Bab Duabelas .

1.1K 67 3
                                    

" Rumah siapa ni weh ? " Bisik Raykal perlahan pada kedua dua abangnya . Dia berada di tengah tengah di antara mereka bertiga . Mentang mentang adik .

Rayyan mengangkat bahu tanda tak tahu . Rayziq hanya diam , malas mahu layan .

Raykal menjuihkan bibir . Ceyh action aku tanya tak nak jawab . Eyy . Baik aku tanya omma and appa . Kutuk Raykal dalam hati .

" Omma appa , rumah siapa ni ? " Tanya Raykal . Dia berjalan di tengah tengah ibu dan ayahnya pulak . Menyelit , main masuk je .

Mereka meletakkan kereta di luar garaj rumah kerana takut tak muat pulak kalau di letakkan di dalam garaj . Menganggu nanti . Jadi , terpaksalah mereka berjalan kaki sedikit . Lagi pun banyak kereta yang telah di letakkan di sekeliling rumah banglo itu . Saudara mara mereka mungkin .

" Bakal mama dan papa mertua kamu bertiga . " Haa amek kau jawapan Puan Rayna membuatkan Raykal tercengang . Perjalanannya terberhenti . Ternganga pulak tu mulut dia !

" Hey yang kau berhenti tengah jalan ni pahal ? " Rayziq menolak Raykal ke depan . Sakit hidungnya kerana berlanggar dengan belakang kepala Raykal . Dia mengosok batang hidungnya .

" Kau dah kenapa tiba tiba berhenti ni ? " Tanya Rayyan . Dia juga berhenti bersama sama adik dan abangnya yang sedang ' bermesyuarat ' itu . Omma dan appa di biarkan berlalu masuk .

" Tadi .. aku tanya omma , rumah siapa ni ? Nak tahu omma jawab apa ? " Rayyan mengangkat kening .

" Omma kata ini rumah bakal mertua kita . " Jawab Raykal blur .

" Hahh ?! " Rayyan dan Rayziq terkejut . Terbeliak mata mereka berdua .

###

Lapan orang gadis mendaki tangga untuk naik ke bilik si kembar . Gedebuk gedebak . Mahu menterjah bilik kembar itu untuk mengejutkan alien yang di katakan mengantuk teramat sangat .

" Hoi ! " Jerit gadis gadis itu .

Fara yang baru melelapkan mata tiba tiba tergolek jatuh ke bawah katil . Terkejut !

" Woi ! Korang ni apahal ?! Datang datang main terjah bilik orang lepastu dengan tak ada salamnya apa semua . " Marah Fara . Dia bangun sambil mengosok pinggulnya yang sakit . Gila kau tak sakit , paling paling sengal je tau !

" Heeee sorrylaa , babe . Tadi kitaorang cari kau keliling rumah kat dapur kat ruang tamu kat dalam mesin basuh dalam swimming pool dalam singki dalam ka- " Fara menyampuk tanpa sempat Ezzah menghabiskan ayatnya .

" Kau nak menipu tak agak agak . Kau pikir aku chim chim nak menyorok dalam mesin basuh , dalam kabinet apa semua tu ha ? Kalau Chim Chim menyorok kat dalam tu pon dah kena pelangkung dengan mama kau tahu tak ? " Fara bercekak pinggang . Haa dah macam Ibu Mertuaku dah . HAHA .

" Maaf maaf kami bergurau saja . " Kata Ezzah .

" Bukan kami tapi kau seorang je ! " Balas Zaino . Ezzah menjeling . Uh .

Fara ternampak Aleya yang terjengah jengah di belakang kawan kawannya .

" Leya !! I miss you ! Bila balik ? " Tiba tiba segar pulak si Fara ni . Dia berlari ke arah Aleya . Haa mulalah drama sesi jejak kasih antara Aleya bersama Zaffara di tengah bilik tidur .

" Yaa babe . Semalam . Huhu . Terkejut tak aku datang ? Ada kenduri tak nak jemput aku , nasib B jemput tau . Kalau tak , habis aku mati rindukan kau . " Balas Aleya . Ayat tak boleh blah . Eah nak muntah ijolah weh . Need baldi please !

" Awww . Engkau nii . Aih . Sorryla aku lupa . Uhuk uhuk . Mianhae , Darling . "

" Eah mana Wawa ? " Tegur Fatin . Dia memandang Fara . Ingat meleraikan sesi jejak kasih itu sebelum mereka semua termuntah mendengar ayat yang lagi teruk keluar .

Cinta Si Kembar . Where stories live. Discover now