C1-Pertemuan

76 9 5
                                    

"Min Yeong !!"

Aku tersenyum saat mendengar namaku dipanggil. Jalan aku untuk terus ke kelas terus terhenti dan aku menoleh.

Mingyu berlari anak ke arah aku dengan lambaian serta senyumannya. Dia adalah kekasihku sejak di menengah rendah.

"Selamat pagi !" Sapaku ceria pada Mingyu yang sudah sampai di hadapanku. Dia lelah dan mencari nafasnya yang hilang.

"Yah, sampai hati tak tunggu aku untuk ke sekolah sama-sama." Mingyu membuat muka cemberut.

Min Yeong sekadar tersengih. "Mianhae..yeon terlupa" aku hanya mengaru kepala yang tidak gatal. Mingyu bercekak pinggang.

Marah agaknya..

"Dah jom nanti lewat pula kita ke kelas" aku menarik lengan Mingyu. Dengan ketepaksaan Mingyu hanya menurut.

Aku menolak pintu dan melangkah masuk ke kelas diikuti Mingyu. Nasib kami agak baik kerana tiada cikgu yang masuk ke kelas lagi.

Aku mengambil tempat bersebelahan Mingyu. "Minmin nanti lepas sekolah kita gi wayang jom" aku mencuit lengan Mingyu cuba memujuk.

Ceh memujuk ke mengoda ヘ ̄ω ̄ヘ

"Maaf lepas sekolah ni aku ada hal sikit dan jangan panggil nama aku minmin boleh tak..tak comel langsung" aku melihat Mingyu langsung tidak pandang ke arah aku.

"Comel la~" aku tersengih cuba untuk menarik perhatiannya. Mingyu mencubit pipiku.

"Yah! Appo!" aku mengusap pipi ku yang dicubit Mingyu. "Ish pakcik ketam! Suka sangat cubit orang" aku menarik muncung.

"Cium kang baru tahu" Mingyu tersenyum miang. Aku menekup mulut.

"Gatal!"

×××××××

"Lambat la awak ni" Sun Hee memukul lengan Mingyu. "Maaf la sayang tadi ada hal sikit" Mingyu mengusap rambut seraya mengucup pipi Sun Hee.

"Sampai bila awak nak tipu dia? Sampai bila hubungan kita macam ni kena sorok-sorok..tak suka la" Sun Hee menyilang tangannya di dada.

Tunjuk protes.

Mingyu menguak kasar rambutnya ke belakang. "Sabar la nanti oppa bagitahu dia yer" Mingyu mengeluh halus. "Yelah jangan lama sangat..pastikan oppa putus dengan dia secepat mungkin." Sun Hee memandang tepat ke arah mata Mingyu.

"Ye promise"

×××××××

Aku tidak berselera untuk menjamah makanan yang dibeli tadi. Aku berasa tidak sedap hati melihat Mingyu tidak lagi memberikan perhatian sepenuhnya kepadaku.

Malah sering kali aku melihat dia bersama dengan perempuan yang bernama Sun Hee. "Oit! Menung apa tu?" bahu ku ditepuk kuat dari belakang.

Kwon Hyera. Sahabat karib ku. Dia selalu menyokong aku setiap kali aku ada masalah. "Wey nape muram ni? Tak syok la camni happy la sikit" Hyera tersenyum. Aku sekadar senyum terpaksa. "Yeon mana Mingyu?". Aku meneruskan menjamah makanan ku tanpa bersuara.

"Wey cerita la sikit. Aku tahu kau ada masalahkan" Hyera memeluk bahu ku. Aku mengeluh berat. "Sejak semalam aku nampak dia dengan perempuan lain.."

Hyera terkejut mendengar apa yang dikatakan aku. "Kau biar betul.. Mana perempuan tu biar aku ajar dia sikit" Hyera mengempal penumbuknya .

Kring! Kring! Kring!

"Loceng dah bunyi..aku masuk kelas dulu yer" aku berdiri dan meneruskan langkah ke kelas. Makin lama aku layan si Hyera ni makin menjadi-jadi nanti kang.

