Bab Sembilanpuluhsatu .

914 51 6
                                    

Setelah beberapa jam perjalanan menempuh pelbagai cabaran . Heh ayat macam nak pergi berperang je . Eh berperang ke ? Whateverlah , akhirnya mereka sampai juga ke destinasi yang di tuju oleh mereka semua .

Setelah memberitahu kemasukkan mereka kepada penjaga pusat rekreasi ini , mereka memarkingkan kereta di tempat parkir perkhemahan mereka .

PrincessSquad terus keluar dari kereta masing masing . Muka excited semestinya . Mereka menghirup udara segar yang berada di sekeliling mereka .

" Wahhhhh bestnyaaaaa . ~~~ "

PrinceSquad hanya mengeleng kepala melihat teletah mereka .

" Heyy angkat barang ni . Kejap lagi nak pasang khemah . " Kata Izham menarik perhatian gadis gadis itu .

" Alaa koranglah angkat . Kitaorang nak menikmati keindahan ciptaan Allah ni . " Balas Idayu . Sememangnya minah ni kurang bercakap . Dalam mulut ada emas agaknya .

" Ish yelah nasib baik kitaorang sado tau . " Balas Haiqal mendapat sambutan PrinceSquad .

PrincessSquad membuat muka loya . Nak termuntah pulak dengarnya .

PrinceSquad memungah keluar barang barang dari kereta masing masing . Beg pakaian , khemah , barang masakkan , pemanggang BBQ , tikar dan lain lain barang yang mereka bawa dari rumah tadi .

PrincessSquad pula sibuk berselfie mengunakan telefon masing masing . Bermacam macam gaya mereka buat untuk berselfie . Poker face duck face muka hodoh muka cantik muka comel muka mafia muncung ikan muncung beruang semua ada .

" Hey wahai Tuan Puteri sekalian , mari sini kita memasang khemah ya . Jangan asyik nak berselfie je . Kalau cantik tak apalah juga , ini muka macam tenuk jee buat apa . " Berdesing plus berasap telinga PrincessSquad mendengar kata kata Alif .

Kurang ajar . Mamat ni memang teringin sangat nak makan selipar jepun aku cap jamban tandas awam tepi sungai tu gamaknya . Bisik hati PrincessSquad .

PrinceSquad yang lain menahan ketawa . Kalau ketawa depan depan kang mahu nyawanya tamat kat sini kejap lagi . Berhantu kang kawasan perkhemahan ini .

" Girls , korang pasang khemah korang okay ? Kitaorang pasang khemah kitaorang . " Kata Harriz .

PrincessSquad tercengang . Whattt ?!

" Alaaaa pasangkanlahhhhh . " Pekik PrincessSquad . Beberapa pasang mata mengunjung yang berdekatan memandang ke arah mereka . 

" Pasanglah sendiri kan tempat tidur korang . " Jawab Farriz .

" Baee , u pasangkanlah untuk i . I kan tengah pregnant anak u ni . " Aleya memeluk lengan suaminya .

" Hm yelah yelah . " Khiril segera mencapai khemah isterinya dan dia memasangkan khemah tersebut .

Aleya melompat riang sambil bertepuk tangan . Ni yang sayang Khiril lebih ni !

PrincessSquad memandang ke arah suami masing masing kecuali Wawa , B , Atul , Fara dan Aina . Mereka mengangkat bahu . Habislah lepas ni drama swasta mula .

" Sayanggggg , help meeee ! " PrincessSquad Mummy segera terjah ke arah suami mereka .

Aina , Fara , Atul , B dan Wawa hanya memerhati sebelum Wawa mencuit bahu Aina mengajak menolong Khiril memasang khemah . Al maklumlah mereka akan tidur satu khemah dengan Aleya so terima kasih Khiril sebab membantu .

###

Malam .

Hari sudah berganjak ke malam . PrinceSquad duduk di sekeliling bara api sementara menunggu PrincessSquad menyediakan makan malam dan menunggu daging BBQ mereka masak . Sesekali Rayyan menjengah ke arah pemanggang untuk memastikan daging tidak hangus .

Cinta Si Kembar . Where stories live. Discover now