Tarik perhatian

135 4 0
                                    

"Bos! Ni saya buat donut. Makan lah ye"
"Bos! Nah mihun goreng"
"Bos! Sedap tak cheesetart saya?"

Okey! Boleh dikatekan setiap hari Arlisa berikan Razif makanan. Kalau tak beri makanan, dia akan ajak Razif makan bersama.

Semua masalah Arlisa, dia cerita pada Razif. Razif apa kurangnya menjadi teman pendengar. Ada sahaja masalah yang direka untuk mendapat perhatian Razif.

"Dah Arlisa. Jangan menangis. I percaya you. Jangan dengar la ape orang kata. Tak bawak ape ape benefit pon"

"Thanks Izz sebab percaya I. Untung Sara dapat you. Jaga Sara elok elok ye"

"I will. Okey dah jangan nangis. Jom pergi jalan jalan? Biar you happy. At least ada la juga mood happy you untuk bekerja"

"Okey jum"

Begitulah setiap minggu. Razif akan membawa Arlisa bershopping di pusat membeli belah tanpa pengetahuan Sara.

**
"Sara!! Oo Saraa!!"

"Okey kalau dah Areeq yang panggil. Mesti dia nak suruh aku handle projek dia. " Sara merungut.

"Sara! You boleh handlekan rumah Tuan Ghani?"

Dah agak dah dia nii.

"Ha alang alang aku bosan ni. Ha boleh je. Bak sini alamat. "

Sehelai kertas bertukar tangan. Sara segera ke tempat yang dia harus bekerja.

"Assamualaikum!" Sara memberi salam.

"Waalaikumussalam" seorang lelaki tua membuka pintu.

"Er tuan Ghani ye?"

"Ha ye saya. "

"Saya Sara Irdina, Interior designer yang dihantar untuk deco rumah tuan"

"Okey take a look."

Sedang dia meneliti setiap sudut rumah yang dia diamanahkan untuk deco. Bahu Sara terlanggar dengan lengan seorang lelaki. Lampai.

"Sss..sorry" Sara mendongak.

"Eh! Sara Irdina kan?"

"Eh Fad!!! Lama tak jumpe kau do"

"Kau yang lupa aku eleh" Fadhly bernada merajuk.

"Ehehe sorry la. Aku lost contact kejap. Lol"

Sedang dia berbual dengan Fadhly. Tiba-tiba Tuan Ghani menegur.

"Eh dah kenal ke? Uncle baru nak kenalkan" 

"Kawan lama time university pa" Fad memberi respon

"Oh elok la kalau macam tu. Nanti papa nak outstation. Papa tinggalkan rumah ni dekat kau tau Fad. Ha nanti kau tengok tengokkan hasil kerja Sara ni ye"

"Aip aip kapten" Sara menjawab serentak dengan Fadhly.

Tuan Ghani terus keluar dari rumah.

"So how's your life?" Fad memulakan perbualan bersama kawan yang sudah lama terputus hubungan.

"Aku interior designer and dah kahwin last year"

Muka Fad agak terkejut bila Sara menyatakan yang dia sudah berkahwin. Well, awal lagi kut kalau dia nak kahwin.

"Wow! Amazing. Mana anak? Haha"

"Bengong ah kau. Btw mana kau menghilang do"

"Rindu cakap ah hahah. Aku sambung dekat Italy. Tu pon last minute approve"

"Oh patut makin hips. Calon Italy takde? Haha"

"Bengong" macam mana aku nak bawa balik calon Italy kalau hati aku ni kau dah bawa bersama kau.  Fadhly menghembus nafas berat.

Seusai sahaja meneliti apa yang hendak di deco, Sara terus meminta izin untuk balik.
Hati Sara gembira sebab dapat bertemu dengan partner in crime dia masa zaman sekolah menengah dan masih bersama di university semester 1.

SARAZIF  ✔️Where stories live. Discover now