"Siapa ketua mereka? Kuat sangatkah sampai mereka tak boleh melawan?,"tanya Aqua pula.

"Ohm, ya nama ketua dia Ohm. Dia sangat kuat. Dia mempunyai kuasa yang lain daripada kita semua. Pakcik rasa mustahil dia merupakan penduduk planet ni. Sebab dia tu mempunyai kuasa...,"

"Mengawal cuaca,"sampuk Dr. Chrone.

"Ha betul tu. Dia dapat mengawal cuaca dan bencana besar," kata lelaki tua itu.

"Tapi... bagaimana kamu tahu? Kamu pun pelarian daripada pangkalan tu macam pakcik kah?,"soal pakcik tersebut.

"Saya memang dah lama kenal dia. Dia sebenarnya daripada puak Wisdom. Musuh ketat puak Xenon," terang Dr . Chrone dengan nada kosong.

"Wisdom? Xenon?,"tanya Dash.

"Er... susah untuk diterangkan buat masa sekarang. Pada masa akan datang, kamu akan faham," jawab Dr. Chrone.

"Doktor, boleh doktor ceritakan kisah silam doktor sebenarnya? Kami semua nak tau," tanya Geo pula mewakilkan diri .

"Hm. Ceritanya panjang dan berbelit. Ia juga akan menimbulkan macam- macam pertanyaan lain," kata Dr. Chrone yang sepertinya tidak mahu bercerita.

Mereka yang lain hanya kelihatan hampa . Windy berfikir sejenak . Dia mendapat idea.

"Bagaimana kalau doktor tunjukkan sahaja kepada kami bayangan hidupan lampau doktor? Doktor kan ada kuasa masa,"cadang Windy.

Rakannya yang lain hanya cuba menyokong pendapat Windy walaupun mereka tidak berapa faham apa yang dimaksudkan. Dr. Chrone berfikir sejenak. Dia menompangkan kedua-dua belah tangannya pada dagu.

"Kenapa fikir panjang? Cepatlah. Kecuali~ doktor ni tak ada kuasa masa pun sebenarnya kan?~ ,"ugut Shiny menguji Dr. Chrone.

Flora tergelak kecil. Dia menepuk lembut bahu Shiny .

"Tak baik lah cakap macam tu,"nasihat Flora pada Shiny.

"Err.. baiklah saya akan buktikan. Tapi saya tak akan membawa kamu ke masa silam, saya hanya memberikan kamu semua bayangan nya sahaja tetapi tubuh kamu masih di sini", terang Dr. Chrone.

"Yeay! Doktor mengena umpan saya hahaha!,"sambut Shiny gembira apabila helahnya memancing Dr. Chrone telah berjaya.

Dr. Chrone hanya menggelengkan kepala. Apa lah budak kuning seorang ni.

"Jadi bagaimana dengan cadangan saya?,"soal Dr. Chrone menginginkan pendapat.

"Itu pun boleh juga. Tapi... bilakah bayangan ini akan berakhir? ," tanya Zack pula

"Sekarang sudah malam. Kalau diikutkan..."

"Bayangan ini akan tamat pada keesokan malam sama waktu dengan masa sekarang," kata Dr. Chrone sambil memandang jamnya yang sudah menunjukkan pukul 9.00 malam.

"Jadi kamu semua dah bersedia?,"tanya Dr. Chrone buat kali terakhir.

Kesemua mereka sudah disuruh untuk baring di lantai untuk persediaan. Manakala Ember, Virnus, Terra ,Hydro dan ayahnya hanya memandang dari atas sofa di tepi mereka.

Dipegangnya kepala mereka berdua belas seorang demi seorang.

Pyro telah masuk ke terowong masa

Aqua telah masuk ke terowong masa

Begitu juga dengan Geo

Windy juga menyusul masuk

Zack masuk ke terowong masa

Dash masuk ke terowong masa

Flora dan Shiny juga telah tiba di terowong masa

Reo juga tiba di terowong masa

Stelix dan Izz telah tiba di tempat mereka semua berkumpul

Toni mulai masuk, namun terhenti

Dr. Chrone membuka matanya semula sambil memandang Toni.

"Kenapa kamu tak nak masuk?", tanya Dr. Chrone.

"Saya takut. Bagaimana kalau sepanjang kami di sana, keadaan disini telah tak terkawal", jawab Toni yang kelihatan resah.

"Jangan takut. Kami disini akan lindungi kamu semua,"jawab Dr. Chrone sambil menunjukkan ke Terra dan yang lain.

Toni mula rasa tenang . Dia meletakkan semua kepercayaannya pada Dr. Chrone. Dia memejamkan matanya. Dr. Chrone juga begitu. Mata Dr. Chrone mula bersinar semula sewaktu menghantar Toni masuk .

Toni juga telah tiba di terowong masa .

_____________________
to be continued.. :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now