Rome

188 11 1
                                    




"Alhamdulilah dah sampai" Sara menghempaskan badannya di katil yang empuk.

Hilang sedikit sakit-sakit badan apabila berapa jam lamanya duduk dekat pesawat dengan orang belakang yang err annoying

Disebabkan Sara check in di hotel pada lewat petang , dia hanya ingin baring sampai pagi

"Alaa aku ada seminggu. Banyak masa nak ronda-ronda Rome hewhew"

Guling ke kanan.

Guling ke kiri.

Guling ke kanan.

Akhirnya Sara lelap.

____

"Sara ni dah sampai ke belum ni? kenapa tak call ni haih"

Puan Habibah gelisah kerana Sara tidak menefonnya

"Kan dah pesan, sampai je terus call. haih lupa la ni "

Ke hulu ke hilir dibuatnya. tak tenang hati.

"Kalau tahu jadi macam ni, aku sorokkan passport dia biar dia takyah pergi"

___

9.30 malam waktu di Rome

"Laparnya!! Hm"

Sara terbangun apabila perutnya kosong. Dia pergi ke tingkap untuk melihat keindahan bandar Rome

Tergamam dia melihat keindahan ciptaan Tuhan. Mulutnya memuji kekuasaan Tuhan

"Ehh ada cafe la kat sana. Sight-seeing pon cantik dari sana, rasanya boleh dah buat feed dekat instagram huhu" terus dia menyarung tudung dan mengunci bilik

Jarak cafe tersebut dengan hotel Sara tidak jauh. Jadi, Sara mengambil keputusan untuk jalan kaki untuk ke sana.

Sampai sahaja di meja yang ingin dia duduk, dia memanggil seorang waiter yang bekerja di cafe tersebut,

"May I have an orange juice, please? and special pizza"


Tidak sampai beberapa minit, waiter yang mengambil order Sara menuju ke arah Sara dengan membawa segelas orange juice

"Yes? " tanya Sara sambil tersenyum

"Sorry ma'am , this place was reserving to them" sambil menunjukkan arah para pelakon yang khusyuk membaca skrip

"You may sit there" sambung waiter itu sambil menunjukkan satu meja yang tidak jauh dari meja yang sedang Sara duduk

"Okey then" Sara menuju ke tempat yang telah diarahkan. lagipun pemandangan dekat situ cantik jugak. Ikutkan je la Sara, kau pun tengah lapar

***

Satu kali.

Dua kali.

sedikit demi sedikit Sara menghirup air oren jus nya sambil menunggu pizza yang di pesan sampai di meja Sara.

"Lamanyaa pizza ni! aku dah la tengah lapar" rengus Sara sambil menghirup air. Kali ni dia minum sampai penuh mulut. kembung pipinya yang gebu.

Belum sempat dia menelan air,

BUSHHH!!

tersembur air oren yang dalam mulut Sara

sebab apa? Sebab ada lelaki tiba-tiba duduk semeja dengan dia

Habis basahh baju lelaki tu.

"Woii ape ni!!" jerit lelaki itu

"Ka..kau la kenapa " tergamam Sara apabila melihat lelaki itu.

'kenapa asyik jumpa dengan laki ni lagi urghh!! bala dah sampaii' desis hati Sara

"Kau la pehal sembur air dekat aku!"

"Ka..kau pahal duduk semeja dengan aku!"

Tiba-tiba seorang waiter datang,

"Sorry sir, ma'am. Both of you must share this table for a while"

"WHATT THEEE!!!" jerit mereka serentak

***

Nak tak nak duduk la diaorang berdua. Sorang hirup air oren Sorang lagi entah air apa entah dia minum.Malas Sara nak ambil tahu

masing-masing jeling sesama lain

"Here your pizza " Waiter itu menghidangkan pizza di hadapan Sara dan lelaki tersebut dengan muka yang gembira.

'Time ada mamat ni la kau nak here your pizza. time mamat ni tak muncul, taknak pulak kau cakap here your pizza' geram Sara.

Seminit

Dua minit.

'Ahhh makan je ah.. buat apa nak control ayu depan mamat ni. Dah la perut aku dan buka kelas muzik grr' Sara merungut

Sekeping demi sekeping pizza tu habis dilanyak dengan Sara. Setelah habis lebih kurang 3/5 keping pizza, dia menjeling ke arah lelaki tersebut.

naik tersedak Sara dibuatnya, kerana lelaki tersebut asyik menelan airliur je . La sian pulak aku tengok mamat ni

"Oi kau nak ke?"

"Boleh ke?" tanya lelaki itu denagn tersengih

"Hamik je la. nak malu-malu ayam kenapa"

Baru je dipelawa, habis pizza yang ditingalkan Sara dimakan oleh lelaki tu. kebulur rupenya.

"Kau habiskan lah, aku bayar pizza aku dulu." Baru saja Sara ingin membayar di kaunter, ditolehnya lelaki itu, dia memberikan 'tips' kepada waiter dan terus berlalu.

***

SARAZIF  ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang