" Nureen Aqilah! " Kedengaran nama aku dipanggil nyaring, pantas kepala aku donggakan. Kaca mata dan tudung yang sedikit senget aku betulkan. Buku latihan matematik ditutup perlahan.
" Er.. Ya Bella? Ada apa? " Bella memandang aku dengan pandangan meluat.
" Ada apa? Kau tanya aku ada apa? Eh pompuan! Mesti kau mengadu kat naqib en sampai dia nak break dengan aku?! Kurang ajar la kau ni! " Tangannya sudah terangkat tinggi di udara dan berura-ura hendak menampar aku namun satu suara yang cukup dikenali menghentikan perbuatan Bella.
" Bella! Kau jangan pernah cuba sentuh Qila! Faham?! " Tersentak Bella apabila Naqib yang selama ini yang sentiasa tenang dan tidak pernah memarahi orang sedang memandang garang sambil menengkingnya.
" You! Sampai hati you? " air mata mula menitis dari kelopak mata Bella. Aku cuma menjulingkan mata keatas dengan drama Bella.
" dah selesai kan? Boleh tak kau jangan buat drama kat sini? Buat malu je! Tak matang langsung. " Bella memandang sayu cuba meraih simpati Naqib sebelum berlari keluar daripada kelas.
" Kau ok tak? " soal Naqib dengan wajah risau. Terdetik sedikit rasa kesian juga pada Bella, aku pun perempuan mesti lah faham macam mana sakitnya kalau ditinggalkan orang yang aku sayang tapi dah dia buat perangai kan? Lelaki mana nak pasangan dia terlalu melayan lelaki-lelaki sampai melebihi batas yang sepatutnya?
" Qila ok. " Balas aku perlahan.
" Yela, aku balik kelas dulu. " Aku cuma menganggukkan kepala. Serentak itu juga rakan-rakan sekelas aku yang sudah berkerumun di sekeliling menonton drama melayu free awal pagi mula kembali ke tempat asal.
" Weyh, apasal abang kau break dengan bella tu? "
" Diorang dah clash for real? "
" Naqib single lah kan sekarang? Omg! "
Haiza dan kawan-kawannya yang memang meminati abang aku mula datang menyoal siasat. Aku berdehem kecil sebelum menjawab soalan-soalan mereka.
" Benda dah lepas tak baik kenang. Mungkin. Tanyalah dia sendiri. "
" Alaa kau ni! Tak sporting lah. Kami nak tau je kot. " Haiza cuba memujuk aku secara psikologi.
" Entahlah. Ada baiknya kalau kau orang nak tahu, kau orang pergi tanya sendiri. " balas aku tenang. Tak baik nak bukak aib orang lain, tak nak aku merangkak di padang Mahsyar cari orang tu untuk minta maaf nanti di akhirat kelak.
" Ish kau ni. Eih tapi abang Naqib memang seram macam tu eh kalau marah? " Soalan padu dari Mary membuat aku rasa nak termuntah dua kilogram beras bila perkataan 'abang Naqib' menembusi gegendang telinga aku.
" Entah. Abang jarang marah. " jawab aku malas hendak melayan. Buku latihan matematik dibuka dan soalan yang tergendala tadi aku selesaikan.
" Nampak manly gila abang kau tadi! Makin minat pulak aku. Kau tak nak bagi Nombor telefon dia kat aku ke? " Haiza memintal hujung rambutnya yang lurus di-rebonding sambil matanya bercahaya penuh harapan.
" Kalau nak, minta sendiri kat dia . Even dia abang aku kena jaga privacy dia. Faham? Dah jangan kacau aku. " Haiza seakan berputus asa berlalu ke tempat duduknya dengan muncung panjang sedepa. Peminat Naqib tapi aku yang jadi mangsa.
Urgh.
***
Mata aku tak boleh lari dari satu figura sempurna. Senyuman dia dan gaya dia semasa bermain bola keranjang menjelaskan betapa minat dia dengan sukan bola keranjang.
I hope one day, someone will look at me the way he look the ball.
Full of love.
" Kyaaa Aisyy! Cool laa! " Sorakan padu dari sekumpulan pelajar perempuan dari pelbagai tingkatan di tepi gelanggang semakin kuat apabila lelaki berketinggian 180 cm lebih itu berjaya menjaringkan 3 pointer.
YOU ARE READING
Tengku Aisy's Maid #Wattys17
Teen Fiction" Kau ni memang tak beradab eh? " - Naufal Imtiyaz. " dia maid aku. So what? " - Tengku Aisy Rayyan. Disebabkan semangkuk mee, Nureen Aqilah menjadi " hamba firaun " kepada crushnya sendiri, Tengku Aisy Rayyan selama 30 hari. Siapa tak gembira kalau...
