Gitar

2.6K 180 17
                                    

Saudara aku yang seorang ini gemar betul main gitar waktu malam-malam. Walaupun sudah ditegur berkali-kali, dia tetap keras kepala. Dia teruskan dengan habitnya, bermain gitar pada waktu malam. Jujur aku cakap, aku tak pernah suka bila dia main gitar waktu malam. Sampailah satu malam ni, aku betul-betul tak tahan dengan sikapnya. Aku terus marah dia dari dalam bilik.

" Kau main gitar ni, kau nak seru siapa? Hantu?! " bentakku.

Bunyi gitar tersebut terus tidak kedengaran selepas itu. Aku tersenyum puas. Malam itu aku tidur dengan sangat lena tanpa sebarang gangguan.

Pada paginya, aku lihat gitar yang selalu dimainkan oleh sepupuku itu berada di ruang tamu. Aku hanya menatap ia tidak minat. Aku baru sahaja mahu berlalu daripada situ, tiba-tiba bunyi loceng rumah menyapu pendengaranku. Aku terus membuka pintu. Di situ, berdirinya kesemua ahli keluargaku. Dan yang paling menghairankan, sepupu yang aku sangka bersamaku malam tadi juga berada di situ.

" Bukan kau ada dengan aku ke semalam? " tanyaku hairan.

" Mana ada! Aku dengan family dekat rumah nenek lah malam semalam. " katanya.

" Habis tu yang main gitar semalam? " gumamku.

Duniaku terus gelap.

Kisah Seram Sebelum TidurDonde viven las historias. Descúbrelo ahora