Coklat

197 10 0
                                    




Pejam celik pejam celik, Sara sudah balik ke Malaysia. Hanya Allah sahaja tahu betapa gembiranya hati Puan Habibah apabila anaknya yang sekian lama tertutup hati sebab lelaki, dapat menerima pertunangan yang diatur oleh Puan Habibah sendiri.

Balik sahaja di Malaysia, Sara mendapat tahu hari perkahwinannya adalah dalam minggu ini. Terima je lahh dengan hati yang redha Saraa..

_____

Terasa lama pulak bila duduk and tunggu hari nak nikah. eh Sara tunggu hari akad nikah? hoho

Sara melihat instagramnya dan mula terasa muak. Baru sahaja nak tekan button home, ada satu paparan menyatakan ada chocolate festival di adakan sekitar Kuala Lumpur.

Ya! satu fakta pasal Sara, dia hantu coklat. tapi badan still maintain.

dia terus membuka application Whats'up dia dan mencari nama Fina

IrdinaQaisara : Beb!! I have such a great news!!!

FinaSakai : Ha ?? apa?? apa? Kau dah tahu tunang kau ke weyy?!! Handsome tak?

IrdinaQaisara : Ke situ pulak dia ni. Tak jadi ahh nak cite huh!

FinaSakai : Hahaha kau pikir aku ada kuasa nak pujuk? Kau nak bagitahu apa ?

IrdinaQaisara : aduhh lupa la apa aku nak share. Kau ah ni

FinaSakai : Ah kau!

IrdinaQaisara : Ni weyy ni ni aku dah ingat!!!! ada chocolate festival dekat area KL weyy jom weyy ada Syamsul Yusoff!!!!

FinaSakai : Serious ahhh?!!! Asal tak bagitahu aku awal-awal? Jom cepat siap. aku amik kau

**

Sampai saja di chocolate festival, masing-masing tak sabar. Sara tak sabar nak borong chocolate, Fina tak sabar nak selfie dengan Syamsul Yusoff.

Baru saja mereka jejak di pintu masuk. Semua berkerumun seperti jumpa ahli Running Man pun ada jugak. Dengan Fina sekali turut serta sibuk berkerumun di situ. Oh lupa ada Syamsul Yusoff.

Sedang badannya dihimpit dengan fans Syamsul Yusoff, mata Sara melilau mencari sesuatu..

"Ahaa!! dah jumpaaa!! Hershey ku sayanggg, tunggu Sara yee." kata Sara sambil bersinar-sinar matanya.Lah cari coklat kesayangan dia rupanya.

Dia terus menarik lengan Fina sehingga di tempat Hershey

"Fina! Fina ni la yang aku cari weyyyy!! Hersheyy yuhuu"

Baru saja dia ingin memeluk erat lengan Fina, dia terdengar orang berdeham kasar. Jantung Sara seakan nak terkeluar . Perlahan-lahan dia mendongakkan kepala nya.

"Maaf, em salah orang ni" lelaki itu berkata dengan suara yang agak garau

Sara menayangkan barisan giginya.

" Rasanya dah boleh dah lepas tangan tu"

Merah muka Sara bak tomato bila dia perasan yang tangannya masih berpaut pada lengan lelaki itu.Dia pandang sekeliling. Dari jauh dia perasaan  Fina sedang mentertawakan dirinya. Sempat Fina memberi senyuman yang membawa erti 'KauTarikSapeTuHahaha' . Senyuman Fina di balas dengan jelingan 'SiapKauNanti'

"Berapa kali kau nak peluk aku ha Sara?"

Diamati betul-betul Sara muka lelaki itu sampai kecil matanya.

"Izz eh??"

"Iye la! Ni kali kedua dah kau pegang lengan aku. First time dekat Rome, time kau hampir tersandung pili bomba. And now sebab kau teruja tengok coklat. Apa kau fikir aku suami kau ha?!"

"Disgusting kayy" Sara jujur

"Bak number phone kau biar aku ingatkan kau banyak kali jangan pegang orang yang bukan muhrim"

"errr, k fine!! bak phone"

____________________________

Hati Razif seperti berada di taman lepas terserempak dengan Sara seperti yang dia inginkan sewaktu di Rome.Peraannya terasa seperti dulu semasa dia menyimpan hati untuk Arlisa.

Telefon bimbitnya dicapai. Terkeluar nama Sara ni 'contact' dia. Tersenyum dia apabila  Sara save nombor di telefonnya dengan nama 'SaraBukanMuhrim'

'Kadang-kadang comel jugak tengok Sara ni hahaha'

Razif tekan button home di telefon bimbitnya, terpampang di wallpapernya "ESOK AKAD NIKAH"

Terus jantungnya terasa berdetak dengan laju. Fuh dah boleh buat cover video lagu Ayda Jebat ni. K yang ni gurau.

"Esok aku nikah. Agaknya apa la jadi dekat rumah tangga aku nanti." Razif meraup kasar rambut nya.

Serabut fikirannya apabila memikirkan yang Arlisa bakal menjadi peneman hidupnya.

________________________

Khusyuk betul Sara menonton cerita Iron-Man2. Mana taknya, hero pujaan hati tu. Siap bawak kerepek depan TV. Dah macam wayang dah ruang tamu nya.

"Amboi Sara, syok sangat dengan Iron-Man dia tu" tegur Puan Habibah sambil melabuhkan punggungnya di sofa. Manakala Sara duduk bersila sambil memeluk bantal berbentuk Iron-Man

"Ma, jangan kacau Sara date dengan Iron-Man Sara pleasee"

"Dah nak jadi isteri orang pun minat Iron-Man lagi"

Diam. Sara langsung tidak endah dengan kata-kata ibunya. Puan Habibah hanya dapat menggelengkan kepalanya.

Bukan dia tak tahu, Sara bukan mengamati filem itu, tapi dia hanya usya Tony Stark sahaja.

"Saraaaa~~" panggil Puan Habibah berlagu

"Iye ma" kini Sara menoleh kearah ibunya.

"Sungguh ke taknak tahu sikitt pun tentang tunang Sara?"

"Taknak" terus dia mengalihkan pandangannya ke arah TV semula

"Sikit pun tak nak?"

No response.

"Nama dia Zif" penat Puan Habibah melayan karenah anaknya, dia terus berlalu masuk ke bilik untuk menunaikan solat Isya'

"Huh. Esok nak nikah, harini baru nak bagitahu? haiih mama ni. Nanti masa akad nikah, pandailah Sara pasang telinga bila tok kadi sebut nama dia. Zif? Ah! Asal bukan Izz pun aku dah syukur. " kata Sara perlahan. Matanya tak lepas melihat hero pujaannya, Iron-Man

SARAZIF  ✔️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon