Jangan

2.7K 219 10
                                    

" Adik, jangan biarkan tingkap dekat ruang tamu terbuka macam tu! " jerit abang dari dalam bilik.

" Alah, nanti adik tutuplah! " balasku malas.

Baru sahaja aku mahu menutup tingkap di bahagian ruang tamu itu,

" Adik, jangan balas apa yang abang kamu cakap tu! " jerit ibu dari dapur.

Baru sahaja aku mahu membalas kata-katanya, aku teringat tentang sesuatu perkara.

" Jangan balas apa-apa kalau ada orang ajak kamu berbual dekat rumah tu. Ingat, kamu tu anak yatim piatu, tak ada abang atau kakak. " pesan Pakcik Hamid.

Tubuhku mengeras. Bulu romaku berdiri.

" Kan ibu dah cakap, jangan balas apa-apa. "

Hembusan nafasnya terasa betul-betul di belakang telingaku.

Kisah Seram Sebelum TidurWhere stories live. Discover now