↭10

1.7K 150 14
                                    

Ktang~ Prak~ Krak~

Ji Hyo bangun dalam keadaan panik. Kelihatan Jisoo yang masih nyenyak tidur, seperti bunyi yang di dengar Ji Hyo langsung tidak mengganggu tidurnya.

" ge-gempa bumi ke apa ni? " ujar Ji hyo perlahan lalu dia menuju ke pintu biliknya. Di kuak sedikit, bunyi tersebut makin jelas di corong telingannya.

" lah.. Bilik sebelah rupanya . " Ji Hyo mengintip sedikit apa yang terjadi di bilik Jungkook. Macam parah je keadaan kat sebelah ni sampai bilik dia pun bergegar seperti gempa bumi melanda.

Terbuntang luas mata Ji Hyo apabila semua rakan² Jungkook berada di biliknya . Jungkook yang baring di katilnya hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat rakan²nya itu.

Tiba²....

" Ji Hyo? " tanya seseorang daripada belakang Ji Hyo. Ji hyo menelan air liurnya, mampus tertangkap skodeng orang.

" Jimin? " tanya Ji Hyo lalu tersenyum² bagaikan dia tidak membuat salah. Jimin pula hanya membalas senyuman tak ikhlas Ji Hyo.

" kenapa tak siap lagi? Lebih baik kita jalan awal kan? " ujar Jimin ketika baru dia sedar yang Ji Hyo masih berpakaian baju tidur.

Dengan kelajuan turbo, Ji Hyo terus memecut masuk ke dalam biliknya, malu.

Jimin ketawa kecil melihatkan gelagat Ji Hyo yang bagaikan budak² sebelum dia masuk ke dalam bilik Jungkook.

.....

" Aik Jimin? Kau nak gi mana? " tanya Jungkook pelik apabila Jimin seperti bersiap² hendak keluar berjalan².

Jimin tidak membalas malah dia hanya tersenyum seperti orang gila putus wayar otak.

" Aku nak ke Everland " jawap Jimin ringkas.

" Eii kau tak ajak aku " rungut Jin, well Princess gitu.

J-Hope : sampai hati tak ajak aku, aku pun nak tunggang kuda juga hwaaa!

V : kenapa tak ajak?!

Suga : .....

Namjoon : kau jalan sorang² ke?

" Tak.. Aku jalan dengan seseorang " Jimin menjawap soalan Namjoon sahaja. Yang lain tu malas nak jawap.

" Siapa? Yeoja ke? Sampai hati kau tinggalkan aku Jimin " kata Jungkook dengan sedih yang di buat².

" Aku nak ke Everland dengan Ji Hyo "Jimin tersenyum gembira, eceh macam boyf Ji Hyo pulak.

" What?! Aku nak ikut! " Ini tak boleh jadi ni! Jungkook cuba bangun namun hyung² nya membaringkan (?) dia semula ke katilnya.

" Kau tu masih sakit, tak payah nak ikut lah! " marah Namjoon.

" eii aku dah okay lah! Tengok! Aku dah boleh berdiri pun !" Jungkook bangun daripada pembaringannya dan cuba berjalan. Biarpun susah, namun akhirnya dia berjaya.

" See?! " Ujar Jungkook dengan yakin. Hyung² nya membuat muka menyampah, nak tunjuk kuat lerh tu.

" Okay lah, kau boleh ikut " kata Jimin, apa lagi Jungkook terus meloncat gembira seperti baru menang loteri.

......

" Hacoo! " Jungkook terbersin . Badannya menggeletar bermakna dia sedang kesejukkan.

Jimin dan Ji Hyo yang duduk di hadapannya memandang jijik ke arah Jungkook. Berhingus lah budak biskut ni!

" Tu lah kau, sibuk nak ikut juga !" marah Ji hyo lalu dia memberi tisu kepada Jungkook.

Jungkook mengela hingusnya lalu dia memandang Ji Hyo tajam.

『c』My Enemy Next Door ✾ Jjk  Where stories live. Discover now