Ditolak

6.1K 433 42
                                    

"Weh, kau tau tak yang kali ni dah 16 orang budak mati sebab lompat dari tingkat 3 depan kelas Achiara tu. Masa kematian dorang adalah tepat pada pukul 6. Sebab tu cikgu banyak kali dah cakap jangan stayback lepas sekolah. Dah, chau dulu. Balik cepat sikit. Hati-hati beb. Aku tak nak kau jadi macam dorang."

Kata kawan baik kau lalu pergi meninggalkan diri kau yang sedang menyiapkan tugasan di perpustakaan. Kau pun tertanya apakah motif mereka lompat dari tingkat 3 tersebut. Minggu ini sahaja dah ada 2 orang pelajar yang ditemui mati. Haih. Kau mula mengeluh. Sekarang pukul 5:45 minit dan kau mula mengemas barang-barang.

Sedang kau berjalan menuruni tangga, kau ternampak ada seseorang di depan kelas Achiara. Kau pun terfikir yang mungkin budak tu nak melompat dan kau mula berlari-lari ke tingkat 3. Dan, di depan kelas itu tidak ada terdapat seseorang pun di sana. Macam tak logik. Kau pun berdiri di depan kelas tersebut dan meninjau keadaan di bawah. Tiada. Jadi kau mengambil keputusan untuk pulang.

Kau berpusing di belakang dan kau ditolak ke bawah dengan serta merta. Dia mengucapkan kata maaf. Dan yang paling kau tak sangka adalah kawan baik kau yang nak balik tadi adalah orang yang tolak kau. Mungkin mereka yang kononnya mati kerana lompat dari tingkat 3 itu ditolak oleh teman baik kau itu.

Air mata kau jatuh. Badan kau penuh dengan darah dan kau tengok jam di tangan. Pukul 5.59 minit dan tepat pada pukul 6.00 kau menghembuskan nafas yang terakhir.

Kisah Seram Sebelum TidurTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang