balik dah"Puteri berjumpa Hanis dan memberitahu hasratnya.

"kau tak beli apa2 ke?"soal Hanis.

"dah,1 novel"Puteri menayangkan plastik yang berisi novel di hadapan Hanis.

"ouhh,kalau macam tu oklah..hati2 balik tu"Hanis memberi nasihat.

"ok"Puteri segera beredar selepas meminta diri daripada kawan2nya.

"jalankan tugas kau,tunggu depan rumah dia"Hanis menamatkan panggilan.

***

"harini tak payah latihan lah,kita gi gym"Puteri mengajak Rayyan.

"huh?"

"aku nak fight,lama dah tak fight sejak ajar kau ni"Puteri memberitahu hal sebenar.

"oklah kalau macam tu,naik kereta aku"Rayyan menawarkan diri.

"ok"

Sebaik kereta mereka keluar dari perkarangan rumah,orang suruhan Hanis mengikuti mereka dari belakang.

Sesampai sahaja di gym,Puteri seperti biasa memakai hoodie untuk menutup identitinya.

"jom"Rayyan dan Puteri melangkah masuk ke fight place.

Rayyan hanya menjadi penonton melihat Puteri yang berada di atas pentas.

Orang suruhan Hanis tidak lupa mengambil gambar2 untuk ditunjukkan kepada Hanis.

ENEMY BECOMES LOVE ✔Where stories live. Discover now