BAB 23

7.5K 233 2
                                    

"Maryam"jerit Rayyan.cemas dia apabila melihat Maryam tiba -tiba sahaja rebah tidak sedarkan diri.segera dia mencapai tudung Maryam dan kunci kereta.Tubuh Maryam dicempung.muka Maryam pucat.pedal minyak ditekan laju.

Tubuh Maryam sudah hilang dari pandangan matanya.Maryam sudah dibawa masuk ke dalam wad kecemasan.hatinya resah
Dia menelefon Datin Maria.

"Ibu,tolong Angah.Maryam ."terjeda sebentar Rayyan.

"Kenapa dengan Maryam Rayyan Amsyar"suara Datin Maria turut cemas.

"Angah ada di hospital sekarang.ibu tolong Angah"rayu Rayyan.dia cuba tidak dapat berfikir dengan waras.hatinya terlampau risau.suri hatinya di dalam wad sekarang.macam mana keadaannya!

"Tunggu ibu.nanti ibu ke sana"kata Datin Maria.Rayyan kemudian duduk di ruang menunggu.rambutnya diraup ke belakang.

Setengah jam kemudian,kelihatan Datin Maria,Dato Khalid dan Rezlin berjalan menghampirinya.

Dato Khalid memeluk bahu anaknya.menenangkan Rayyan.Rayyan menceritakan kejadian yang berlaku kepada Maryam tadi.

Mengucap panjang Dato Khalid dan Datin Maria mendengarnya.tidak sangka besan mereka sangat kejam .walaupun dengan anak kandung mereka sendiri.Rezlin pula tergeleng-geleng.

Dia tahu sikap keluarga Maryam kerana semalam dia terserempak dengan Mikail.

Imbasan

"Hai pretty.sorang saja ke?"sapa mikail.ketika itu Rezlin sedang makan.

"Hai,I rasa macam pernah tengok muka you."kata Rezlin.muka mikail iras Maryam.takkanlah.

"Yup,I abang Maryam.kakak ipar you"kata Mikail.suaranya seakan sinis menyebut nama adiknya itu.Rezlin curiga.

"Kenapa you macam tak suka adik you sendiri?". Tanya Rezlin.Mikail ketawa.dia senang berbual dengan Rezlin.

"Dia perempuan sial.selalu menyusahkan keluarga I.semua keluarga I tak suka dia puncanya I sendiri pon tak tahu.I pon bukanlah benci sangat.gitu-gitu aje"kata Mikail selamba.Rezlin terkejut.

"I rancang perkahwinan abang you dengan adik I.Keluarga I decided nak jual dia dekat Abang you.demi duit semata-mata.I kadang-kadang terfikir bagus jugak cadangan I dulu sebab tak adelah adik I selalu kena marah,hina dengan keluarga I sendiri."sambung Mikail lagi.Rezlin faham kini mengapa hubungan suami isteri abangnya seperti ada rahsia di sebaliknya.

"You tak rasa bersalah ke?"tanya Rezlin.Mikail ketawa.

"Kenapa perlu I rasa bersalah sedangkan I buat untuk kebaikan adik I sendiri.lagipon  keluarga hanya mementingkan duit.asalkan ada duit,mereka sanggup gadai nyawa sendiri."Mikail mengeluh.sebab itu jugalah dia jarang pulang ke rumah agam keluarganya.

"Dah lah. I balik dulu.dah lewat"kata Rezlin.mereka sempat bertukar-tukar nombor telefon.Rezlin mengambil jalan positif tentang Mikail.manusiabkan berubah-ubah.

Imbasan Tamat.

"Isteri Encik mengalami Stress yang terlampau.perkara ini amat berisiko kepada Puan Maryam.dia mungkin akan cepat dapat penyakit apabila stess yang terlampau.saya harap perkara ini dapat dicegah.Encik sebagai suami harus cuba menghilangkan perkara yang membelenggu fikirannya sekarang.kami terpaksa tahan Puan Maryam untuk beberapa hari.saya minta diri dulu."kata Doktor yang bertugas.Rayyan sudah mengeluh lega.sekarang tugasnya ialah menjaga isterinya dengan baik.

Dato Khalid dan Datin Maria beransur pulang setelah dipaksa oleh Rayyan.dia tidak mahu ibu bapanya letih.Rezlin juga disuruh pulang bersama Dato Khalid dan Datin Maria.pelbagai pesanan diberikan kepada Rayyan sebelum mereka pulang.

Sila vote dan komen
Salam sayang
Hafizah Syahirah

Cinta MARYAM HANANIAWhere stories live. Discover now