We Meet Again [Wonwoo]

3.2K 278 14
                                    

"Yoon Ae Jung..."

Aku terpaku seketika sambil menatap segala cebisan barang yang aku bakar bertukar menjadi abu. Aku cuba hadam suara yang menyeru itu. Aku cuba ingat. Aku cuba elakkan bahawa suara itu adalah 'dia'. Tetapi hati aku kuat. Itu memang suara dia.

"Yoon Ae Jung... you hear me. Right?" Lelaki itu bersuara lagi dan aku pasti setiap langkahannya menuju ke sini. Aku menunduk, sehabis boleh. Mulut aku kunci. Tiada suara mahupun kata-kata. Diam.

"Nak diam sampai bila, hmm? Kesian teddy bear tu... awak bakar." Kata lelaki itu lagi. Aku mula gelisah. Ya. Tak lain lagi. Memang 'dia'.

"Ae Jung ah..."

"Awak nak apa lagi, Wonwoo?" Aku terus pusingkan tubuh dan menanya. Sikit pun aku tak nak pandang, walhal aku tahu, aku tak pandai menipu. Aku tak boleh tipu diri sendiri yang memang jelas rindukan Wonwoo. Jeon Wonwoo. Satu-satunya lelaki yang buat aku bahagia suatu ketika dulu. Satu-satunya lelaki yang aku jatuh cinta dalam kalangan senior-senior yang lain. Memang dia. Tapi dia jugalah satu-satunya lelaki yang buat aku tidak senang hati selepas dia hilangkan diri 3 tahun lepas. Dan hari ini dia datang, setelah segala perasaan aku terhadap dia terhakis sedikit demi sedikit.

"I need you, sayang. I need you."

"Go die with your sayang. We're nothing. Saya tak kenal awak."

"Awak tak kenal saya? Kita dah tak ada apa-apa? Apa makna cincin yang awak pakai tu? Barang mainan?"

Shit. Aku memandang jari sendiri. Yes. Aku lupa benda ni masih tersarung pada jari aku. Aku tanggalkan dan ingin melempar ke belakang, tetapi secara tiba-tiba, tangan aku ditarik dan terus tubuh aku menghadapnya. Aku terpana.

Jeon Wonwoo dah berubah. Banyak perubahan dia. Dia semakin kacak. Dia semakin kemas. Dia semakin matang. Wajah dia tak pernah berubah.

"I know you still love me."

"Who's say?"

"I say."

"Baliklah, Wonu. Tak payah datang sini."

"Saya nak Ae Jung yang lama. Saya nak Ae Jung yang dulu. Ae Jung yang suka senyum, Ae Jung yang suka ketawa, Ae Jung yang panas baran, Ae Jung yang... yang pernah pegang saya sebagai lelaki istimewa dalam hati dia. Yang dulu, sayang. Yang dulu."

Aku diam. Tak balas. Tak cakap. Tak angkat kepala. Sekadar diam.

"Say something, dear."

"Balik."

"No..."

"Yes. Baliklah. Tolonglah, Wonu. Bagilah saya ketenangan. Saya tak nak hidup terseksa lagi. Cukuplah... cukuplah 3 tahun. 3 tahun je, awak. Tempoh tu cukup lama dan dah cukup untuk awak yakinkan saya yang awak bukan untuk saya. So, balik rumah. Tak payah ke sini. Again." Aku pusingkan tubuh dan hendak berlalu. Tetapi sekali lagi, tangan aku direntap kasar dan tubuh aku semakin dekat dengan dia. Sehinggakan aku dapat dengar nafas dia kasar turun naik.

"Dengar sini..." dia capai tangan aku. Lantas dia letakkan ke dadanya. Berdegup. Laju.

"Selagi jantung tu berdenyut, selagi tu awak tak boleh lari dari saya. Saya cintakan awak, Ae Jung. Damn much. Tolonglah..."

"Awak ada mulut, awak bercakap. Awak ada hati, ada perasaan, tapi awak tak pandai guna. Awak tak pernah rasa bersalah. Awak paksa saya. Awak pentingkan diri. Perlu ke saya cakap semuanya kat sini? Perlu ke? Saya rasa tak perlu sebab awak sendiri tahu, Wonu. Baliklah... saya tak perlukan awak." Aku tarik tangan aku perlahan-lahan dan terus terlepas dari tangan Wonwoo. Serta-merta, aku pusingkan tubuh dan pergi. Aku cuba tahan segala perasaan yang ada supaya tidak terluah di sini. Aku cuba kawal.

[COMPLETED] Last AND Forever (SEVENTEEN SAD ONESHOT IMAGINE)Where stories live. Discover now