"Aku dah sewa kereta untuk kau. Kunci kereta dekat atas meja makan. Nanti senang kau nak ulang-alik ke rumah." Kata Izzat tanpa menjawab salamku.

"Ha? Saya tak dengarlah abang. Abang dekat mana ni?" Tanya ku kerana aku tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang Izzat katakan.

"Kunci kereta atas meja makan!" Marahnya dan panggilan tiba-tiba dimatikan.

Aku memandang telefon bimbitku.

"Izzat ke mana?" Soalku pelik.

Ketika Izzat berkata sesuatu kepadaku, aku terdengar muzik yang terlalu kuat dan bunyi bising di tempatnya. Ini menimbulkan rasa ingin tahu terhadap Izzat.

----SKIP----

"Baiklah dah sampai." Kataku kepada Iskandar sambil membuka tali pinggang kaledarku.

"Mama, kita dekat mana?" Tanya Iskandar pelik kerana aku berhenti di sebuah rumah yang penuh dengan corak binatang dan bunga pada dinding.

"Ini pusat penjagaan kanak-kanak." Kata ku.

"Is taknak mama. Is ada buat salah ke?"

"Is takde buat salah. Maafkan mama Is. Mama ada kerja jadi mama terpaksa letakkan Is dekat sini. Petang nanti mama ambil Is. Tak lama, sekejap je mama pergi." Terangku.

"Emm baiklah."

Iskandar menunjukkan wajah yang masam kepada aku.

"Muka tuu, mama tak suka. Senyum sikit." Aku menunjukkan senyumanku kepada Iskandar.

"Jom keluar. Cikgu dah tunggu Is dah. Tak elok buat cikgu tertunggu." Sambungku lagi.

Aku dan Iskandar keluar dari perut kereta lalu aku memegang tangan Iskandar untuk dibawa berjumpa dengan Puan Alisha.

Puan Alisha merupakan orang Malaysia. Dia telah membuka pusat penjagaan kanak-kanak di Korea untuk menjaga kanak-kanak sementara ibu bapa sedang bekerja. Dia juga fasih berbahasa korea malah telah berkahwin dengan orang di negara ini jadi tiada masalah baginya untuk berkomunikasi dengan orang lain.

"Assalamualaikum Pn Alisha."

Aku memberikan senyuman kepadanya.

"Waalaikumussalam. Ouhh inilah Iskandar." Kata Pn Alisha.

"Ye inilah. Saya harap Pn Alisha boleh bantu jagakan anak saya. Maafkan saya sebab menyusahkan puan."

"Tidak mengapa. Itu sudah jadi tanggungjawab saya menjaga kanak-kanak di sini." Balas Pn Alisha.

"Baiklah." Kataku.

Kemudian, aku memandang ke arah Iskandar lalu badanku diturunkan untuk bercakap dengannya.

"Is, dengar kata cikgu. Jangan nakal-nakal. Ingat, jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali selain daripada Pn Alisha. Faham?" Tegasku.

Iskandar mengangguk perlahan. Aku memandang riak wajahnya. Masam mencuka. Terasa berat meninggalkannya walaupun sementara waktu. Aku mencium dahi iskandar sebelum aku pergi bekerja.
.
.
.

Big Hit Entertaiment

Aku berdiri di hadapan pintu utama sambil memegang fail yang mengandungi beberapa helaian kertas kerja. Kaki ku seperti tidak mahu untuk memasuki syarikat itu dalam kata lain kaku.

Tiba-tiba seorang staf syarikat Big Hit menyentuh bahuku. Bahuku terangkat akibat terkejut. Aku memandangnya.

"Annyeonghaseyo. Jeoneun Nadz imnida. I'm from Malaysia." Aku memperkenalkan diri.

"Nae. Annyeonghaseyo. What are you doing here?"

"I want to meet Bang Shi Hyuk." Kataku.

"Do you have an appointment with him?"

"Yes of course." Aku menunjukkan surat yang dihantar oleh syarikat ini.

"You can follow me." Jemputnya.

Aku mengganguk lalu aku mengikuti dia. Berbagai soalan dia tuju kepadaku. Terlalu berhati-hati mungkin risau aku ini seorang penjenayah tidak pun dia fikir aku ini sasaeng fan yang ingin mengendap Bangtan Boys. Tidak kuasa aku berbuat seperti itu. Banyak lagi benda lain kena buat.

Kakinya diberhentikan di hadapan sebuah bilik. Aku juga turut berhenti lalu mataku memandang pintu itu. Aku membaca plat yang ditulis 'Meeting Room'. Aku dijemput masuk dan punggungku dilabuhkan.

Tiba-tiba Bang Shi Hyuk masuk ke bilik tersebut. Dengan pantas aku berdiri lalu aku menundukkan badanku ke bawah sedikit sebagai tanda hormat. Kami berdua pun melabuhkan punggung.

"I thought you were man because last time I heard man's voice on the phone." Katanya dalam nada ketawa.

"The man is my husband, Izzat and I'm Nadz."

"Okayy. So let's continue with our project. I want you to build a large space to be used as a dance hall." Terangnya.

Aku mencatit segala apa yang dia mahukan untuk syarikat ini. Setelah beberapa jam kami berbincang tentang pembinaan dewan tarian tiba-tiba aku terdengar bunyi bising di luar seperti orang sedang menyanyi dan berborak. Pandangan ku belakang.

"Namjoon!" Panggil Bang Shi Hyuk secara tiba-tiba.

Pandanganku ke depan semula. Jadi yang bunyi bising di luar adalah mereka? Argh! Habislah aku.

Pintu dibuka hanya mukanya sahaja ditunjukkan.

"Waeyo?"

"Jungkook. Mana Namjoon?" Tanya Encik Bang.

Mataku dipejam sebentar. Mendengar namanya sahaja sudah buat aku gementar. Aku mengenggam tanganku erat. Pandanganku pula ke bawah.

"Namjoon hyung ke tandas." Balas Jungkook.

"Mahu ke mana?" Soalnya lagi.

"Practice."

"Eloklah tu. Jungkook tunjukkan dewan tarian kepada Na----"

Kata-katanya pantas aku potong.

"It's okay. I can do it myself." Aku mengelat.

Jungkook memandangku pelik daripada belakang.

Bersambung...

First Love with Malaysian People 2Where stories live. Discover now