Setibanya aku di hadapan pintu kelas aku terdengar sesuatu yang aneh. "Bunyi apa tu?". Kelihatan pintu regang sedikit. Aku menghendap untuk melihat di dalam.

Alangkah terkejutnya, apabila terlihat dua orang pelajar lelaki dan perempuan sedang bercumbuan di dalam kelas yang kosong.

Dan orang itu adalah teman lelaki ku. Kim Mingyu. "Tak guna.." aku terus menerjah masuk ke dalam kelas dan menarik pelajar perempuan yang bernama Sun Hee dan menamparnya.

Puas hati aku. "Hey perempuan tak guna! Kau buat apa dengan kekasih aku ha!" aku merentap kolar bajunya. Mingyu menarik aku ke belakang agar aku tidak mengapa-apakan Sun Hee.

"Awak! Sudah!..saya sebenarnya dah lama nak bagitahu awak tentang hal ni..sebab saya tak nak kecewakan awak" Mingyu menunduk. Setitis airmata ku tumpah.

"Sampai hati awak kan..selama beberapa tahun kita bercinta baru sekarang awak nak bagitahu saya?" Mingyu cuba meraih tangan aku tapi aku pantas menepis.

"Dengar dulu Min Yeong.." Mingyu mengeluh. "Selama ni awak curang belakang saya? Huh? Cakap lah!!" aku menjerit bagaikan orang hilang kewarasan.

Sun Hee menarik lengan Mingyu berlalu keluar dari situ meninggalkan aku keseorangan. Kaki ku terasa lemah "Sampai hati awak Mingyu..saya cintakan awak tapi..awak curang"

Kedengaran tangisan gadis remaja bergema disegenap ruang kelas itu.

×××××××
Jungkook P.O.V

"Jeon Jungkook"

Aku menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggil ku. "Ye bos!" aku tersenyum lantas menapak ke arah Encik Cheol.

"Rajin awak datang awal-awal bersihkan cafe. Saya ada hal sikit nanti tolong tengok-tengokkan cafe ni yer" Encik Cheol menepuk bahu ku.

Aku hanya mengangguk dan menguntumkan sebuah senyuman buatnya. "Baiklah" Encik Cheol tersenyum sebelum menapak ke dalam keretanya.

Ini adalah tempat aku bekerja. Cafè Lovèrs. Aku ialah seorang barista. Kerja ku membuat kopi. Ada sebab mengapa aku kerja disini.

Inilah rutin harian aku. Aku suka kan bau kopi dan aku suka lihat pelanggan tersenyum apabila minum kopi yang aku buat.

Satu hari sedang aku sibuk menyapu sampah di depan halaman cafe aku terlihat seorang pelajar perempuan sedang menangis di sebuah tiang yang berdekatan dengan tempat cafe yang aku bekerja.

"Alamak dia menangis ke huh? Aku dah la tak sweet..aku bukannya pandai sangat pujuk perempuan ni" Jungkook mengomel seorang diri.

Aku masuk ke dalam untuk mengambil sesuatu sebelum menapak ke arah pelajar perempuan tersebut. "Kenapa menangis ni?"

Aku tersenyum manis saat pelajar tersebut memandang ku dengan mata yang memerah kerana menangis.

Aku melihat tag namanya "Shin Min Yeong, nama yang cantik macam tuan dia" . Aku menghulurkan secawan kopi buatnya.

Min Yeong mengambil dengan rasa ragu-ragu "Gomawo.." aku melihat lelaki di hadapanku. 'hmm hensem gak mamat ni".

Sempat lagi Min Yeong memuji lelaki tu. Gatal noh 😌

"Aa..ni air apa?" aku bertanya untuk kepastian. Dia tersenyum lalu berkata "Macchiato".

"Huh?..Macchiato?"

-To Be Continue-

New story about coffee btw Mengancam ke tak mengancam? ヾ(☆▽☆)

Mαcchíαtσ | JungkookWhere stories live. Discover now