Part 3

2.1K 158 68
                                    

Surat itu aku campakkan.

"Saya tak nak uruskan!" Aku membantah.

Izzat memandang aku tajam.

"Kenapa saya perlu uruskan? Ini bukan kerja saya. Abang yang sepatutnya uruskan."

"Sebab kau isteri aku."

"Isteri? Isteri tak sepatutnya uruskan hal kerja suami. Seorang isteri hanya melayan suami dengan baik."

"Aku tak kira apa tugas kau. Yang aku tahu esok kau kena pergi syarikat tu."

Izzat berdiri untuk mengambil surat yang berada di atas meja lalu dicampakkan kepada aku. Dia berjalan pergi.

"Kenapa abang tak nak uruskan? Bukan kerja ni ayah abang yang amanahkan kepada abang?"

Soalanku membuat Izzat berhenti.

"Suka hati akulah nak berikan tugasan ni kepada sesiapa. Kau diam dan ikut kata aku kalau kau tak nak anak kesayangan kau tu ucap selamat tinggal kepada mama kesayangannya." Ugut Izzat.

"Kauuu!" Aku menahan geram.

Izzat meluru ke arah ku lalu leherku dipegang kasar.

"Kau nak melawan aku?!"

Leher ku terasa perit akibat genggaman Izzat. Kepalaku digelengkan. Kemudian, tangannya dilepaskan.

"Bagus. Macam nilah abang sayang. Esok, siap-siap pergi jumpa mereka. Layan mereka dengan baik. Kau sebut je kau dari Syarikat Arkitek Double' II pasti mereka akan tahu." Kata Izzat tersenyum sambil mengusap rambutku perlahan.

"Abang, tolonglah saya betul-betul tak nak uruskan projek ni. Saya merayu. Saya akan buat apa sahaja asalkan saya tak uruskan kerja-kerja abang."

"Betul kau boleh buat apa sahaja?"

Aku mengangguk.

"Aku nak kau uruskan projek ni. Noktah!"

Izzat beredar meninggalkan aku sendirian di ruang tamu.

"Tak guna!" Aku berkata perlahan.

Apa aku perlu buat? Ikut atau ingkar? Argh! Apa yang kau perlu takutkan? Hanya kerja sahaja.

Aku membaca surat itu semula. Melihat perkataan 'BigHit' sudah membuat aku gemuruh.

"Iskandar?"

Aku menyebut nama anakku perlahan kerana teringat bahawa esok aku tiada di rumah. Kalau ditinggalkan bawah jagaan Izzat, memang tak boleh pakai. Lebih baik aku membawa Iskandar ke pusat penjagaan kanak-kanak. Itu lebih baik.
.
.
.

Subuh sudah berkumandang di telefonku. Aku pantas mengambil air wudhu lalu aku solat. Selepas itu, aku pergi ke bilik Izzat untuk mengejutnya pula.

Aku mengetuk pintu perlahan. Tiada sahutan. Jadi aku memutuskan untuk masuk ke biliknya. Suis lampu dibuka. Aku melihat Izzat tiada di atas katilnya.

"Izzat?" Aku memanggil namanya.

Kakiku berjalan ke arah bilik air lalu aku membuka pintu itu. Malangnya Izzat tiada di situ. Pelik. Ke mana dia pergi awal pagi ni?

Aku menutup pintu bilik itu lalu aku mengejut Iskandar bangun untuk bersiap-siap.

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering menandakan seseorang menelefon aku.

"Izzat?" Kataku perlahan selepas melihat nama yang tertera pada skrin telefon.

"Assalamualaikum abang."

First Love with Malaysian People 2Where stories live. Discover now