Bab 5

1.9K 119 0
                                    

Fikiran Agnes jadi tidak menentu.Kejadian tentang magis yang muncul secara mengejut hari itu sungguh menghantui hari-harinya.Dia sendiri tidak mengerti bagaimana magis itu boleh muncul.

Agnes akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke kerajaannya.Dia berjalan dan duduk bersila di atas katil milik Eve.Iris yang melihat situasi itu juga turut menyertai Agnes duduk diatas katil Eve.

"Eve,Iris... Aku terpaksa balik ke Kerajaan Tumbuhan.Ada hal yang aku kena uruskan.Jadi,segala kerja sekolah... Tolong beri salinan kepada aku,ya."

"Hah?! Kenapa nak balik? Dekat sini tak seronok ke?" Iris sedikit terkejut.

"Aku bukan mahu pergi terus.Aku kena balik sekejap.Dua minggu sahaja.Nanti aku datang semula."

"Janji?"

"Janji."

Tiga orang gadis itu saling berpelukan.Kemudian,Agnes meleraikan pelukan.

"Tapi,kenapa kau kena balik?" soal Eve kehairanan.

Agnes agak ragu-ragu.Sebenarnya,dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku kepada dirinya.Badannya sekarang ini terasa seperti sungguh penat.Tenaganya pun cepat hilang.

Fikirannya agak bercelaru.Dia juga dapat merasakan aura magis di dalam dirinya.Dia tidak mampu untuk menceritakan kepada kawan-kawannya.Dia tidak mahu mereka salah faham.

"Ada hal yang perlu aku selesaikan dan satu hari nanti,aku akan ceritakan semuanya kepada kalian."

Eve dan Iris mengangguk tanda faham.Agnes pantas mengemaskan beberapa barang ke dalam beg galas peribadi miliknya.Selesai mengemas,Agnes memandang kawan-kawannya sekilas dan tersenyum.

Kemudian,langkahnya diteruskan menuju ke tingkat bawah Asrama La Roselle.Setibanya di bawah,dia bertembung dengan Pete.

"Agnes,kau nak pergi mana?"

Agnes cuba mengalihkan pandangannya jauh daripada Pete.Dia cuba mengabaikan lelaki itu.Namun,langkahnya disekat pantas oleh lelaki berbadan seperti ahli sukan itu.

"Aku tanya ni.... Kau..... Nak pergi mana?" Pete mendepakan tangannya bagi menghalang Agnes dari meneruskan perjalannya.

"Aku.... Ada hal di Kerajaan Tumbuhan.... Aku kena pergi sekarang.Profesor dah datang untuk ambil aku."

"Hal apa?Kenapa tak bagitahu aku dulu?"

"Kenapa?Kenapa aku perlu bagitau kau semua masalah aku?Kenapa kau perlu menyibuk?Boleh tak.... Ergh! Kau buat hal kau dan aku buat hal aku.Tolonglah... Aku tiada masa nak layan perangai 'terlalu menjaga' kau ni!" nafas Agnes turun naik.

Kali ini,dia tidak tahu mengapa.Mengapa dia marah sebegini.Walhal,Pete tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.Tapi,dia sungguh marah.Alihnya,tangan sasa Pete ditepis kuat dan menyebabkan Pete tersungkur.

Agnes terus berlalu pergi meninggalkan Pete yang dalam kesakitan.Dia terus masuk ke dalam pintu kereta kuda.Pete masih lagi terpinga-pinga.

Tidak dia sangka,gadis semanis Agnes mampu marah sedemikian rupa.Tapi,setiap orang ada tahap baran masing-masing bukan?Jadi mungkin juga tadi Agnes terlalu marahkannya.

Agnes yang berada di dalam kereta kuda tadi masih bertegang urat.Rambutnya yang memutupi dahi ditolaknya kebelakang.Getah rambut di tangan diambil dan di ikat rapi rambut itu.

Dia menarik nafas dalam-dalam.Profesor yang berada di sebelah agak pelik dengan perangai Agnes.Tanpa membuang masa,soalan demi soalan terus dilemparkan.

"Tuan Puteri,sakit ke?"

"Tidak."

"Tuan Puteri lapar ke?"

"Tidak."

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu Tuan Puteri?"

"Ya."

"Boleh saya tahu apa dia?"

"Siapa saya yang sebenarnya,Profesor?"

Profesor terkedu.Tak mungkin gadis ini sudah tahu asal usulnya.Dia tak mungkin akan bongkarkan rahsia diraja yang di amanatkan oleh Raja Eden kepadanya.

Profesor hanya diam dan tertunduk.Dia tidak mahu menjawab.Agnes yang melihat perubahan Profesor tadi mula menyoal.

"Profesor,siapa saya?"

Profesor masih lagi diam seperti tadi.

"Profesor... " nada ditekankan.

"Maafkan saya,Tuan Puteri.Saya tidak tahu."

"Tipu!"

"Errr.... Betul..."

"Cukuplah!Cukuplah tipu saya.Saya penat dengan segala penipuan.Saya penat.Tolonglah.Beritahu saya,siapa saya?"

"Saya.... Betul-betul tidak tahu."

"Profesor,saya tahu profesor ada sembunyikan sesuatu."

"Kalau Tuan Puteri mahu tahu,lebih baik Tuan Puteri bertanyakan terus kepada Raja Eden dan Permaisuri Fia."

Agnes menarik nafas dalam.Susah betul dia hendak mengorek rahsia kekuarganya,Tapi,dia tekad.Dia ingin juga tahu siapa dirinya yang sebenar.Mengapa dia mempunyai kesemua unsur kuasa.Mengapa dia seperti dapat mendengar suara hati.Dia juga dapat membaca fikiran orang.Tapi,dia tidak tahu bagaiman dia mempunyai semua itu.Kecuali.... Dia adalah seorang...... Tak!

***

Princess Agnes And Her Lost Kingdom [COMPLETE]Where stories live. Discover now