Part 2

1.8K 125 33
                                    

Aku dan Iskandar berjalan-jalan di sekitar taman sambil aku memegang tangan Iskandar.

Sementara mahu menunggu Izzat pulang dari kerja, lebih baik aku berjalan-jalan keluar mengambil udara segar. Daripada aku duduk goyang kaki.

"Mama." Iskandar memanggil aku.

"Ye nak. Kenapa?"

"Ma cintakan papa tak?" Tanya Iskandar secara tiba-tiba.

Aku memandangnya. Tidak sangka Is akan bertanya soalan begitu.

"Is nak aiskrim?" Tanyaku sambil menunjukkan aiskrim yang dijual dibawah pokok itu. Aku berbuat begitu kerana ingin mengelat soalan daripada anakku.

"Kalau mama tak cintakan papa, kenapa mama sanggup berkahwin dengan papa?" Tanya Iskandar lagi.

Aku tidak mengendahkan soalan anakku. Kakiku berjalan menuju ke tempat aiskrim itu dijual. Tiba-tiba Iskandar melepaskan tanganku dengan kasar.

"Mama dengar apa yang Is tanya jadi jawablah." Suara Is yang kecil itu tiba-tiba kedengaran marah. Aku terkejut dengan sikapnya.

Aku menghembuskan nafas perlahan-lahan. Kakiku berjalan ke arah Is lalu aku melutut dihadapanya sambil tanganku memegang bahu Is.

"Untuk melupakan masa lalu." Kata ku kepada Iskandar sambil melemparkan senyuman kepadanya.

"Ha? Masa lalu?" Soal Is pelik.

"Sudahlah Is. Sekarang Is dah dengar jawapan mama. Marilah balik. Nanti papa nak ambil kita." Aku berdiri semula lalu aku membawa Is pulang ke rumah.

Aku tidak mahu Is tahu semua masa lalu aku. Dia terlalu kecil untuk tahu semua itu. Aku terpaksa kahwin dengan calon pilihan ibu dan ayah aku kerana aku mahu melupakan dia daripada hidup aku. Aku masih ingat masa di lapangan terbang, kali terakhir aku berjumpa dengan dia dan juga buat kali pertama dia meluahkan perasaannya kepada aku. Tidak mungkin aku dapat menerimanya dalam hidup aku kerana sudah semestinya ibu dan ayah tetap tolak dia mentah-mentah. Daripada aku lukakan perasan dia lebih baik aku mendengar kata-kata ibu dan ayah aku. Itu lebih baik walaupun hati sendiri rasa terseksa dengan kehidupan sekarang.

Aku harap dengan perkahwinan ini, aku dapat lupakan dia tetapi malangnya tidak. Wajah dia sentiasa bermain dalam fikiranku. Suatu hari nanti, mesti aku dapat lupakan dia.

.
.
.
SKIP
.
.
.

Di rumah mak dan ayah Izzat.

"Assalamualaikum mak ayah." Aku memberi salam.

"Waalaikummusalam Nadz." Jawab mak dan ayah.

"Mana Is? Cucu kesayangan ayah." Tanya ayah.

"Ada tu, dengan Iz."

"Dah dah marilah masuk. Kita makan sama-sama." Pelawa mak mentuaku.

Aku menarik kerusi untuk Iskandar duduk. Kemudian, aku pula menarik kerusiku tiba-tiba Izzat memanggil aku.

"Sayang."

Aku memandangnya.

"Biar abang yang buatkan."

Izzat menarik kerusi lalu punggungku dilabuhkan.

"Alaa Izzat, sayang betul kamu dengan isteri kamu ye." Kata mak.

"Sayanglah mak. Isteri kesayangan ni." Jawab Izzat sambil memandang aku.

"Untung Nadz dapat suami yang baik."

Aku tersenyum tawar kepada mak Izzat. Rasa hidup ini penuh dengan kepura-puraan. Rasa tidak sanggup menipu kepada mereka. Takkan lah sampai aku tua aku patut menipu kepada semua orang. Suatu hari nanti pasti ibu bapa Izzat akan tahu perangai anak kesayangannya itu.
.
.
Usai sahaja kami semua makan malam. Kami semua pergi ke ruang tamu untuk pencuci mulut pula. Tiba-tiba ayah memulakan perbualan tersebut.

First Love with Malaysian People 2Donde viven las historias. Descúbrelo ahora