Bab 7

1.9K 116 14
                                    

2 minggu kemudian...

Agnes berdiri di tepi pintu masuk dewan.Dia memberikan senyuman manis kepada para raja dan permaisuri yang hadir ke majlis itu.Setelah semua tetamu masuk,Agnes pula melangkah masuk.

Dia kemudian berjalan menuju ke pentas kecil yang disediakan di hadapan.Langkah berhati-hati diambil.Dia kemudian memandang sekilas tetamu dihadapannya.Pelbagai jenis suara berada di fikirannya dek kerana dia boleh membaca fikiran.

Ada beberapa orang raja yang sibuk berfikir mengapa dia naik ke atas.Siapakah dia.Layakkah dia bercakap dengan pasra raja.Agnes hanya tersenyum sendiri.Dia akhirnya menghadap semua tetamunya dan memberikan senyuman manis sebelum memulakan bicara.

"Selamat Pagi.Saya ialah Puteri Agnes dari The Majesty."

Apabila ayatnya habis.Dewan sudah mula riuh.Tertanya-tanya adakah benar dia waris The Majesty.Agnes masih lagi tersenyum.Tiba-tiba,raja dari Kerajaan Ais bersuara.

"Apa bukti tuan puteri adalah dari The Majesty?"

Agne kemudian membekukan semua langsir didalam dewan itu.Kesemua mereka terdiam.

"Itu adalah salah satu buktinya.Benarkan saya berbicara... Ayahanda saya ialah Raja Edmund dari Kerajaan Tumbuhan dan dia berkahwin dengan bonda saya iaitu Permaisuri Aidene dari The Majesty.Mereka berdua terbunuh dalam pemberontakan yang direka oleh kalian.Dan berdirinya saya disini... ingin menuntut hak saya semula."

Ada beberapa orang raja sedang tergelak.Dengan marahnya,Agnes meniup angin yang kuat dan menyebabkan mereka semua hampir tercampak.Kemudian,mereka semua terdiam.

"Diam! Adakah penghapusan The Majesty menggembirakan kalian?! Adakah kematian keluarga saya membuat hidup kalian senang?!"

"Ya!" jawab Raja Kerajaan Api.

"Apa yang kau mampu buat wahai puteri kecil?Kerajaan kau sudah terhapus!" jerit raja itu pula.

Agnes turun dari pentas dan berjalan laju menuju ke arah raja itu.Setibanya di hadapan raja itu,tangan Agnes sudah penuh dengan bebola api.Pantas tangannya mencekik leher raja itu.

"Diam bila saya sedang berbicara.Jangan..... Menyampuk..." genggamannya dilepaskan.

Raja itu mengusap lehernya.

"Saya disini ingin membuat sebuah perjanjian dengan kalian.Dan sesiapa yang kalah,seperti biasa... Nyawa dibalas dengan nyawa.Saya ingin tahu sebenarnya... Siapa yang memulakan pemberontakan terhadap The Majesty?"

"Aku." Raja Kerajaan Api itu bersuara lagi.Wajahnya tiada riak gentar.

"Jadi... kau.Maafkan bahasa saya terkasar.Mengapa tuanku mengambil tindakan begitu?"

"Kerana ramalan itu!Dan kerana itu kerajaan itu perlu dihapuskan!"

Agnes tergelak kuat.Anak mata raja itu dipandang tajam.

"Ramalan itu.... Benar.Lihat,sayalah orang yang diramal itu.Sayalah yang boleh membaca fikiran kalian.Sayalah orang itu.Lihatlah kerana ketakutan kalian,rakyat yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam.Tanpa belas kasihan."

Mereka semua terkedu.

"Apa?Tuanku tidak percaya?Hahahahaha... Lihat... Saya boleh baca apa yang berada di minda tuanku..." Agnes tersenyum sinis.

"Saya akan lakukan sesuatu yang adil.Siapa yang mengaku diatas kesalahan lampaunya... Akan saya lepaskan.. Siapa yang berkata jujur juga akan saya lepaskan.Tapi,siapa yang cuba menipu saya.... satu perlawanan akan diadakan."

Mereka semua angguk tanda setuju.Agnes memulakan soak jawabnya seorang demi seorang.Sehinggalah tiba ke giliran Raja Api.

"Mengaku diatas kesalahan?"

"Tidak.Apa yang aku lakukam bukanlah satu jenayah.Itu adalah satu perkara yang betul.Ramalan itu sepatutnya terbatal.Kau sepatutnya mati."

Agnes tersenyum.

"Kerajaan The Majesty tetap akan wujud dan semua kerajaan lain akan bersatu dibawah satu nama iaitu The Majesty dan akulah sebagai puteri utama.Nampaknya,kau memilih satu perlawanan sebagai gantinya."

"Apa sangatlah gadis lemah seperti kau mampu melawan lelaki gagah seperti aku ini?HAHAHAHAHAHA mudah sahaja aku kalahkan kau.Perlawanan ini akan dilakukan sehingga titisan darah yang terakhir.Jika kau menang,segalanya akan kau dapat.Tapi,jika aku menang... The Majesty akan jadi milik aku." Raja itu berkata dengan bongkak.

Agnes mengangguk.Mereka berdua bersiap sedia untuk bertarung.

1,2,3.

Raja itu menggunakan bebola api dan menyerang Agnes dengan pantas.Namun,Agnes lebih muda dan berkuasa.Dengan mudah,Agnes menggunakan kuasa air dan memadam semua api itu.Kini,giliran Agnes untuk menggunakan kuasa aisnya.

Dia membekukan badan raja itu.Namun,raja itu mencairkannya.Perlawanan terus berlangsung dengan sengit.Agnes masih bertenaga namun raja itu sudah berdarah dan penat.Akhirnya raja itu terjatuh kebawah.

Agnes berjalan mendekatinya dengan kuasa air ditangan.Dia menghampiri raja itu.

"Maafkan aku!Aku mengaku diatas kesalahan aku.Ya,Aku Ego! Aku memang patut dihukum mati.Tamatkanlah riwayat aku!"

Agnes berhenti betul-betul dihadapan raja itu.Dia memandang raja itu dan kemudian tersenyum.Dia duduk dihadapan raja itu.

"Sungguh mudah bukan kau rasa untuk mencabut nyawa seseorang itu.Ianya seperti sebuah permainan bagi kau.Namun,kau silap.Bukan semuanya perlu ditamatkan dengan kematian.Sesetengah perkara patut ditamatkan dengan kedamaian.Mungkin kau masih belum tahu,kami The Majesty tidak pernah membunuh.Kami hanya menghukum pesalah sehingga dia mengaku akan kesalahannya.Seperti kau sekarang.Aku langsung tidak merancang untuk menamatkan riwayat kau seperti apa yang kau fikir.Lihatlah kebaikan yang kau sendiri tidak pernah lihat.Aku maafkan diatas segala kesalahan kau.Dan seperti yang dijanjikan,semua kerajaan akan bersatu dibawah satu nama.The Majesty."

"Baik,aku setuju."

Agnes membantu Raja Api bangun dan mereka bersalaman.

"Kami setuju." Raja dan Permaisuri lain pula bersuara.

Akhirnya,mereka semua berjaya mencapai satu perjanjian dan semua kerajaan bergabung dibawah satu nama iaitu The Majesty.

***

Princess Agnes And Her Lost Kingdom [COMPLETE]Where stories live. Discover now