Bab 6

1.9K 115 3
                                    

Ketibaan Agnes di istana Kerajaan Tumbuhan disambut gembira oleh Raja Eden dan Permaisuri Fia.Anak gadis tunggal mereka itu kelihatan sungguh menawan sekali dari jauh.Permaisuri Fia mendepakan tangannya untuk memeluk puterinya.

Namun,wajah Agnes jelas menunjukkan bahawa dia sedang marah.Walaupun perasaannya cuba dikawal,riak wajahnya tetap menunjukkan riak marah.Permaisuri Fia yang perasan tentang perubahan puterinya itu terus menyoal.

"Kamu sakit ke Agnes?" soal Permaisuri Fia prihatin.

"Kenapa semua orang tanya saya sama ada saya sakit atau tidak?Kenapa kalian tidak tanya,apa masalah yang menimpa kamu sebenarnya Agnes?Kenapa tidak tanya begitu?"

Permaisuri Fia terdiam kemudian dia tertunduk.Raja Eden yang merasai ketegangan itu pantas memegang tangan puterinya yang kelihatan marah itu.

"Apa yang mengganggu fikiran kamu Agnes?" soal Raja Eden pula.

"Siapa saya yang sebenarnya?"

"Apa maksud kamu?" celah Permaisuri Fia.

"Jangan buat-buat tidak faham.Siapa saya sebenarnya?"

Kelihatan di situ,Raja Eden sedang menarik nafas dalam.Profesor yang sedari tadi berdiri di sisi Agnes juga tertunduk.Permaisuri Fia masih terdiam seribu bahasa.

"Jadi,kamu sudah tahu?" soal Raja Eden.

"Lihat ! Saya sudah agak... Ada sesuatu yang mencurigakan tentang keluarga ini."

"Mari kita masuk ke bilik bacaan.Tidak elok kita bertekak tentang perkara ini di luar.Ia tampak tidak sopan.Mari Agnes." Raja Eden memimpin tangan puterinya masuk ke pintu istana.

Agnes hanya menuruti.Dia juga tahu adab sopan keluarga diraja.Walaupun dia marah,tidak akan pernah sekali dia menconteng arang kepada dua insan yang telah membesarkannya sehingga menjadi seorang puteri yang baik.

Setibanya di bilik bacaan diraja,Raja Eden mempersilakan mereka duduk.Di dalam bilik itu sekarang,terdapat Raja Eden,Permaisuri Fia,Puteri Agnes,Profesor dan Puan Tini yang sedang membersihkan rak-rak buku.

"Jadi,apa yang kamu mahu tahu?" soal Raja Eden jujur.

"Semuanya.Sebab mengapa saya tidak mempunyai kuasa dan apa sebenarnya saya ini?"

"Adakah itu yang kamu risaukan?Tentang kamu tanpa kuasa?Agnes sayang.... Bonda yakin,suatu hari nanti... Kuasa kamu pasti akan muncul juga."

Agnes tersenyum sinis.Oh bonda.... Jika itu merupakan masalahnya pasti lebih baik.Hidup tanpa kuasa itu juga menggembirakan.Bukannya segala benda di dunia ini memerlukan magis bukan?

"Bonda.... Saya berharap itulah masalah saya.Tapi... masalah saya merupakan sebaliknya.Lihat..."

Lilin yang tidak menyala di hadapannya yang tidak menyala itu dipandang kemudian dengan sekali kelipan,lilin itu menyala.Kemudian,dengan magis angin pula dia mengelipkan mata sekali lagi dan lilin itu terpadam.

"Profesor,bawakan saya satu pasu yang mempunyai biji benih."

Pasu itu dihulurkan.Kemudian,tangannya digerakkan di atas pasu dan pokok bunga mula menjalar keluar dari pasu itu.Bunga itu segar dan cantik.

Agnes kemudiannya mengambil cawan kosong dan dia meletakkan tangannya di atas cawan itu dan sekelip mata cawan itu sudah berisi air.Kemudiannya,dia meniup cawan itu dan air yang berada di dalamnya membeku.

Selesai sahaja 'pertunjukannya',dia memandang kembali bonda dan ayahandanya.Dia memberi satu wajah yang penuh tanda tanya.

"Apa semua ini?Mengapa saya ada semua kuasa ini?" soal Agnes.

"Jadi.... Kamu sudah memilikinya.Bonda kamu mula mengenal kuasanya ketika dia berusia dua puluh tiga tahun tapi kamu... Usia seawal ini...."

"Apa yang ayahandanya katakan ini?"

"Kami sebenarnya bukan ayahanda dan bonda kandung kamu.Kami hanya penjaga kamu yang telah diamanahkan untuk menjaga kamu seperti anak sendiri.Maafkan ayahanda kerana merahsiakan hal ini."

"Siapa keluarga saya yang sebenarnya?"

"Ayahanda kandung kamu ialah Raja Edmund dan bonda kandung kamu ialah Permaisuri Aidene.Raja Edmund ialah abang kepada ayahanda.Dia berkahwin dengan ibu kamu,iaitu puteri kerajaan The Majesty."

"The Majesty?!Kerajaan yang terhapus itu?!"

Raja Eden mengangguk lemah.Air mata mula berkumpul apabila kenangan lama tu diceritakan kembali.

"Kamu adalah waris diraja terakhir The Majesty."

"Macam mana The Majesty boleh terhapus?"

"Suatu ketika dahulu,kerajaan The Majesty langsung tiada masalah dengan kerajaan lain bahkan mereka semuanya berjiran dan bersahabat.Namun,satu hari ada seorang peramal memberitahu bahawa satu hari nanti akan ada seorang anak kelahiran The Majesty akan memerintah seluruh kerajaan.Peramal itu meramal bahawa orang itu akan memiliki kuasa membaca fikiran orang lain dan hanya dia sahaja yang ada kuasa itu.Jadi,disebabkan para raja takut hal itu berlaku... Mereka mengambil tindakan untuk bersepakat membunuh seluruh rakyat The Majesty.Tapi...."

"Bagaimana saya boleh terselamat?"

"Saya yang membawa tuanku." Puan Tini mencelah.

Agnes memandang Puan Tini dengan riak terkejut.Tidak dia sangka,wanita itu yang telah menyelamatkan nyawanya.Agnes pantas menarik lengan Puan Tini agar duduk disebelahnya.

"Jadi.... Puan Tini juga rakyat The Majesty?" teka Agnes.

Puan Tini mengangguk bagi menjawab persoalan Agnes.

"Ayahanda,saya tidak faham.Mengapa mereka membunuh bonda dan ayahanda saya?"

"Kerana sebuah ramalan... "

Agnes kelihatan sungguh marah.Dia sungguh tidak percaya.Mereka sanggup membunuh kerana sebuah ramalan.Mereka membunuh bonda dan ayahandaku.

Agnes berdiri dan tangannya menghentak meja.Wajahnya sungguh tegang.Dia memandang semua yang ada di dalam bilik bacaan itu.

"Ayahanda,dalam masa dua minggu.Sila minta para raja dan permaisuri datang ke mari.Saya ada hal yang perlu dibincangkan.Dan.... Pastikan mereka yang menjatuhkan arahan membunuh keluarga saya juga hadir.Perjumpaan akan diadakan di dewan.Saya minta diri dulu."

Agnes berjalan meninggalkan mereka yang berada di dalam bilik itu.Air matanya pantas menitis.Hatinya terkoyak.Tidak dia sangka,bonda dan ayahandanya mati dibunuh.Sungguh tidak dapat diterima!

***

Princess Agnes And Her Lost Kingdom [COMPLETE]Where stories live. Discover now