Bab 8

2.2K 103 8
                                    

"Terima kasih kepada semua rakyat dari setiap kerajaan kerana hadir ke majlis ini.Sebelum diteruskan,saya ialah Puteri Agnes dari The Majesty dan saya ingin memanggil semua rakyat The Majesty yang masih bersembunyi di antara kalian."

Rakyat-rakyat itu masih takut untuk keluar.Mereka tidak percaya.

"Jangan risau.Saya tahu kalian takut.Tapi,The Majesty telah mencapai satu perdamaian dengan semua kerajaan.Saya ialah gadis yang diramal oleh peramal.Gadis yang boleh membaca fikiran orang lain.Jadi,marilah keluar."

Rakyat-rakyat The Majesty melangkah keluar dari kesesakan itu.Agnes tersenyum melihat rakyat-rakyatnya.Dia memeluk mereka semua.Senyuman manis diberikan.

"Saya harap.Mereka dapat dilayan dengan baik.The Majesty adalah ketua bagi semua kerajaan sekarang.Kita semua adalah satu.Jadi,janganlah kerana sebuah ramalan... Kita semua saling bermusuh.Lihatlah sekarang... Ramalan itu sebenarnya baik."

Semua rakyat bersorak riang.Majlis selama tiga hari dilangsungkan dengan gembira.

***

4 bulan kemudian...

Pete berjalan menghampiri Agnes yang sedang berbual bersama Eve.

"Hai,Agnes."

Agnes memandang Pete dengan gembira.

"Hai,Pete!"

"Saya sebenarnya perlu pergi.Saya akan berkahwin tidak lama lagi."

"Tahniah,Pete!Untung betul awak dapat kahwin."

"Sebenarnya,saya ada sesuatu yang perlu diberitahu pada awak.Saya sebenarnya sudah lama sukakan awak.Sejak kali pertama awak masuk ke akademi ini.Malangnya,saya tahu.Saya tak mungkin dapat memiliki hati awak."

Agnes memandang Pete sayu.

"Pete,saya selesa berkawan dengan awak.Saya harap cinta awak dapat diberi sepenuhnya kepada isteri awak nanti.Kita masih boleh berkawan.Saya sudah anggap awak seperti abang saya sendiri.Jadi,jangan susah hati ya."

Bahu Pete ditepuk beberapa kali.Pete mengangguk lemah.Kemudian dia tersenyum tawar.Agnes kembali ceria.Dia mengajak Pete untuk turut sama bersembang namun Pete terpaksa pergi untuk mencuba pakaian pengantin.

***

Pete akhirnya berkahwin dengan Puteri dari kerajaan yang sama iaitu Puteri Sofia.Ruby pula sudah bersahabat baik dengan Agnes dan kawan-kawannya.

Mereka semua akhirnya hidup bahagia untuk selama-lamanya.

***

~~TAMAT~~

***

Princess Agnes And Her Lost Kingdom [COMPLETE]Where stories live. Discover now